Monday, January 19, 2009

Apa kata Mereka Tentang Pilihanraya KT

1 Saya bukan seorang peramal tetapi bagi saya sudah jelas bahawa rakyat Malaysia sekarang memerlukan lebih daripada sekadar kontrak (tender) dan duit. Mereka hendakkan penghormatan dan perkhidmatan. Sejak Mac 2008 politik kuno tidak lagi diterima.

2. Malangnya, UMNO adalah dalam keadaan goyah. Parti besar zaman Merdeka ini dipenuhi oleh mereka yang berkepentingan dan mereka yang tidak pernah berjaya dalam apa pun.
Ceritalah - Karim Raslan (Sinar Harian, Selasa 20 januari 2009)

3. "Sekarang ini dalam UMNO, apakah faktur penarik itu. Tidak ada faktur penarik, kita telah kehilangan faktur penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin, Kata Muhyiddin

4."Kemenangan Pas Di Kuala Terengganu disebabkan PAS lebih cakna atau rapat dengan rakyat dan rakyat mampu mengubah landskap politik Malaysia- . Salahuddin Ayub

5. Kekalahan BN disebabkan calon BN tidak disukai ramai - Tun Dr. Mahathir Mohamad.

6. Sebenarnya, kalau dikaji mereka yang bertanding merebut jawatan penting dalam UMNO pada semua peringkat, boleh dikesan bahawa mereka yang mempunyai wang dan kedudukan berupaya besar memenangi jawatan. Imej ini terpahat di hati para pengundi dan itu adalah persepsi popular yang ada pada para pengundi di Malaysia - Dr Aisar Yee Abdullah

7. Apabila Tun Mahathir mengkritik apa-apa pun yang dikatakan kelemahan pihak kerajaan, kesannya sampai ke pelusuk tanah air. Kita mesti ingat Tun Dr Mahathir yang mempunyai kuasa retorik. Jika kuasa retorik itu bercampur dengan satu lagi kuasa retorik, ialah suara mantan timbalannya, maka bertambah-tambahlah lagi beratnya masalah BN. Jadi, kekalahan BN di Kuala Terengganu elok juga dilihat antara lain sebagai hasil kombinasi suara Mahathir dan suara Anwar .. Bicara Selasa Rahman Shaari

Saturday, January 10, 2009

Demo di hadapan Kedutaan Mesir Juga

Yang menariknya kali ini adalah isi temubual dengan Maszlee Malik seorang tutor di Universiti Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama. Dalam temubual itu beliau mengesa jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.
Gesaan beliau yang lain ialah meminta turut juga mengadakan demostrasi di hadapan kedutaan Mesir dengan memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah. Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Friday, January 9, 2009

Isu Palestin Menyebabkan rakyat Malaysia bersatu

Hari ini Jumaat ,9 Januari 2009 merupakan hari soliditari bagi semua rakyat Malaysia yang berkaitan dengan isu Palestin. Kerajaan sama ada kerajaan BN atau kerajaan PR sama-sama menunjukkan kesatuan dalam isu Palestin. Di mana semua masjid di Malaysia mengadakan solat hajat selepas daripada menunaikan solat Jumaat. Berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.

Isu Palestine adalah isu bersama, isu yang kesemua rakyat Malaysia bersetuju untuk bersama-sama tampa mengira ideologi, parti atau pendekatan politik. Isu di mana rakyat Palestin dilihat menjadi mangsa kekejaman Israel yang didokong terutamanya oleh Amerika Syarikat.

Demostrasi solidatari sebegini sudah tentu akan dijaga oleh pihak keselamatan. Kita dapat menyaksikan apabila pihak pembangkang dan kerajaan mempunyai pandangan yang berbeza. Demostrasi yang dilakukan oleh pihak pembangkang biasanya disambut dengan pancutan air dan cota. Untuk demostrasi pada kali ini para demostrator akan dijaga oleh pihak polis dan sudah tentu tiada kejadiaan yang tidak diingini akan berlaku.


Sebelum daripada itu dalam isu Palestin juga Dr Mahatzir dan Us Fadzil Noor dapat duduk semeja untuk memberi pandangan mereka berkenaan dengan isu Palestin. Inilah kejayaan besar bekas Presiden ABIM Tuan Haji Ahmad Azam dalam usaha menjadikan ummat Islam di Malaysia bersatu padu.

Antara perkembangan yang menarik dalam isu Palestin ini apabila pelajar universiti di negara ini dibenarkan menyertai mana-mana demostrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Biasanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan digunakan sebagai alasan pelajar-pelaja tidak dibenarkan untuk turut serta mana-mana demostrasi. Pada kali ini Pak Menteri yang menjadi universiti sendiri menggunakan AUKU untuk membenarkan pelajar-pelajar menyertai pergerakan demostasi.