Tuesday, March 3, 2009

Nasib Baik Saya Tidak Jadi Sultan Perak

PASTINYA Tuhan telah mengukur kain dibaju saya sebelum Dia menjahit baju untuk dijadikan pakaian saya. Kalaulah saya menjadi Sultan Perak yang dijunjung dengan panggilan hebat Paduka Sultan itu alangkah malu besarnya saya hari ini. Sebab di negeri Perak kini ada dua kerajaan yang keduanya berstatus tidak sah!Naiflah saya sebagai sultan memiliki dua kerajaan tetapi keduanya tidak sah. Apa lagi sultan itu pula dikenali sebagai sangat bijak, adil dan profesional dan seorang pakar.

Satu kerajaan yang juga dilantik oleh Sultan bersama barisan Exconya masih mengaku merekalah kerajaan sah di Perak. Manakala satu lagi kerajaan yang baru dibentuk selepas rampasan kuasa juga mengakui merekalah kerajaan yang sah.Perebutan kuasa (kerajaan) kini sedang berlaku dan berlarutan sejak sebulan lalu. Masing-masing berkeras untuk tidak mengalah dan meletakkan keadaan di Perak dalam kucar kacir, celaru, haru biru, dan rakyat menjadi bingung memikirkan apa yang berlaku.

Malu sungguh! Hari ini sebuah kerajaan telah mengadakan persiangan Dewan Undangan Negeri di bawah pokok. Kejadian ini adalah sejarah kerana inilah kerajaan pertama mengadakan sidang di luar Dewan Undangan Negeri.

Betapa aiblah saya kalau saya menjadi Sultan dengan kejadian itu. Sekalian burung, awan, pokok kayu, kereta, lori dan bas melihat kejadian itu seolah kerajaan saya sangat miskin sehinggakan Menteri Besar dan anggota exconya terpaksa bermesyurat di bawah pohon kayu. Ia juga kelakar dan semacam cerita kartun saja.

Manakala di tempat lain, sebuah lagi kerajaan berhimpun di mahkamah menanti keputusan mahkamah terhadap injuksi mereka menghalang kerajaan satu lagi itu daripada mengadakan sidangnya. Sebelum itu DUN yang indah dan dibina dengan harga jutaan ringgit diarahkan ditutup bagi mengelakkan persidangan oleh kerajaan satu lagi mengadakan persidangan.

Sekalian polis dan pasukan pertahan lain juga dipanggil untuk menghalang anggota kerajaan itu dari memasuki ke DUN. Khabarnya sebuah trak FRU siap dengan penyembur menghalang ke pintu masuk ke DUN berkenaan.

Gara-gara dihalang itulah maka kerajaan itu bersidang di bawah pokok. Bayangkan betapa rimas dan meleketnya anggota badan kerajaan itu yang berkot dan bertali leher berada di bawah pokok.

Apa yang saya gambarkan sebelum ini mengenai kedudukan politik di Perak sudah menjadi kenyataan, cuma bezanya raja bukan bersemayam di bawah pokok kayu seperti raja negeri Pasir Dua Butir itu. Tetapi kerajaan Tuanku bersidang di bawah pokok.

Nasib baiklah saya tidak menjadi Sultan Perak maka terelaklah saya daripada menerima padah keaiban dan kemaluan dengan segala kejadian itu. Terelak memikul sejarah baru bagi mana sebuah negeri yang mempunyai seorang raja yang bijak bistari tetapi menjadi kucar kacir tidak tahu mana hujung dan mana pangkal lagi. Negeri hanya sekangkang kera tetapi ada dua buah kerajaan yang hebat dan gah.

Sekiranya saya menjadi Sultan tidak mahu saya apa yang berlaku terjadi kerana ia memalukan dan sekaligus menggambarkan kelemahan serta kerendahan hati dan budibicara saya selaku sultan. Kalau saya jadi sultan saya tidak akan membiarkannya dan menyelesaikan masalah itu kurang daripada tujuh hari tujuh malam saja.Semisalnya saya tidak akan membenarkan kerajaan baru dibentuk ketika kerajaan lama masih wujud dan tidak diendorse dalam dewan undangan negeri. Sebaik-baik akal dan pilihan saya ialah saya akan menitahkan kepada memanda menteri supaya bubar Dewan dan pilihan raya baru hendaklah diadakan. Biarlah dalam pilihan raya itu rakyat menentukan siapa yang mereka kehendaki dan menolak siapa mereka benci dan baru saya lantik Menteri Besar.

Adalah tidak molek saya sebagai raja kalau berpihak kepada mana-mana puak kerana semua yang bernaung di bawah negeri saya adalah rakyat saya belaka. Saya benar-benar akan menjaga fungsi saya sebagai payung meneduhkan rakyat dari hujan dan ribut.Tetapi disebabkan kerana bukan saya menjadi sultan saya tidak dapat berbuat apa-apa ke atas apa yang menimpa negeri Perak hari ini melainkan hanya boleh menulis dan merakam segala peristiwa itu dengan perasaan yang cukup mual sekali. Mual!

[wm.kl. 4:50 pm 03/03/09]
di ambil daripada http://msomelayu.blogspot.com/

Aktualisasi diri dalam politik

Bicara Selasa, Rahman Shaari - SINAR Selasa 03 Mac 2009



Aktuaisasi diri amat sukar dicapai. Maksud aktualisasi diri ialah sikap diri yang terbina kukuh untuk berbuat sesuatu yang diyakini. Orang yang mencapai tahab ini tidak akan berundur daripada apa-apa langkah atau tindakan yang telah difikirnya betul.



Jika kita perhatikan orang di sekeliing kita, kita dapati kebangyakan berada di tahab bawah, iaitu tahap cari makan, cari kasih sayang, cari kawan dan cari pengiktirafan. Peringkat aktualisasi dii mengatasi semua itu, walaupun kita lihat melekatnya unsur mencari pengiktiafan.



..



Dalam politik, masalah datang silih berganti. Masalah mungkin akibat tindakan diri sendiri dan mungkin juga dibawa orang lain. Jika pemimpin kini berasa masalah menghadapi pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, masalah itu sebenarnya dibawa Tun Mahathir. Perhatikan kerajaan pada masa kini terpaksa menghadapi satu keadaan ditelan mati katak, diluah mati cicak. (Saya tak sampai hati, menyebut 'mati emak' dan 'mati bapa' oleh perbuatan kita sendiri.



Dalam hal ini, Datuk Seri Hishamuddin Hussein perlu memperkukuhkan pendirian, untuk berkata 'ya' atau 'tidak', Tidaklah sesuai untuk beliau berkata, misalnya bahawa kajian sedang diteruskan, atau rumusan belum dibuat. Tidak sukar untuk mengatakan bahawa pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan diteruskan, atau sebaliknya. Yang diperlukan ialah pembinaan kekuatan mengarah kepada aktualisasi diri.

boleh tak boleh

Tetap Boleh

Saya mempunyai kuasa penuh untuk menetap tarikh dan masa mesyuaat dalam keadaan yang amat memerlukan. Setiausaha DUN tidak ada apa-apa kuasa

Speaker Dun Perak, V Sivakumar


Tidak Boleh

Sidang tergempar adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan. Polis akan ertindak ke atas mereka yang mengadakan perhimpunan haram.

Ketua Polis Perak, Dauk Zulkifli Abdullah


Dari SInar edisi Selangor & KL 3 Mac 2009

Pokok Sejarah --Pokok Rakyat di Perak

SEJARAH DI BUAT HARI INI

Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Dewan Perundangan Perak telah sebulat suara bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Mesyuarat tergempar ini telah di saksikan oleh hampir 1000 warga Perak. Inilah satu-satunya persidangan Dewan Undangan Negeri yang paling ramai di saksikan oleh warga.vMesyuarat ini telah di adakan di bawah pokok berhampiran dengan bilik mesyuarat yang telah di kunci.

Seperi Pokok Ipoh yang memberi nama kota Ipoh. Pokok ini bersejarah.Pokok bersejarah ini wajib dipanggil Pokok Rakyat dari hari ini.

tulisan Tukar tayar: http://tukartiub.blogspot.com/2009/03/terbaru-parlemen-negeri-perak-di.html

Sunday, March 1, 2009

Tarik papan sorong papan Pemimpin Yo-Yo

Sebagai orang bawah selalu aku fikir yang orang di atas, para pemimpin orang yang istimewa. Mereka sangat teliti, cukup maklumat dan berbuat sesuatu dengan dengan penuh tanggungjawab, berkemampuan dan berpandangan ke hadapan.

Sekurang-kurang dua isu yang baru-baru ini membuat aku berfikir semula. Adakah mereka ini gopoh membuat keputusan, tidak berhati-hati. Sedangkan keputusan yang mereka buat melibatkan kelayak ramai.

Isu pertama melibatkan orang ramai iaitu kenaikan tol. Menteri yang bertanggungjawab kata telah dibawak ke Kabinet dan mendapat kelulusan. Selepas pengumuman di buat suhu orang ramai di Malaysia naik mencacak. Aku pun tulis mengapa aku naik marah. Dalam hati aku kasihan kepada pihak polis kerana apabila orang ramai marah, mereka akan tunjuk perasaan dan sudah tentu permit tak akan dikeluarkan. Sekali lagi polis akan bertembung dengan orang ramai kerana polisi yang menyebabkan orang ramai gelisah dan naik marah dalam keadaan ekonomi yang mengecup sekarang ini.

Beberapa hari kemudian, Pak Lah kata dibatalkan kenaikan tol. Yang mana satu betul ni. Menteri kata dah dapat kelulusan kabinet. Ikut pengetahuanku yang terhad ini, Kabinet tu dipengerusikan oleh Pak Lah. Sekiranya Pak Lah yang mengerusikan tentulah beliau tahu kelulusan itu tak tak timbul dibatalkan kemudian.

Mungkin setelah melihat aura orang ramai yang memanas Pak Lah menarik balik kelulusan Kabinet yang dibuat oleh beliau sendiri. Sekiranya ini berlaku; idea tentang pemimpin berhati-hati membuat keputusan dan keputusan itu dibuat untuk orang ramai agak membingungkan dalam kes ini.

Kes kedua; berkenaan dengan sebutan nama "ALLAH". Mahkamah dah luluskan kerana ada perkeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian. Sekali lagi aura orang ramai naik suhunya. tiba-tiba menteri yang berkenaan membatalkan surat pekeliling itu. Sekali lagi aku naik benggung. Setahu aku, KSU dan TKSU dalam perkara-perkara besar selalu akan minta pandangan menteri sebelum melangkah berbuat apa-apa. Apabila menteri kata perkeliling itu tersalah tulis aku lagi bengung.

Kedua-dua kes ini boleh mengancam kefahaman aku tentang pemimpin yang bertanggungjawab dan membuat sesuatu dengan teliti dan berpandangan kehadapan untuk muslihah orang ramai. Yang nampaknya seperti sorong papan tarik papan. Sekejap begini dan sekejap begitu laksana Yo Yo sahaja.