Tuesday, March 31, 2009

Pilihan raya dan Pungutan Suara II

1. Timbalan Presiden PEKEMBAR Tan Sri Muhyiaddin Yassin meminta rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April sebagai suatu "pungutan suara" penerimaan rakyat terhadap pimpinan baru PEKEMBAR dan Barisan Nasional oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. YAB DS Nizar berkata,"Pilihan raya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihan raya untuk seluruh negara sebenarnya. Ia merupakan satu pungutan suara - referendum bagi menyatakan bahawa rakyat terutamanya Bukit Gantang negeri Perak, kita tidak mahu mana-mana pentadbiran dan pengurusan yang menafikan undang-undang."

3. PAS tidak menganggap pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang sebagai suatu referendum bagi mengiktiraf Kerajaan Negeri Perak sekarang jika Barisan Nasional menang kerana isu mengenai siapa yang menerajui kerajaan negeri akan diputuskan oleh mahkamah, kata Timbalan Pesuruhjaya Perak, Asmuni Awi kepada pemberita di Markas Induk Pas di Air Kuning.

4. Asmuni sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang berkata, bahawa jika Mohammad Nizar menang dengan majoriti besar, pilihan raya kecil itu perlu diakui sebagai satu referendum daripada rakyat. "Kalau setakat majoriti sama atau kurang sedikit, pada saya ini sama dengan pilihan raya yang lain tetapi kalau jumlah yang keluar mengundi tinggi dan majoritinya begitu besar sekali, kita nak terjemahkan sebagai apa, kalau bukan sebagai referendum rakyat," katanya.

Monday, March 30, 2009

PKS Yakin pertahan Kemenangan di Jakarta

Dewan Pimpinan Wilayah (DPW) Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menegaskan akan mempertahankan kemenangannya dalam pemilihan umum (Pemilu) 2009 nanti khususnya di Jakarta.

Kenyataan tersebut diucapkan oleh Ketua DPW PKS Jakarta, Triwisaksana dan Ketua Pemenangan Pemilu, Anis Matta dalam kempen parti itu di Stadium Gelora, Bung Karno di sini.

Triwisaksana yakin PKS akan mempertahankan Jakarta sekali lagi berdasarkan kehadiran besar penyokong parti itu yang mencecah 500.000 orang.

Turut disaksikan upacara penyerahan bendera daripada Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan kepada Triwisaksana sebagai simbolik untuk meneruskan tradisi kemenangan di ibu kota Indonesia itu,

Pilihan raya dan Pungutan Suara

1. Timbalan Presiden PEKEMBAR Tan Sri Muhyiaddin Yassin meminta rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April sebagai suatu "pungutan suara" penerimaan rakyat terhadap pimpinan baru PEKEMBAR dan Barisan Nasional oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. YAB DS Nizar berkata,"Pilihan raya yang ada di Bukit Gantang ini adalah pilihan raya untuk seluruh negara sebenarnya. Ia merupakan satu pungutan suara - referendum bagi menyatakan bahawa rakyat terutamanya Bukit Gantang negeri Perak, kita tidak mahu mana-mana pentadbiran dan pengurusan yang menafikan undang-undang."

Wednesday, March 25, 2009

BERGELAWAK !!! APA YANG AKHBAR TAK LAPOR – malaysian insider

Khamis, 2009 Mac 26

All of a sudden from the sidelines, several groups started chanting “Rasuah! Rasuah! Rasuah!”

Believed to be the disenchanted cheerleaders of Mukhriz, they quickly surged from all directions towards one corner of the hall to confront the Khairy faction.

From above, the entire floor looked like a fight between two colonies of fire ants.

The two factions surged towards each other. There was lots of pushing and shoving and more accusations of bribery flung at each other in strident voices.

No punches were thrown ... yet. But it looked as if it could possibly end in bloody noses and black eyes if the clash continued.

It took another quarter of an hour for the uniformed police to move in and break up the battle between both camps.

It seemed an uphill task. As police attempted to restore order, more of Khairy’s jeerleaders joined the fray, adding fuel to fire.

Mukhriz’s side began hurling a litany of accusations at Khairy, calling him a “Cheat!” and of carrying out a "bribery campaign” even as Khairy’s victory speech continued in the background, broadcast through the giant screen.

It took a long while but finally the police appeared to have muscled order back on the scene. At least three men were escorted out. But the atmosphere inside the concourse remained painfully tense.

kah kah kah….. MACAM KERENGA GADUH …. kah kah kah…kah
kah kah… KERENGA REBUT BANGKAI… kah kah kah…
kah kah kah... POLIS PUN DATANG!..INI GADUH BESAR !!.. kah kah kah...
woit…. TAK ADE PULAK MEDIA MELAYU YANG LAPOR…OOOO…. kah kah kah
kah kah kah…..MEREKA MOGOK… MEREKA PIKET… PATUTLAH… kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 12:03:00

Tuesday, March 24, 2009

Kadar peratus Dividen KWSP

1997-98.....6.70
1999 ..........6.84
2000......... 6.00
2001..........5.00
2002......... 4.25
2003 .........4.50
2004 .........4.75
2005........ .5.00
2006 .........5.15
2007......... 5.80
2008........ 4.50

Tuesday, March 17, 2009

Profil Mohd ALi Rustam

* Mohd Ali 60, dilahirkan di kampung Bukit Katil menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999.

* Pernah bertugas sebagai kerani di Lembaga Letrik Negara (LLN) dari 1969 hingga 1979, sebelum menjadi Pengarah Kemas di Perlis, Wilayah Persekutuan dan Melaka.

* Menjadi Ketua Pemuda UMNO cawangan Bukit katil pada 1972 dan memegang pelbagai jawatan sebelum menjadi Ketua UMNO Bahagian Batu Berendam pada tahun 1986. Bahagian ini kini ditukar nama kepada UMNO Bahagian Bukit Katil

* Menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka pada 1988 sebelum dilantik pengurusi badan perhubungan itu pada 1996

* Pada pemilihan UMNO 2004, Mohd Ali di dipilih sebagai Naib Presiden UMNO selepas mendapat undi kedua terbanyak (1,329) undi dibelakang Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad bekas Menteri Wilayah Persekutan (1,507 undi). Tempat Ketiga ialah Tan sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri (1,234)

* Pada 1995, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka, memenangi kerusi DUN Sungai Udang pada 1990.

* Pada 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Batu Berendam dan dilantik Timbalan Menteri Pengangkutan sehingga Januari 1999, kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kesihatan sehingga November 1999.

* Pada 1999, beliau memenangi kerusi DUN Paya Rumput dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka mengantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

Monday, March 16, 2009

data sehingga Februari 2009 daripada SSM

1. Pemilikan ekuiti Bumiputra dapat mencapai 30 peratus menjelang tahun 2020.

2. Hanya 21 peratus syarikat yang didaftarkan dinegara ini milik bumiputra iaitu 187,058 daripada 839,853 buah syarikat yang didaftarkan dinegara ini.

3.Hanya 28 peratus perniagaan yang berdaftar dinegara ini milik bumiputra iaitu 1,290,930 berbanding dengan 2,488,485.

Nota: bilangan syarikat sahaja dah tidak menepati 30 peratus untuk dapatkan yang mula-mulanya disasarkan pada tahun 1990 dan sekarang 2020.

Bahasa lebih penting daripada wang ringgit - A. Samad Said

TAIPING, 16 Mac (Hrkh) ? Wang bukan segala-galanya. Begitulah dinyatakan oleh Tokoh Sastrawaan Negara, Dato A. Samad Said ketika melancarkan Gerakan Kerja Badan-badan NGO Islam dan kaum India/Cina sempena menjelangnya Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen P-59 Bukit Gantang di Markaz PASTI, Kampung Boyan dekat sini petang semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan Pilihan Raya P-59 diadakan pada 7 April depan manakala Hari Penamaan Calonnya 29, Mac ini.

"Memang wang bukan segala-galanya bagi saya. Walaupun di dunia memerlukan wang, tapi saya tetap berkehendakkan maruah mertabatkan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik itu dilaksanakan segera disekolah-sekolah sebagai keutamaan mutlak daripada wang,? katanya.

Beliau menegaskan, sejak awal Tun Dr Mahathir Mohammad memperkenalkan PPSMI itu, telah heboh diperkatakan oleh tokoh bahasa negara akan kesan dan akibatnya terhadap pembelajaran murid-murid Melayu dalam sains dan matematik berpenghantar Inggeris itu.

Kata A. Samad, setelah digunakan beberapa tahun kaedah tersebut, hasil kajian profesional membuktikan kemampuan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam peperiksaan itu bertambah lemah dari tahun ke setahun hingga kini.

Disebabkan tidak sanggup lagi menerima kesan buruk akibat pengunaan PPSMI terhadap generasi kita, maka saya sanggup berada bersama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hari protes PPSMI, 7, Mac lalu dan telah terkena gas pemedih mata serta tembakan pancutan mariam air terhadap kami petang itu, katanya.

"Walaupun kedua-dua belah mata saya pedih, tapi saya rasa "enak dan puas" kerana dapat bersama mempertahankan untuk memansukan segera PPSMI itu," jelasnya.

Bagi beliau, PPSMI itu adalah seumpama gas pemedih mata juga kerana kalau lambat diubati dengan memakan garam sedikit serta membasuhnya dengan air maka ianya akan bertambah parah, kucar-kacir murid-murid Melayu kesudahannya.

"Itulah sebabnya saya berada seimggu di sini menjelaskan betapa pentingnya PPSMI dimansuhkan segera dengan diajar dalam Bahasa Melayu," kata Samad. - mns_

Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil

ALOR SETAR, 16 Mac (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.


Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris," kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur".

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.

Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno," ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.

"Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa," jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

"Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini," katanya lagi.

Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program "Kembara Kasih bahasa".

"Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.
"Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong," ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.
Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan. Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim._

Saturday, March 14, 2009

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat

(Hrkh) - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.

"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.

"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.

Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...

Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan. "Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah.

Wednesday, March 11, 2009

Pakej 60 Billion ada wang atau tidak

Datuk Husam Musa mempersoalkan daripada mana wang RM 60 billion itu akan diperolehi bagi merealisasikan pakej rangsangan kedua ekomoni negara seperti yang diumumkan dalam perbentangan Bajet Mini


Yang ada hanya RM 5 bllion yang akan dikeluarkan bon, tetapi baki yang lain tidak jelas, sama ada wang tersebut memang benar ada ataupun hanya satu pengumumsn

Tuesday, March 10, 2009

Zubir Ali

Zubir Ali



Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Al Fateha kepada Zubir Ali yang meninggal dunia kerana kompleksiti jantung di Damansara Specialist Centre pada umrnya 59, jam 10.30 pagi. Di atas adalah lirik lagu yang tentang Palestin yang masih lagi menjadi isu umat Islam.

Wang faktor Kejayaan

Jurang perbezaan antara kelab Inggeris dan Italy berpunca dari faktor kewangan jelas jurulatih Juventus Caludio Randing mereka,' Katanya.anieri

Dalam pertemuan Liga Juara-juara Eropah dengan keputusan lebih berpihak kepada kelab Liga Perdana Inggeris. Bagi Ranieri, Jeventus, AS Roma dan Inter Milan sukar menandingi kelab Inggeris seperti Chelsea, Liverpool dan manchester United disebabakan faktur kewangan.

"Saya tidak mengatakan kami tidak yakin atau takut, tetapi perasaa rendah diri muncul kerana tidak mempunyai kewangan mencukupi berb

Pearl Harbour ekonomi

Tokoh Bilionair dan pelabor terkenal, Warren Buffet menyifatkan Amerika Syarikat kini dilanda serangan "Pearl Harbour" dalam bentuk ekonomi dan ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya selama 5 tahun untuk dipulihkan. Sekarang ini tahun 2009, sekiranya 5 tahun bermakna tahun 2014 atau 2015 barulah ekonomi Amerika akan pulih.

Buffet juga berkata beliau tidak pernah melihat rakyat Amerika merasa takut seperti yang dialami sekarang apabila kadar penganggoran mencatat peatus tertinggi sejak 25 tahun yang lepas.

"Ia mengambil masa lima minit untuk merasa bimbang dan masa yang lama diperlukan untuk memulihkan keyakinan kerana sistem tidak akan bergerak tampa keyakinan,: katanya.

4 Persoalan Perlembagaan

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas) mengumumkan empat persoalan berperlembagaan perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam pertikaian undang-undang antara Datuk Sei Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry andul Kadir.

Persoalan itu yang dibacakan oleh Hakim Lau Bee Lam adalah seperti berikut:

1. Sama ada perkara Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak memperkenankan permintaan bagi membubarkan Dewan Negeri Perak di bawah perkara 16 (6) di baca bersama dengan perkara 18 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Perak boleh diadili ?

2. Sekirana jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, persoalan seterusnya ialah sama ada perkara Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak tidak memberi perkenan itu sah di sisi undang-undang? .

3. Sama ada pelantikan Menteri Besar Perak yang baru di bawah Perkara 16 (2) (a) dibaca bersama perkara (18) 92) (a) Undang-undang tubuh Kerajaan Perak oleh Duli Yang Maha Mulis Sultan Perak boleh diadili ?

4. Sekiranya jawapan kepada persoalan di atas adalah ya, persoaan seterusnya ialah sama ada Menteri Besar yang baru diantik itu dilantik secara sah disisi undang-undang?

Empat soalan tersebut dirumuskan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said yang mewakili Pejabat Peguam Negara.

Ayam yang malu menjadi ayam

Dari blog http://rahimi.blogspot.com

Di Afrika, negara-negara seperti Gambia, Ghana, Nigeria, Zambia, dan Zimbabwe menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal masing-masing.

Burkina-Paso, Benin, Chad, Republik Afrika Tengah, Congo, Gabon, Ivory Coast, Mali, Togo dan Zaire, dan Haiti pula menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi masing-masing.

Selain itu ada juga negara yang menggunakan lebih dari satu bahasa rasmi. Contohnya, Cameroon dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Surinam pula memilih Bahasa Inggeris dan Belanda.

Tetapi yang anehnya, negara-negara yang tersebut di atas tidak pula menjadi negara maju walaupun menggunakan bahasa kepunyaan negara-negara maju lagi berteknologi tinggi sebagai Bahasa Rasmi.

China, Jepun dan Korea hari ini bangkit sebagai gergasi ekonomi, sains dan teknologi sebelah sini dengan tidak mempedulikan bahasa-bahasa orang barat pun di dalam urusan rasmi mereka. Jiwa mereka memang besar. Sebesar fikiran mereka juga.

Malaysia, Indonesia dan Thailand yang tidak memlih Bahasa Inggeris, Perancis atau Sepanyol sebagai bahasa rasmi tidak pula mundur sangat seperti negara-negara Afrika itu. Malah sedang membangun dan menuju ke arah negara maju.

Jadi apa masalah dengan Bahasa Melayu? Guna sahajalah. Kalau ajar budak darjah satu one plus one equel two, budak itu boleh buat robot macam orang jepun ka? Kalau buat ujikaji ‘bunyi pop’ dalam Bahasa Melayu, ‘bunyi pop’ itu jadi ‘bunyi pek’ ka?

Bahasa amat penting. Andai tiba-tiba Barrack Obama sedang berucap, tiba-tiba melompat tikus di hadapannya, dan beliau melatah dalam Bahasa Melayu, “Opocot tikeh, tikeh, tikeh!” Dalam loghat Pahang pula tu. Tentu dada kita semua jadi kembang bukan?

Orang yang memperkecilkan kemampuan bahasa sendiri, samalah seperti ayam yang malu menjadi ayam. Dan berangan hendak jadi musang.. Kena gelak la dek itu musang berbulu ayam!

Pakej Ekonomi

Latar belakang.

1. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan mengucup negatif 1 Peratus tahun ini (2009)

2. Tekanan inflasi diramalkan jauh lebih buruk berbanding dengan krisis kewangan Asia sepuluh tahun lalu.

Empat teras

1. Mengurangkan pengangguran dan menambah peluang kerja dengan 2 billion

2. Meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas dengan 10 billion;

3. Membantu sektor swasta menghadapi krisis dengan 29 billion; dan

4. Membina keupayaan masa depan dengan 19 billion.


Negara-Negara lain

1. Amerika Syarikat pertumbuhan ekonomi negatif 1.6 peratus

2. United Kingdom negatif 2.8 peratus

3. Jepun negatif 2.6 peratus

4. Korea Selatan dengan negatif 2 peratus

5. Taiwan dengan negatif 4 peratus

6. Singapura negatif 4.9 peatus

Kesimpulan Sendiri

1 Sebagai negara perdagangan kita dihimpit kuat kerana semua negara-negara utama perdagangan kita mengalami kesan negatif pertumbuhan. Paling ketara sektor-sektor pembuatan yang disasarkan jualannya kepada negara-negara maju.

2. Kita bernasib baik kerana sektor kewangan terutamanya bank tidaklah terjejas teruk oleh kerana penstruktur semula bank-bank yang kita belajar pengalaman krisis kewangan semasa tahun 1997/1998.

3. Bagaimanapun aliran pemberhentian kerja oleh kilang-kilang yang mengeskpot tidak dapat dihentikan malah dijangka bilangannya akan terus bertambah.

4. Apapun dalam global ekonomi ini. Apabila Amerika bersin kita akan demam. Sekarang ini Amerika sedang demam dah tentulah kita akan berkali-kali demam.

Wednesday, March 4, 2009

"Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan

Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.
Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.
Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.

Tarmizi Md Jam dari http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=611

PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA

Lalu mereka pun berkumpul lah di bawah pohon sena itu

Dari hulu mereka mengilir
Dari hilir mudek ke hulu

Yang bermercedez datang berdriber
Yang berwira datang sendirian
Yang merempit membonceng kawan
Yang menapak mengira kaki

Yang berjaket datang berjaket
Yang berbatik datang berbatik
Yang bersinglet datang bersinglet
Yang berseluar pendek datang berseluar pendek
Yang bersongkok datang bersongkok

Tidak ada kad jemputan
Tidak ada datuk tan seri
Tidak ada mak datin mak puan
Semua sebaris bersatu niat

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Gedang di palu
Rebana di pukul
Kompang di ketuk
Nafiri di tiup

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Jin dan afrit pun datang berligar ligar
Hantu dan jembalang datang menggangu ganggu
Setan dan puaka datang sama
Menakut-nakutkan mereka yang berkumpul


Maka mereka pun bersoraklah gempita sekelian alam
Maka mereka pun bertempik memetir suara kedengaran
Mereka tidak lagi takut
Mereka telah jadi berani
Mereka telah mula bangun

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Pagi itu di bawah pohon sena
Bersama gendang bersama rebana
Mereka bernyayi melagukan harapan
Mereka bergurindam melagukan keadilan
Lalu mereka bertandak beramai ramai
Lalau mereka sedar mereka adalah ramai
Lalu mereka ketawa memecah segala ruang

Lalu mereka terus berpesta di bawah pohon sena itu
Mereka membuat sejarah bangsa.

Sajak daripada tukar tiub 03/03/09 http://tukartiub.blogspot.com/2009_03_04_archive.html

Tuesday, March 3, 2009

Tiga Usul Dewan Pokok Rakyat

Istilah Pokok rakyat ini saya pinjam daripada tukar tiub yang menggunakan tempat persidangan DUN perak baru-baru ini. Untuk persidangan pertama di bawah "Pokok Rakyat" itu telah meluluskan tiga usul.



Usul pertama; Mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar mearang MEnteri Besar Datuk Dr Zambry Andul Kadir dan enam ahli exco kerajaan negei daripada menghadiri persidangan dewan.



Usul Kedua; Menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.



Usul Ketiga; Membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan untuk Speaker mengambil tindakan menghina Dewan terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tegempar semalam

Kenyataan media DS Anwar di lobi Parlimen

Berikutan kemelut politik Perak, pendirian Pakatan rakyat (PR) ialah mengusulkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan. Hujah kuat kita sebab keadaan sekarang tidak terkawal, tidak ada kedudukan yang sah kerana ada percubaan untuk merampas kuasa dan kita cuba pertahankan.

Kemelut di Perak juga sebagai satu ujian kepada kewibaan dan ketelusan sistem pemerintahan kita tentang tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan. Adakah mereka itu menjadi orang suruhan dan alat UMNO ataupun mereka yang ikut peraturan yang sah.

Seluruh institusi sedang diperhatikan, ada tiga tunjang yang ada iaitu badan keakiman, perundangan dan eksekutif. Selama ini ada kesafahaman berdasarkan tunjang yang ditetapkan dalam Perlembagaan negara dan semua itu dirombak semata-mata untuk memperkuatkan kedudukan satu pihak.

Oleh yang demikian, kita ingin mengesa pimpinan UMNO dan BN untuk bertindak lebih rasional. Jangan mereka fikir mereka boleh guna kuasa seperti mana kuasa rakus pemuda UMNO cuba menyerang Karpal Singh dan begitu juga cara lain berselindung untuk menyulitkan keadaan di Perak.

....

S: Berkenaan dengan isu Perak, sidang tergempar, meluluskan usul untuk bubar DUN Perak yang diadakan ditempat letak kereta, adakah itu sah ?

J: Apa lagi yang boleh dilakukan. sekarang Setiausaha Dewan (Adullah Antong Sabri) itu mengatasi kuasa speaker .. saya nak tanya speaker Dewan Rakyat, Parlimen adakah Setiausaha Dewan boleh mengatasi keputusan beliau.

Itulah sebabnya saya katakan, ini adalah ujian kepada sistem pemerintahan negara kerana speaker telah dilantik dengan sah dan speaker mempunyai kuasa yang diyakini.

Mereka (BN) tidak mahu pilihan raya, tidak mahu sidang DUN, apa mereka mahu ? Mereka hanya mahu mendesak dan menindas dengan segala kuasa yang mereka ada.

S: Adakah sidang tersebut sah ?

Seperti yang kita lihat, ianya sah, sidang terbabit mempunyai agenda, Speaker telah memberi notis, dan mereka pula yang terpaksa berbuat kerana diusir secara tidak sah.

Siapa yang boleh halang seorang Speaker untuk masuk ke pejabatnya ? Siapa ? Anda beritahu

Oh merek kata, status Datuk Seri Nizar boleh dipersoalkan kerana Perak terdapat dua MB, kita ada MB sendiri dan mereka pun ada MB mereka sendiri tetapi siapa yang boleh mempersoalkan status speaker ? Kenapa halang speaker dari memasuki premisnya ? Boleh, mungkin kalau di negara ini...

Harapan DAP kepada Najib

Menurut Setiausaha Lim Gua eng berkata, Najib yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri keenam negara dipenghujung bulan ini perlu bersedia bagi menjayakan lima cabaran utama sekiranya mahu rakyat menerima kepimpinan beliau.

1. Untuk mengembalikan amalan prinsip demokrasi

2. Najib perlu mengembalikan kekayaan hasil bumi ini kepada rakyat.

3. Najib perlu berseda untuk menghormati dan meningkatkan kualiti, kuantititi peguam dan pegawai undang-undang serta memantau proses undang-undang di negaa ini.

4. Sesiapa yang terlibat dalam kes berprofil tertinggi dikenakan tindakan.

5. Perlu meletakan perpaduan negara di tahap tertinggi.

Makna Bola sepak

Menarik. Apabila penemuramah bartanya kepada seorang pegawai bola sepak Korea yang disiarkan di Astro hari ini (3 March 2009). Apa pandangan beliau tentang bolas sepak.
Bagi beliau, Bola sepak mengandungi 3 unsur. Pertama perang, kedua main chess dan ketiga seperti menari ballet.

Perang; kerana bola sepak melibatkan perlawanan. menyerang dan mempertahankan.

Main Chess; ia melibatkan strategi.

Menari ballet; memerlukan persembahan yang memukau.

Barulah aku faham sekarang, mengapa bermillion-million orang suka kepada bola. Tak main di padang pun, boleh menonton berjam-jam lamanya. Di rumah pula sanggup bangun pukul 2 atau 3 atau 4 pagi semata-mata untuk menonton perlawanan bola yang dianggap menarik.

Manusia suka melihat persembahan yang memukau ala ballet. Persembahan individu dan pasukan dengan taktik atau gerakan kaki, kepala dan badan seperti gerak kaki, gerak badan yang mempersembahkan apa yang kita namakan sebagai kecantikan atau gerak-gerak yang tidak diduga dalam larian pantas, gelecek bola, menanduk, melompat dan sebagainya.

Strategi yang menarik dengan menggunakan segala kekuatan dan kelemahan pemain. Tempat dan penonton juga dapat membantu dalam mencanai strategi yang sesuai.

Seperti perang sebelum perlawanan bermula bukalah menjadi suatu yang ganjil apabila pengurus bagi kedua-dua pasukan akan menggunakan psiwar bagi melemahkan semangat lawan dan menunjukkan kekuatan pasukannya.

Seperti perang ianya juga merupakan suatu industri seperti industri persenjataan yang nilainya berbillion-billion. Negara sanggup menghabiskan wang yang tidak terhingga asalkan dapat menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak yang berprestag sepert Piala Dunia.

Sekarang ini bila aku melihat bola aku melihatnya seperti perang, penuh dengan strattegi dan persembahan yang memukau.

Nasib Baik Saya Tidak Jadi Sultan Perak

PASTINYA Tuhan telah mengukur kain dibaju saya sebelum Dia menjahit baju untuk dijadikan pakaian saya. Kalaulah saya menjadi Sultan Perak yang dijunjung dengan panggilan hebat Paduka Sultan itu alangkah malu besarnya saya hari ini. Sebab di negeri Perak kini ada dua kerajaan yang keduanya berstatus tidak sah!Naiflah saya sebagai sultan memiliki dua kerajaan tetapi keduanya tidak sah. Apa lagi sultan itu pula dikenali sebagai sangat bijak, adil dan profesional dan seorang pakar.

Satu kerajaan yang juga dilantik oleh Sultan bersama barisan Exconya masih mengaku merekalah kerajaan sah di Perak. Manakala satu lagi kerajaan yang baru dibentuk selepas rampasan kuasa juga mengakui merekalah kerajaan yang sah.Perebutan kuasa (kerajaan) kini sedang berlaku dan berlarutan sejak sebulan lalu. Masing-masing berkeras untuk tidak mengalah dan meletakkan keadaan di Perak dalam kucar kacir, celaru, haru biru, dan rakyat menjadi bingung memikirkan apa yang berlaku.

Malu sungguh! Hari ini sebuah kerajaan telah mengadakan persiangan Dewan Undangan Negeri di bawah pokok. Kejadian ini adalah sejarah kerana inilah kerajaan pertama mengadakan sidang di luar Dewan Undangan Negeri.

Betapa aiblah saya kalau saya menjadi Sultan dengan kejadian itu. Sekalian burung, awan, pokok kayu, kereta, lori dan bas melihat kejadian itu seolah kerajaan saya sangat miskin sehinggakan Menteri Besar dan anggota exconya terpaksa bermesyurat di bawah pohon kayu. Ia juga kelakar dan semacam cerita kartun saja.

Manakala di tempat lain, sebuah lagi kerajaan berhimpun di mahkamah menanti keputusan mahkamah terhadap injuksi mereka menghalang kerajaan satu lagi itu daripada mengadakan sidangnya. Sebelum itu DUN yang indah dan dibina dengan harga jutaan ringgit diarahkan ditutup bagi mengelakkan persidangan oleh kerajaan satu lagi mengadakan persidangan.

Sekalian polis dan pasukan pertahan lain juga dipanggil untuk menghalang anggota kerajaan itu dari memasuki ke DUN. Khabarnya sebuah trak FRU siap dengan penyembur menghalang ke pintu masuk ke DUN berkenaan.

Gara-gara dihalang itulah maka kerajaan itu bersidang di bawah pokok. Bayangkan betapa rimas dan meleketnya anggota badan kerajaan itu yang berkot dan bertali leher berada di bawah pokok.

Apa yang saya gambarkan sebelum ini mengenai kedudukan politik di Perak sudah menjadi kenyataan, cuma bezanya raja bukan bersemayam di bawah pokok kayu seperti raja negeri Pasir Dua Butir itu. Tetapi kerajaan Tuanku bersidang di bawah pokok.

Nasib baiklah saya tidak menjadi Sultan Perak maka terelaklah saya daripada menerima padah keaiban dan kemaluan dengan segala kejadian itu. Terelak memikul sejarah baru bagi mana sebuah negeri yang mempunyai seorang raja yang bijak bistari tetapi menjadi kucar kacir tidak tahu mana hujung dan mana pangkal lagi. Negeri hanya sekangkang kera tetapi ada dua buah kerajaan yang hebat dan gah.

Sekiranya saya menjadi Sultan tidak mahu saya apa yang berlaku terjadi kerana ia memalukan dan sekaligus menggambarkan kelemahan serta kerendahan hati dan budibicara saya selaku sultan. Kalau saya jadi sultan saya tidak akan membiarkannya dan menyelesaikan masalah itu kurang daripada tujuh hari tujuh malam saja.Semisalnya saya tidak akan membenarkan kerajaan baru dibentuk ketika kerajaan lama masih wujud dan tidak diendorse dalam dewan undangan negeri. Sebaik-baik akal dan pilihan saya ialah saya akan menitahkan kepada memanda menteri supaya bubar Dewan dan pilihan raya baru hendaklah diadakan. Biarlah dalam pilihan raya itu rakyat menentukan siapa yang mereka kehendaki dan menolak siapa mereka benci dan baru saya lantik Menteri Besar.

Adalah tidak molek saya sebagai raja kalau berpihak kepada mana-mana puak kerana semua yang bernaung di bawah negeri saya adalah rakyat saya belaka. Saya benar-benar akan menjaga fungsi saya sebagai payung meneduhkan rakyat dari hujan dan ribut.Tetapi disebabkan kerana bukan saya menjadi sultan saya tidak dapat berbuat apa-apa ke atas apa yang menimpa negeri Perak hari ini melainkan hanya boleh menulis dan merakam segala peristiwa itu dengan perasaan yang cukup mual sekali. Mual!

[wm.kl. 4:50 pm 03/03/09]
di ambil daripada http://msomelayu.blogspot.com/

Aktualisasi diri dalam politik

Bicara Selasa, Rahman Shaari - SINAR Selasa 03 Mac 2009



Aktuaisasi diri amat sukar dicapai. Maksud aktualisasi diri ialah sikap diri yang terbina kukuh untuk berbuat sesuatu yang diyakini. Orang yang mencapai tahab ini tidak akan berundur daripada apa-apa langkah atau tindakan yang telah difikirnya betul.



Jika kita perhatikan orang di sekeliing kita, kita dapati kebangyakan berada di tahab bawah, iaitu tahap cari makan, cari kasih sayang, cari kawan dan cari pengiktirafan. Peringkat aktualisasi dii mengatasi semua itu, walaupun kita lihat melekatnya unsur mencari pengiktiafan.



..



Dalam politik, masalah datang silih berganti. Masalah mungkin akibat tindakan diri sendiri dan mungkin juga dibawa orang lain. Jika pemimpin kini berasa masalah menghadapi pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, masalah itu sebenarnya dibawa Tun Mahathir. Perhatikan kerajaan pada masa kini terpaksa menghadapi satu keadaan ditelan mati katak, diluah mati cicak. (Saya tak sampai hati, menyebut 'mati emak' dan 'mati bapa' oleh perbuatan kita sendiri.



Dalam hal ini, Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu memperkukuhkan pendirian, untuk berkata 'ya' atau 'tidak', Tidaklah sesuai untuk beliau berkata, misalnya bahawa kajian sedang diteruskan, atau rumusan belum dibuat. Tidak sukar untuk mengatakan bahawa pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan diteruskan, atau sebaliknya. Yang diperlukan ialah pembinaan kekuatan mengarah kepada aktualisasi diri.

boleh tak boleh

Tetap Boleh

Saya mempunyai kuasa penuh untuk menetap tarikh dan masa mesyuaat dalam keadaan yang amat memerlukan. Setiausaha DUN tidak ada apa-apa kuasa

Speaker Dun Perak, V Sivakumar


Tidak Boleh

Sidang tergempar adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan. Polis akan ertindak ke atas mereka yang mengadakan perhimpunan haram.

Ketua Polis Perak, Dauk Zulkifli Abdullah


Dari SInar edisi Selangor & KL 3 Mac 2009

Pokok Sejarah --Pokok Rakyat di Perak

SEJARAH DI BUAT HARI INI

Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Dewan Perundangan Perak telah sebulat suara bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Mesyuarat tergempar ini telah di saksikan oleh hampir 1000 warga Perak. Inilah satu-satunya persidangan Dewan Undangan Negeri yang paling ramai di saksikan oleh warga.vMesyuarat ini telah di adakan di bawah pokok berhampiran dengan bilik mesyuarat yang telah di kunci.

Seperi Pokok Ipoh yang memberi nama kota Ipoh. Pokok ini bersejarah.Pokok bersejarah ini wajib dipanggil Pokok Rakyat dari hari ini.

tulisan Tukar tayar: http://tukartiub.blogspot.com/2009/03/terbaru-parlemen-negeri-perak-di.html

Sunday, March 1, 2009

Tarik papan sorong papan Pemimpin Yo-Yo

Sebagai orang bawah selalu aku fikir yang orang di atas, para pemimpin orang yang istimewa. Mereka sangat teliti, cukup maklumat dan berbuat sesuatu dengan dengan penuh tanggungjawab, berkemampuan dan berpandangan ke hadapan.

Sekurang-kurang dua isu yang baru-baru ini membuat aku berfikir semula. Adakah mereka ini gopoh membuat keputusan, tidak berhati-hati. Sedangkan keputusan yang mereka buat melibatkan kelayak ramai.

Isu pertama melibatkan orang ramai iaitu kenaikan tol. Menteri yang bertanggungjawab kata telah dibawak ke Kabinet dan mendapat kelulusan. Selepas pengumuman di buat suhu orang ramai di Malaysia naik mencacak. Aku pun tulis mengapa aku naik marah. Dalam hati aku kasihan kepada pihak polis kerana apabila orang ramai marah, mereka akan tunjuk perasaan dan sudah tentu permit tak akan dikeluarkan. Sekali lagi polis akan bertembung dengan orang ramai kerana polisi yang menyebabkan orang ramai gelisah dan naik marah dalam keadaan ekonomi yang mengecup sekarang ini.

Beberapa hari kemudian, Pak Lah kata dibatalkan kenaikan tol. Yang mana satu betul ni. Menteri kata dah dapat kelulusan kabinet. Ikut pengetahuanku yang terhad ini, Kabinet tu dipengerusikan oleh Pak Lah. Sekiranya Pak Lah yang mengerusikan tentulah beliau tahu kelulusan itu tak tak timbul dibatalkan kemudian.

Mungkin setelah melihat aura orang ramai yang memanas Pak Lah menarik balik kelulusan Kabinet yang dibuat oleh beliau sendiri. Sekiranya ini berlaku; idea tentang pemimpin berhati-hati membuat keputusan dan keputusan itu dibuat untuk orang ramai agak membingungkan dalam kes ini.

Kes kedua; berkenaan dengan sebutan nama "ALLAH". Mahkamah dah luluskan kerana ada perkeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian. Sekali lagi aura orang ramai naik suhunya. tiba-tiba menteri yang berkenaan membatalkan surat pekeliling itu. Sekali lagi aku naik benggung. Setahu aku, KSU dan TKSU dalam perkara-perkara besar selalu akan minta pandangan menteri sebelum melangkah berbuat apa-apa. Apabila menteri kata perkeliling itu tersalah tulis aku lagi bengung.

Kedua-dua kes ini boleh mengancam kefahaman aku tentang pemimpin yang bertanggungjawab dan membuat sesuatu dengan teliti dan berpandangan kehadapan untuk muslihah orang ramai. Yang nampaknya seperti sorong papan tarik papan. Sekejap begini dan sekejap begitu laksana Yo Yo sahaja.