Wednesday, January 20, 2010

Mursyid 'Am Ikhwanul Muslimin ke 8

Assalamualaikum,

Di tengah-tengah kehadiran begitu ramainya wartawan dan media massa, Dr.Muhammad Mahdi Akif, Mursyid 'Am Ikhwanul Muslimin ke 7 dengan rasminya mengumumkan bahwa penggantinya adalah Dr.Muhammad Badi' Abdul Majid Sami menjadi Mursyid 'Am Ikhwan yang ke 8 pada hari Sabtu, 16 Januari, 2010 yang lalu.

Pemilihan pucuk pimpinan Ikhwan ini sempat dilanda
sedikit "kekecohan" yang merisaukan ramai orang setelah wakil dari Mursyid 'Am mengundurkan diri dari pencalonan dan ada kalangan yang menganggap berlakunya ketirisan dalam pemilihan dewan majlis Syura Ikhwan.

Namun dengan sikap bijak Mahdi Akif, suasana tidak tenteram yang berlaku itu mampu diatasi dengan segera sehingga pemilihan Mursyid 'Am ke 8 Ikhwan dapat berjalan dengan sempurna.

Mahdi Akif dalam kata-kata sambutannya pada sidang akhbar tersebut mengumumkan dengan secara rasminya pengganti beliau yang akan menjadi nakhoda kepada jamaah Islam yang terbesar ini.

Ia juga menyatakan bahwa Ikhwanul Muslimin di bawah kepimpinan Muhammad Badi' memiliki pentas yang jelas dalam melakukan reformasi dan pembaikan yang terus menerus terhadap manhaj dan peraturannya serta sikap dalam mengembangkan pandangan Ikhwan yang sesuai dengan keadaan yang dihadapi dari berbagai sikap dan pandangan-pandangan serta memiliki sikap kelenturan yang tidak bertentangan dengan "tsawabit"(perkara- perkara yang tetap) dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas yang diyakini oleh jamaah dan Ikhwan akan tetap berjalan dalam koridor yang benar selama mana prinsip saling nasihat menasihati terus diterapkan di dalam jamaah.

Beliau juga menyeru kepada jamaah Ikhwanul Muslimin untuk tetap berpegang teguh pada prinsip dan dakwah mereka serta menggenggamnya erat-erat (seperti orang yang sedang menggigit dengan gigi gerahamnya), tidak ragu-ragu atau mundur ketika berhadapan dengan penindasan dan kezaliman yang mengekang kebebasan mereka terhadap sikap yang tidak adil ke atas mereka, pembatasan atas ruang kerja dan mata pencarian mereka serta putar belit yang keji terhadap dakwah dan simbol-simbol mereka.

Sementara itu, Dr. Muhammad Badi' yang secara rasminya menjadi pengganti Akif sebagai Mursyid 'Am Ikhwanul Muslimin ke 8 menyatakan seperti berikut :

"Saya ingin berterima kasih kepada guru (murabbi) kami, saudara tua kami serta pemimpin unggul, Dr.Muhammad Mahdi Akif sebagai Mursyid 'Am Ikhwan ke 7 iaitu seorang yang tabah, berdedikasi serta bersemangat tinggi yang telah memimpin kapal besar Ikhwan di tengah-tengah badai dan kesulitan serta mampu mengatasi halangan-halangan yang ada serta telah menampilkan model unik dan cemerlang ini untuk semua pemimpin termasuk pemimpin kanan kerajaan, persatuan-persatuan dan badan-badan yang lain.

Dia juga telah menunaikan janjinya dengan menyerahkan tampuk kepimpinan setelah hanya memimpin untuk satu penggal.

Tidak ada yang mampu saya ucapkan untuk mengungkapkan rasa cinta yang ada di hati ini untuk memberikan penghargaan sebesar-besarnya atas amanah ini, selain ucapan "Jazakallah Khairan wa atsaba bifadhlihi tsawaba shiddiqin" (Semoga Allah memberikan balasan terbaik dan memberikan ganjaran melalui kurnia-Nya dengan pahala orang-orang yang shiddiqin)."

Beliau juga mengisyaratkan bahwa Ikhwanul Muslimin meyakini adanya tahap-tahap dalam melakukan reformasi dan perkara tersebut tidak dapat dicapai kecuali dengan cara damai dan mengikut garis undang-undang yang berdasarkan pada dialog dengan cara meyakinkan tanpa ada paksaan dan oleh kerana itu mereka menolak segala bentuk kekerasan dan mengutuk semua jenis kekerasan samada yang dilakukan oleh pemerintah, orang perseorangan, kelompok atau lembaga.

Beliau juga menegaskan bahwa Ikhwanul Muslimin selamanya tidak akan menjadi penentang rejim yang berkuasa, meskipun pemerintah sentiasa melakukan diskriminasi terhadap mereka, menyita harta dan mata pencarian mereka serta terus menerus melakukan penangkapan terhadap ahli mereka.

Di sisi lain, Ikhwanul Muslimin juga tidak akan pernah berhenti dari membongkarkan amalan rasuah dan kerosakan moral yang berlaku dalam segala bidang, begitu juga mereka tidak akan pernah terlambat dalam memberikan saranan, nasihat mahupun kritikan bagi kepentingan bangsa dan negara dan akhirnya mereka akan berusaha bagi membina putera dan puteri bangsa untuk memiliki akhlak mulia serta bermanfaat bagi orang lain dan semua ini adalah untuk kepentingan tanah air, warganegara serta institusi-institusi negara.

Berikut adalah profil Mursyid Am Ikhwanul Muslimin Kelapan :

Beliau dikenali sebagai seorang tokoh Ikhwan yang sangat tabah, teguh dalam pendirian, memiliki keyakinan yang kukuh terhadap cita-cita serta memiliki pandangan-pandangan yang banyak diadaptasikan dari pemikiran Sayyid Qutb.

Nama: Muhammad Badi' Abdul Majid Sami.

Tarikh dan tempat lahir: 7 Ogos 1943 di Mahallah Al Kubra.

Status Perkahwinan: Beliau adalah suami dari Sayyidah Sumaiyah Asy Shinawi mantan pengetua sekolah dakwah Islam di Bani Suef yang juga anak kepada Haji Muhammad Ali Asy Shinawi seorang juruterbang dari generasi pertama jamaah Ikhwanul Muslimin yang telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1954 oleh bekas presiden Jamal Abdul Nasir namun kemudiannya diringankan menjadi hukuman penjara seumur hidup.

Jumlah Anak: Beliau memiliki 3 orang anak.

1. Ammar (Jurutera komputer)
2. Bilal (Ahli radiologi)
3. Dhuha (Ahli farmasi)

Jumlah Cucu: Beliau mempunyai 4 orang cucu iaitu: Ru'a, Habib, Iyad dan Tamim.

Latar Belakang Pendidikan Dan Penglibatan Iktisas:

1. Ijazah Sarjana Muda Sains Veterinar – Kaherah pada tahun 1965.

2. Pensyarah Fakulti Sains Veterinar – Assyut pada tahun 1965.

3. Sarjana Perubatan Veterinar dan seorang guru pembantu pada tahun 1977 di Universiti Az Zaqazig.

4. Doktor Falsafah Perubatan Veterinar dan guru dari tahun 1979 di Universiti Az Zaqazig.

5. Profesor Madya Fakulti Sains Veterinar pada tahun 1983 – Universiti Az Zaqazig.

6. Ahli Sains Veterinar di Institut Veterinar di Sana'a 1982-1986.

7. Profesor Sains Veterinar di Universiti Kaherah pada tahun 1987 – cawangan Bani Suef.

8. Ketua Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Bani Suef pada tahun 1990 selama dua penggal.

9. Wakil dekan program lepasan sarjana Universiti Bani Suef Fakulti Sains Veterinar pada tahun 1993 untuk satu penggal.

10. Menjadi penyelia kepada 15 thesis Master dan 12 disertasi kedoktoran (PhD) dan puluhan kertas penyelidikan ilmiah di bidang pengkhususannya.

Pekerjaan Sekarang:

1. Profesor tetap di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar, Universiti Bani Suef.

Aktiviti Kesatuan Sekerja:

1. Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Sains Veterinar untuk dua sesi.

2. Bendahari Kesatuan Sekerja Iktisas Perubatan untuk satu sesi.

Kegiatan Sosial Dan Ilmiah:

1. Anggota Majlis Tertinggi Persatuan Kebajikan Islam di Mahalla al-Kubra.

2. Ahli Lembaga Kelab Pekerja, Universiti Kaherah selama 10 tahun dan penyelia kelab cawangan di Bani Suef.

3. Naib Pengerusi Lembaga dan Persatuan Dakwah Islamiyah di Bani Suef pada tahun 1996.

4. Pengerusi Persatuan Perumahan Pekerja dan Pembantu Universiti Bani Suef.

5. Pengerusi Lembaga Pengarah Pentadbiran Patologi dan Klinikal peringkat negara.

6. Pengerusi Jurnal Penyelidikan Perubatan Veterinar, Fakulti Sains Veterinar – Bani Suef selama 9 tahun.

7. Pengerusi Pusat Perkhidmatan, Fakulti Sains Veterinar lingkungan – Bani Suef.

8. Pengasas Institut Sains Veterinar di Republik Arab Yaman, Sana'a, selama 4 tahun dari 1982-1986 serta membangunkan penternakan unggas dan haiwan peribadi. Selain itu terlibat dengan penterjemahan kurikulum pembelajaran untuk bahasa Arab serta ikut serta dalam mendirikan sebuah muzium ilmiah dan bidang-bidang ilmiah lainnya di institut Sains Veterinar.

Penglibatan Dakwah:

1. Anggota pejabat pentadbiran (Maktab Idari) di Mahallah Al Kubra tahun 1975 .

2. Ketua (mas'ul) pejabat pentadbiran Mahallah Al Kubra tahun 1977.

3. Ketua (mas'ul) Biro Tarbiyah di Ar Rabithah, Yaman pada tahun 1982-1986.

4. Anggota pejabat pentadbiran Bani Suef pada tahun 1986.

5. Ketua (mas'ul) pejabat pentadbiran Bani Suef pada tahun 1990.

6. Ketua (mas'ul ) Tarbiyah Mesir pada tahun 1994.

7. Anggota Maktab Irsyad sejak tahun 1996.

8. Anggota Maktab Irsyad antarabangsa serta penyelia biro tarbiyah pada tahun 2007.

Pengalaman Bersama Jamaah:

1. Pengalaman pertama :

Di penjara pada tahun 1965 bersama ustaz Sayyid Qutb dan anggota Ikhwanul Muslimin lainnya serta dihukum 15 tahun penjara di mana dia menghabiskan waktu di penjara selama 9 tahun dan keluar pada tanggal 4 April, 1974 lalu kembali bekerja di Universiti Assyut dan kemudiannya dipindahkan ke Universiti Az Zaqazig dan selepas itu ia terbang ke Yaman lalu kembali dari sana dan mengajar di Universiti Bani Suef.

2. Pengalaman kedua :

Di penjara selama 75 hari dalam isu Persatuan Dakwah Islamiyah di Bani Suef pada tahun 1998, di mana ia menjadi pemangku pengerusi di Bani Suef setelah penangkapan Haji Hasan Jaudah rahimahullah.

3. Pengalaman ketiga :

Masalah anggota kesatuan sekerja pada tahun 1999; di mana mahkamah tentera telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara di mana beliau menghabiskan waktu 3 tahun sembilan bulan lalu keluar pada awal tahun 2003.

4. Pengalaman keempat :

Pada musim Pilihanraya Perbandaran pada bulan April 2008, beliau dipenjarakan selama satu bulan.

Tulisan Dan Karya Dalam Bidang Dakwah:

1. Artikel dan Hadits dalam laman web (ikhwanonline. com) dan lain-lain.

2. Tulisan dan renungan Al-Quran (tadabbur) yang diterbitkan dalam bentuk jurnal di dalam majalah Al Mujtama'.

3. Penilaian dan penyampaian buku "Memahami Konsep Dakwah".

Nama Dr Muhammad Badi' termasuk salah seorang dari 100 tokoh Saintis Arab di dunia dalam Ensiklopedia Ilmiah Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir pada tahun 1999.

Penglibatannya secara intensif dalam bidang Sains Veterinar telah meletakkan dirinya menjadi orang yang paling mendalami di bidang ini dan reputasi seperti ini sangat jarang berlaku kepada seseorang.

Sehingga kini pun ia terus menggeluti bidang ini walaupun di tengah-tengah kesibukannya menjadi pemimpin gerakan Islam terbesar di dunia. Inilah pelajaran yang menarik bagi seorang tokoh pergerakan Islam dengan latar belakang Sains dan bukan ilmu-ilmu syariah.

WAS
Sumber: Ikhwan webnetonline

No comments: