Friday, February 27, 2009

Perkataan Pakistan & Sejarah Ringkas Kashmir

Terima kasih kapada Dr Azharuddin Mohamed Dali daripada Jabatan Sejarah UM kerana memberikan maklumat berikut.

Perkataan "Pakistan" dirujukan kepada "lima daerah" iaitu kawasan di utara India, Punjab, Afghanistan (sebahagian kawasannya), Kashmir, Sikh dan Baluchistan."

jika di sambungkan Pakistan bererti : Punjab (P) + Afhghanistan (a) + Kashmir (k) + Sind (s) + Baluchistan .. ...Menarik. Tetarik. Baru tahu .

Huruf "K" Kashmir tidak menyertai Pakistan. Makna Pakistan tidak lengkap.

Sejarah

Pada tahun 1947 Kashmir diperintahkan oleh seorang maharaja beragama Hindu bernama Hari Singh. Sungguh pun begitu masyarakat ketika itu adalah orang Muslim. Apabila menjelang kemerdekan, Mahaaja Singh mahu menyertai India tetapi majoriti rakyat mahu bergabung degan Pakistan.

Dalam keadaan kekacauan, Ingeris terdesak meninggalkan India tampa membuat sesuatu keputusan yang konkrit tentang Kashmir. Inggeris terpaksa melepaskan isu itu dalam keadaan India dan Pakistan berebutan untuk menguasai Kashmir.

Apabila berlaku permisahan India dan pakistan, Inggeris mengadakan satu pengistiharan yang dipanggil Line of Control (LOC) memisahkan dua kawasan itu.

Kawasan itu ialah Azad Kashmir yang ditadbirkan pakistan dan Jammu dan Kashmir yang di tadbirkan oeh India. Rakyat Kashmir di Azad ini tidak mempunyai banyak masalah kerana memang menyokong Pakistan, tetapi rakyat Jammu Kashmir yang majoriti Muslim memang bermasalah dengan India.

India pula mahu memastikan supaya tidak belaku masalah demogafi Hindu yang menjadi minoriti dan Islam tetap majoriti. Jesteru itu dibuat kuil supaya dapat menarik orang Hindu untuk menetap di jammu.

Nampaknya apa yang berlaku sangat mirip seperti apa yang berlaku di Palestin iaitu Yahudi merampas tanah dan menghalau penduduk dan membawa masuk Yahudi menduduki tanah Arab.

Apa yang bahasa Inggeris Tak Boleh Buat

1. Bahasa Strategik

Tukar Tiub mengatakan : mengajukan pandangan bahawa Bahasa Melayu/Malaysia adalah Bahasa Stratejik untuk perubahan dalam negara Malaysia. Gagal menggunakan bahasa stratejik ini bermakna akan gagal untuk dicapai apa sahaja bentuk perubahan yang di cita-citakan oleh sesiapa sahaja.Apa sahaja pandangan yang baik-baik , cadangan yang molek-molek, tulisan yang hebat-hebat atau konsep yang bersinar cemerlang akan terus terpinggir kerana ianya TIDAK sampai kepada khalayak warga.

Warga TIDAK AMBIL POT kerana warga tidak memahaminya apa soh seh soh seh yang sedang dilabonkan, kendati pun soh seh soh seh ini adalah pandangan yang akan membawa kebaikan untuk warga sendiri. Justeru, ini adalah kerja sia

2. Tidak mampu memperkaya kreativiti

oleh : Malim Ghozali PK
Bahasa Inggeris tidak mampu memperkayakan kreativiti serta psikomotor para pelajar, rata-rata yang tidak mengerti bahasa tersebut, alih-alih pula diajr pula subjek-subjek sains dan matematik. RIngkasnya daripada aspek kognitif dan upaya membangunkan ilmu.

3. Bahasa Inggeris tidak boleh menjadi bahasa Penyatuan
oleh : Malim Ghozali PK

Bahasa Inggeris tidak boleh menyumbang sebagai bahasa penyatuan dinegara yang terdiri daripada berbilang kaum, seperti Malaysia. Lihat sahaja bagaimana peranan bahasa berjaya memikul tugas menyatupadukan rakyat di Indonesia, Thailand.

Macam-macam Dah Buat untuk PPSMI

Macam-macam yang dibuat oleh para pejuang bahasa bagi menyedari menteri dan kerajaan supaya kembali ke pangkal jalan. Tujuh tahun adalah masa yang panjang. Banyak yang sudah mereka kaji dan yang buat bagi mempengaruhi menteri. Tetapi semua aduan, rayuan dan gesaan jatuh kepada telinga yang tuli.

Maka akhir-akhir ini orang yang tidak bersuara bebas itu sudah bercakap keras kepada kerajaan. Macam-macam mereka kata. Macam yang pembangkang acap buat.

Sudah ada yang sanggup turun ke jalanan memberitahu orang ramai tentang apa yang mereka hendak sampaikan. Ada yang bercadang hendak berarak ke Istana Negara. Sudah mula mereka mengadakan tunjuk perasaan sederhana di tengah kawasan sesak di Kuala Lumpur.

Dan sudah berazam mereka pergi berarak ke negeri-negeri dan mengadakan demostrasi raksasa di tengah ibu kota.

Kata Menteri Pelajaran yang bertanding untuk Naib Presiden Umno, demostrasi jalanan bukan cara kita. Khususnya orang Melayu. Guna saluran lain saja.

Saluran apa ? Apa saluran yang tidak mereka gunakan ?

Subky Latif - Selangkah; Siasah 22- 28 Februari 2009

Siapa kata turun Jalanan Bukan cara Orang Melayu

Kalau Datuk Onn tidak turun ke jalan raya mengajak orang Menentang Melayan Union, sudah lama negara Malayan Union itu tertegak. Kalau Tunku ABdul Rahman Putra tidak mengajak orang turun ke padang menuntut kemerdekaan, lambatlah Tanah Melayu merdeka.

Bila Sukarno melancarkan konfrantasi mengganyang Malaysia di setiap negeri dan setiap daerah orang Melayu berarak.

Dan kalau turunan ke jalanan itu bukan cara orang Melayu dan orang Malaysia, maka tiadalah orang melilit riben kuning di kepala membantah karpal Singh hendak menyaman Sultan Perak.

Di merata-rata orang Melayu berarak membawa sepanduk marahkan Karpal Singh dan marah Nizar Jamaludin mohon menyembah derhaka tak mahu undur dari Menteri Besar Perak.

Biarlah polis sahaja menghalang Nizar masuk pejabat Menteri. Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda Umno mahu bersama pemuda Umno menghalang Nizar buat apa ? Ini sesuatu yang harus. Harus boleh dan boleh tak buat.


Subky Abdul Latif - Selangkah; Siasah 22- 28 Februari, 2009

Thursday, February 26, 2009

Kata Presiden Pas - Kerajaan Tampa Pembangkang

Saya tertarik dengan perubahan yang berlaku di Indonesia, selepas era Suharto yang hampir-hampir mematikan amalan demokrasi di Indonesia. Apabila Habibie mengambil alih, Habibie telah membentuk satu bentuk pemerintahan iaitu unity government yang melibatkan semua parti-parti politik. Tidak ada pembangkang, semua parti dalam kerajaan dan berlakunya pembahagian tugas mengikut kedudukan parti masing-masing dalam pilihan raya. Selepas itu berlakulah proses mengislahkan atau reformasi di Indonesia. Ekoran itu, berlakulah kebebasan media yang tidak berpihak, media menjadi saksi yang adil untuk kehakiman rakyat, semasa pilihan raya hilangnya diskriminasi di kalangan parti-parti politik sehingga kita melihat bagaimana demokasi yang menjunam di Indonesia melangkah lebih maju daripada kita dengan perubahan yang berani yang dilakukan oleh habibie. Walaupun pemerintahan yang singkat tetapi meninggalkan satu kesan besejarah dalam hayatnya sebagai pemimpin di Indanesia.