Monday, June 29, 2009

Samba boleh mengajar kita

Apabila dalam separuh masa pertama sudah ketinggalan 0-2 di final Piala Konfederasi, Brazil dapat bangun menampilkan gaya samba dan bangkit menewaskan Amerika Syarikat dengan 3-2.

"Untuk bangkit semula sesudah ketinggalan 0-2 bukan suatu tugas yang mudah. Tetapi saya memiliki pemain yang tidak berputus asa. Mereka membuktikan sekali lagi dalam perlawanan ini.

Kami ketinggalan dua gol dalam, masa 27 minit. AS merupakan pasukan yang kompetitif dan memiliki taktikal yang baik. Ia sukar menewaskan mereka. Tetapi pemain saya berjuang bersungguh-sungguh dan menang ."

____

Memiliki pemain yang tidak berputus asa.

Berjuang bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.

Yakin pada pemain dan diri

Dan banyak lagi pengajaran yang boleh dilihat pada kemenangan Samba Brazil di Afrika Selatan itu.

Sanggup ke kita belajar dari semangat mereka.

Brazil dapat mempertahankan kedudukan mereka tetapi kasihan, sedih dan marah kedudukan negara asyik menerima kejatuhan dan kejatuhan.

Sekolah Usahawan di Solo.

Dari Sinar

Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) bersama dengan 25 orang anggotanya melakukan misi lawatan ke Solo, Ponorogo dan Yogjakarta.

Dalam kenyataannya Naib Biro Korporat Dewan Perniagaan Islam Malaysia. Mohamad Sahar Mat Din," Kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit dalam usaha untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan berdaya saing, namun hasilnya tidak setanding dengan jumlah yang dibelanjakan. Pada saya ia mungkin disebabkan konsep dan sistem yang ada tidak berjaya membentuk semangat keusahawanan yang tinggi dalam diri mereka."

"Sebagai seorang ahli perniagaan saya dapati konsep yang digunakan oleh Pondok Modern Darussalam Guntor ini amat berkesan dan sehingga kini berjaya melahirkan ribuan usahawan yang benar-benar berjaya." Kata Mohamad Sahar juga sebagai Pengarah Urusan Bulatan Mekar Sdn Bhd.

Sekolah Guntor yang telah wujud sejak tahun 1937 bukan sahaja menekankan pencapaian akademik tetapi juga memberi pendedahan secara terus kepada para pelajarnya tentang bagaimana untuk menjadi usahawan.

Dengan pelajar melebihi lima ribu, sekolah ini sentiasa menerima kunjungan pihak-pihak luar yang ingin melihat dengan lebih dekat konsep yang dilaksanakan.

"Sekolah ini sangat unik kerana ia bukan sekolah biasa tetapi konsep yang digunakan melatih para pelajarnya menjadi usahawan dan pemimpin.

Di sekolah ini, rombongan kami dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana para pelajar belajar dan pada masa yang sama dilatih menjadi usahawan dengan menjalankan perniagaan di dalam kawasan sekolah yang keluasannya sama seperti sebuah perkampunagan."

....

DMIP berharap sekolah berkenaan dapat wujud di Malaysia.

Saya berharap dan berharap usahawan akan jadi cara yang dilalui oleh anak-anak kita untuk mencipta masa hadapan.

Wednesday, June 24, 2009

Kekalahan Yang Memalukan

Selasa lalu satu lagi keputusan yang memalukan terpaksa ditelan dengan pahit sekali. Pasukan yang memenangi kejayaan dua kali kejuaraan pada tahun 2007 dan 2008 mengalami kekalahan dengan pasukan Vietnam - Binh Duong di bandar Ho Chi Minhh.

Kedah yanng mewakili Malaysia dalam kejohanan bolasepak Piala Federation Asia (AFC) telah mengalami kekalahan yang yang memalukan 8-2.

Apa lagi yang kita harapkan daripada pertandingan bola sepak. Sehinggakan peminat-peminat bola sudah tidak ambil kisah lagi. Kekalahan demi kekalahan itu sudah tidak menjadi sesuatu yang memeranjatkan bahkan sesuatu yang telah diduga.

Tetapi kekalahan dengan jumlah margin yang besar bukan mudah, lukanya lebih dirasai. Perjalanan bola sepak negara terus menuju kepada penurunan dan penurunan. Aduhai FAM. Apa yang sebenar kamu lakukan sudah hampir 3 dekad FAM membawa kepada keruntuhan bola sepak bukannya menuju kehadapan.

Sunday, June 21, 2009

Degil dan istiqamah

Tok Guru Nik Aziz memberikan perbezaan dua perkataan ini dengan jelas. Kedua-dua perkataan ini menunjukkan sikap yang sama iaitu berpegang sesuatu atau mempertahankan sesuatu benda bermati-matian.

"Saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah. Degil ertinya kita mempertahankan benda yang salah bermati-matian.Itu baru dinamakan degil. Dah tahu benda salah kita pertahankan juga. Itu degil namanya."

"Tapi bila kita pertahankan benda yang betul namanya istiqamah. Beristiqamah dipuji olehh Allah kerana Allah berjanji malaikat akan terus turun dari pihak yang beristiqamah."

Tanya diri kita sendiri dalam setiap perkara adakah kita beristiqamah atau degil. Mungkin ada perkara-perkara yang kita degil dan ada perkara-perkara yang kita istiqamah ?

Orang yang berjuang sering mengatakan mereka beristiqamah. Dalam perkara-perkara yang jelas berpegang kepada apa yang islam kehendaki adalah mudah melihat yang mana satu istiqamah atau degil. Dalam perkara-perkara lain selalunya bergantung kepada kelompok mana yang ia berpegang.

Thursday, June 18, 2009

Apakah daya aku Melayu Malaysian

Amat menarik sekali apabila saya membaca tulisan yang telah ditulis oleh penulis terkenal Tan Sri Abdullah Ahmad di mana pada penulisan tersebut, beliau telah mengakhiri tulisan beliau dengan kata-kata penutup yang begitu dramatis sekali. Katanya, "Apakah daya aku Melayu Malaysian!".

Isu Bahasa Melayu masih tidak nampak noktah hentinya walaupun Bahasa Melayu itu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan.Malah tidak begitu sahaja, tetapi terus tidak dihormati dan disanjungi. Begitulah apa yang ditulis oleh penulis tersebut.

“Cuba buka mata seluas yang mampu, pasang telinga apabila menteri berbicara di hadapan television dan di majlis rasmi atau tidak rasmi kerana munkin takut orang kata tidak tahu cakap bahasa inggeris, maka mereka bercakap dalam bi, walaupun bm mereka lebih baik.”

“Kini peranan bahasa ibunda masih terhad.:

a. Gagal menjadi bahasa negara sepenuhnya seperti bahasa Indonesia dan bahasa Thai yang telah menjadi hakikat di negara tersebut, terus dipersoalkan hatta orang melayu sendiri yang mahu pendidikan asas dilaksanaan dalam BI seperti Matematik dan Sains.

b. Sebagai bahasa rasmi, agak bagus kecuali menteri dan pegawai-pegawai yang suka bermadah dalam bahasa inggeris di majlis-majlis dan temu bual dengan pihak media tempatan pun, lainlah jika berucap di luar negara atau majlis yang dihadiri oleh seratus peratus orang asing. Barangkali mereka semua takut dianggap tidak boleh ‘speaking’, maka walaupun lintang-pukang bertutur dalam bahasa tersebut. Ada sesetengah daripada mereka tidak bercakap BI , tetapi bercakap dalam bahasa melayu yang diterjemahkan dalam BI hingga orang lain (Inggeris) tahu itu bukan idiom Inggeris. Contohnya, “i return back your money” atau “ i will send you”.

c. Sebagai linguafranca agak bagus tetapi tidak meluas seperti di sangka begitu, juga sebagai bahasa perpaduan dan akhirnya sebagai bahasa ilmuan, bahasa pengetahuan yang terus diragui oleh orang Melayu sendiri.”

Inilah antara tulisan bekas pemimpin UMNO sendiri. Suatu masa dulu orang kuat Tun Razak. Inilah buah tangan daripada seorang yang sangat mengkaguni Tun Mahathir. Inilah rasa hati seorang bekas pengarang akhbar utama di Malaysia. Kelohan-kelohan begini bukan beliau seorang yang rasai. Kita juga merasakan kepahitan menjadi “Melayu Malayasian”.

Sekali lagi kita memerlukan kesungguhan politik untuk jati diri bahasa sendiri yang sememangnya diakui oleh Perlembagaan tetapi sayang seribu kali sayang kekuatan politik yang ada tidak dapat mempertahankan jati diri bahasa sendiri.