Menilai kejadian-kejadian yang berlaku dalam negara dan dunia. Melihat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian umum. Lebih banyak kekeliruan yang dicetuskan oleh tuduahn-tuduhan pihak-pihak yang berkepentingan daripada menjawab kebenaran peristiwa tersebut. Pihak-pihak yang bertentangan ini cuba memberi makna kepada peristiwa-peristiwa tersebut supaya sangat dekat dengan kepentingan mereka. Agar mereka dipihak yang benar.
Apabila sesuatu kejadian berlaku orang ramai ingin mengetahui perkara sebenar. Apatah lagi kejadian itu dikatakan melibatkan orang-orang kenamaan bahkan melibatkan artis juga dikira melibatkan kepentingan orang ramai. Ramai yang ingin tahu. Akhbar-akhbar dan penulis-penulis blog dengan cepat akan melaporkannya dan memberikan pendangan mereka.
Siapakah yang melakukannya. Siapakah yang terlibat. Salah atau tidak ?. Siapakah yang membuat kesalahan. Apakah keronologi kejadian itu. Nampaknya agak mudah untuk mengetahui kebenaran tetapi sebenarnya kebenaran itu agak sukar sebenarnya untuk orang ramai mengetahuinya. Kebenaran itu satu tetapi mungkin dilihat melalui sisi yang berlainan oleh pelbagai orang. Apatah lagi kejadian yang berlaku itu memberi impak yang berbeza dan ada kaitan dengan kepentingan pihak tertentu yang saling bertelagah. Penulis-penulis akhbar dan penulis-penulis blog akan menulis menurut perspektif kepentingan mereka. Orang-orang politik sudah tentu tidak berkecuali daripada memberi pandangan dari sudut kepentingan mereka.
Filem “The General’s Daughter” yang diadaptasi dari novel Nelson DeMille yang ditayang di TV2 tidak lama dulu, dibintangi oleh John Travolta sebagai penyiasat bernama Paul Brenner. Clarence Williams III sebagai Col. George Fowlern telah menasihat Paul Brenner dalam kerja-kerja membuat siasatannya. Ada tiga cara untuk membuat kerja. Pertama cara yang betul, kedua cara yang salah dan ketiga cara tentera.
Inilah yang dilakukan oleh pihak yang berkepentingan. Mereka melakukan cara tentera. Bukan cara betul atau cara salah tetapi cara tentera. Cara tentera bolehlah disamakan cara parti kita bekerja, cara Ngo kita bekerja atau cara organisasi kita bekerja. Oleh kerana parti kita melawan parti tertentu untuk mendapat undi. Cara kita bekerja tentulah berlainan dengan parti yang satu lagi. Cara kita mengolah peristiwa mestilah condong dan mirib kepada kepentingan organisasi kita.
Cara tentera inilah yang dilakukan sekarang. Kebenaran itu dari sudut organisasi kita.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment