Wednesday, April 8, 2009

Orang ramai masih mencari pembunuh Altantuya

Bagi menentukan siapakan pembunuh Altantuya kesnya telah dibicarakan oleh mahkamah hampir 150 hari. Suatu pembicaraan yang panjang dan penuh dengan sensasi. Sehingga hari ini wajah dua orang yang dituduh itu masih lagi dilindungi oleh topeng setiap kali mereka hadr ke mahkamah.
Akhirnya mahkamah memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum bunuh kerana pihak pembela mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Walaupun mahkamah telah membuat keputusan namun saya rasa banyak soalan-soalan yang tidak dapat dijawab oleh keputusan yang diberikan. Orang ramai melihat yang Azilah dan Sirul tidak mempunyai motif yang kuat dan mungkin juga dikambing hitamkan. Walaupun mungkin merekalah yang melakukannya membunuhan. Orang ramai sering bertanya. Siapakah orang yang mempunyai motif yang kuat itu dan sebab yang munasabah untuk melihat Altantuya mati. Sekiranya ada orang yang mempunyai motif yang kuat untuk membunuh itu mengapa ianya tidak dibicarakan dan dihukum.
Orang ramai bertanya tentang C4. alat letupan yang dipopularkan dengan kes ini. Bagaimanakah ianya diperolehi kemudiannya digunakan secara yang sangat trajis.

Fakta dan Analisa Tokoh

Fakta : Bukit Gantang;
1. Nizar (Pas) 21,860
2. Ismail (BN) 19,071ng
Majoriti 2,789

Analisa Pemain yang terlibat

Nizar :

1. Sebagai isyarat rakyat Perak dan Malaysia yang mahukan kerajaan negeri dibubarkan.

2. Juga isyarat kepada Kerajaan Pusat bahawa rakyat mahu kerajaan yang adil dalam
sistem demokrasi dan menolak kerajaan yang rasuah, tidak adil dan tidak telus.

Fakta : Bukit Selambau
1. S. Manikumar (PKR) 12.632
2. S Ganesan (BN) 10,229
Majoriti 2,403

Analisa Pemain yang terlibat

S. Manikumar

1: Saya dengan kepercayaan yang diberikan akan menstrukturk masyarakat di sini. Mengenai jawatann EXCO Kedah, saya bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu demi untuk berbakti kepada rakyat.

Fakta : Batang Ai : 1. Jawah Gerang (PKR) 2,053
2. Malcolm Mussen Lamoh (BN) 3.907.
Majoriti 1,854

Analisa Umum Pemain yang terlibat secara langsung dan tidak untuk ketiga-tiga tempat ini.

Datuk Nik Abdul Aziz

1. Saya nak sebut sekali, kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat kali ini. rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan Pas telah berjaya membasuh maruah Malaysia yang telah tercalar teruk di luar negara.

2. Pas kini bukan sahaja diterima oleh orang Islam tetapi juga bukan Islam

2. Anwar Ibrahim

Menunjukkan rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pilihan raya kecil ini menunjukkan satu referendum terhadap beliau.

3. Azmin Ali

"Ya, kita mengangapnya sebagai pungutan suara, kerana pilihan raya kecil ini kebetulan dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru.

SD Dr Mohamad Khir Toyo

Pemerintah DS Najib yang belum mencecah tempoh seminggu tidak bolah dijadikan kayu pengukur kekalahan tersebut sekali gus tanda penolakan rakyat terhadap tampuk pentadbiran baru negara.


Analisa Ahli Akedamik

1. Professor Dr Norani Othman, sociologist daripada Universiti KebangsaanMalaysia,

"Saya tidak menganggpnya sebagai pungut suara sebagai penolakan rakyat kepada Najib, hanyalah pengundi secara umumnya tidak dapat diyakinkan dengan reformasi dalam UMNO."

2., Clive Kessler, emeritus professor sociology dan anthropology University of New South Wales di Sydney,

"the high number of independents indicates a fundamental flaw in Malaysia's electoral system"

Friday, April 3, 2009

Apa sebenarnya MCA mahukan .

Dengan slogan,"Satu Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" Najib memulakan langkah dengan mengistiharkan pembebasan 13 orang tahanan ISA dan menarik balik larangan sementara penerbitan Harakah dan Suara Keadilan yang dibuat pada 23 Mac lalu oleh Kementerian Dalam Negeri.


Kepada orang ramai tindakan ini merupakan tindakan popular yang dialu-alukan terutama bagi keluarga-keluarga ISA itu sendiri. Pecahan Pembebasan itu ialah dua orang daripada pimpinan Hindraf, lapan ahli Darul Islamiyah dan tiga rakyat asing.

Bagi sebahagian rakyat pula tidak dapat lari daripada mahu melihat bagaimanakah dibentuk kabinet baru Najib. MCA awal-awal lagi dah meminta diwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri I .

Adakah Najib akan kompromi dengan MCA dalam isu ini. Dengan politik baru seperti yang dihebohkan terutamanya oleh Pakatan Rakyat tidak mementingkan rupa bangsa dengan memomokkan Ketuanan Melayu dan menggunakan frasa yang dapat diterima ramai seperti Ketuanan Rakyat.

Beberapa pengalaman dan uji kaji sebelum ini telah gagal. DAP dan Gerakan umpamanya adalah parti berbilang kaum, namun hakikatnya sehingga hari ini daripada komposisi keahlian dan apa yang diutarakan oleh parti-parti itu lebih menjurus kepada kehendak satu bangsa sahaja. PKR nampaknya cuba untuk mengubah keadaan ini dengan menampakan parti yang berbilang kaum dengan kejayaan PKR mencalonkan bukan sahaja satu kaum untuk calon dewan undangan negeri atau parlimen begitu juga dalam memegang jawatan-jawatan penting dalam parti.

Pada peringkat ini nampaknya PKR telah berjaya mengadunkan keahlian daripada berbagai bangsa untuk menunjukkan ianya parti yang berbilang kaum. Namun hakikatnya PKR masih merupakan parti baru yang belum mengwujudkan tradisi-tradisi. Pengaruh Anwar tidak dapat dielakkan memainkan peranan yang penting dalam mengwujudkan keahlian yang berbilang ini. Adakah PKR dapat bertahan rekod menarik komposisi ahli daripada berbilangan bangsa selepas pasca Anwar masih lagi menjadi teka teki.

Gerakan juga berjaya menunjukkan ianya parti yang berbilang bangsa pada awal-awal penubuhannya namun sedikit demi sedikit ianya telah menjadi parti seperti parti sebuah kaum sahaja, Gerakan , PPP dan Dap menunjukkan kegagalan dalam menarik keahlian daripada bangsa yang lain. Inilah ujian sebenarnya PKR pada masa hadapan.

Saya mengagak permintaan ini hanya main-main politik sahaja untuk menguji Najib. Permintaan ini dengan senang dapat ditolak oleh Najib. Sekiranya orang China nak jawatan No 2 atau No 3 dalam kerajaan sudah tentu orang India juga akan berarak meminta sekurang-kurangnya jawatan No 3 dalam kerajaan diberikan kepada mereka. Jadi saiz kecil Kementerian yang diminta oleh orang ramai hanya akan menjadi angan-angan sahaja.

Cuma yang saya berfikir-fikir apa sebenar yang dimahukan oleh MCA i ini untuk mengantikan permintaan yang main-main ini. Apa sebenarnya yang mereka hendak ? Apakah sebenarnya yang mereka sasarkan? Adakah yang mereka capai supaya ditambah jumlah jawatan menteri penuh kepada mereka ? Kita tunggu sama-sama kabinet Najib.


Thursday, April 2, 2009

Tahniah PM dan Tanggungjawab

1. Tahniah ditujukan kepada DS Najib Tun Abdul Razak dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada hari ini jumaat 3 April 2009 atau bersamaan 7 Rabiul akhir (1430) , iatu suatu puncak jawatan politik di Malaysia. Sekaligus beliau memikul tanggungjawab berat dalam kontek memikul amanah besar yang langit dan Bukit bukau takut memegangnya.

2. Pelantikan ini juga menandakan teori RAHMAN yang dikuti oleh ramai peramal-peramal politik hampir 30 tahun itu telah menjadi kenyataan. Teori ini bermula dengan susok Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak Datuk Hussein, selepas itu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan diakhir dengan huruf "N" iaitu Najib.

3. Dalam masa terdekat ramai orang sedang menunggu beberapa tindakan PM keenam ini terutamanya komposisi kabinet baru beliau apabila dibentuk nanti. Adakah ianya akan mengecil seperti yang dicadangkan oleh berbagai pihak. Dengan terdapat 29 Menteri di 27 buah kementerian dianggap ramai orang sebagai jumlah yang terlalu besar. Pada sisi lain BN sebenarnya adalah sebuah kerajaan campuran yang terdiri daripada 14 buah parti dengan Pekembar sebagai tulang belakang. Dalam kontek kerajaan campuran sebegini banyak komponen parti, daripada segi politik, bagaimana hendak menjaga kesaimbangan supaya kesemua 14-14 parti ini merasa mereka dihargai dengan pimpinan mereka diberikan kementerian-kementerian yang dikatakan berpengaruh.

4. Pelantikan kabinet baru ini juga akan menunjukkan siapakah tokoh-tokoh yang dibcri tanggungjawab untuk menjadi menteri dan siapakah pula yang akan digugurkan. Pelantikan tokoh-tokoh ini untuk menjadi menteri boleh dilakukan oleh Najib tetapi beliau tidak dapat lari daripada persepsi orang ramai. Adakah tokoh yang dilantik itu mempunyai persepsi yang baik atau buruk. Tindakan PM ini akan membuat orang membandingkan apa yang dikatakan tentang hasrat pentadbiranya dengan tindakan beliau yang sebenarnya.

Wednesday, April 1, 2009

Catetan Sejarah Ramai Yang ingin jadi Calon

Seramai 15 orang calon telah disahkan menawarkan diri untuk bertanding di DUN Bukit Selambau. Mereka ialah:

1. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
2. Tan Hock Huat (Bebas) - kunci
3. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
4. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
5. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
6. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
7. L. Sarala (Bebas) - basikal
8. Datuk S. Ganesan (BN) - dacing
9. A. Jayagopal (Bebas) - payung
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) -bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) - telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang

Dalam pilihanraya lalu, calon Bebas V Arumugam menewaskan calon Barisan Nasional S Krishnan dengan majoriti 2,362 undi dalam pertandingan satu lawan satu. Arumugam kemudian menyertai PKR.