1. jumlah pengundi dari kalangan Generasi Y akan mencapai lebih 7 juta orang, iaitu menepati 50% dari keseluruhan pengundi berdaftar.
2. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia (NSRM), daripada bulan Januari hingga Ogos tahun lepas (2010), jumlah kes bunuh diri melibatkan 425 orang dengan purata 60 orang sebulan. Ertinya, setiap hari dua orang rakyat Malaysia mencabut nyawa sendiri. Petunjuk ini begitu mengejutkan kerana jumlah ini hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat.
3. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf mencatatkan peningkatan ketara iaitu 16,100 orang pada 2007, 16,541 orang pada 2008 dan 17,303 orang pada 2009.
4. Tahun 2011, keadaan dilihat semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes pembuangan bayi berlaku. Jenayah Juvana 55.
5. Menurut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah di seluruh negara, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes kecurian. Perangkaan ini sebenarnya belum termasuk kes jenayah juvana yang tidak dilaporkan kepada pihak berwajib.
6. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.
7. Menurut Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam, manakala menurut Brain Wain pula sebanyak RM 340 bilion ketirisan berlaku sepanjang pemerintahan Dr Mahathir Mohammad.
8. Menurut kajian yang oleh Pemuda BN lakukan, hampir 40% anak muda bimbang terhadap masa depan negara. 48% anak muda berpendirian, kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin, iaitu 39% berpendapat kehidupan di Malaysia adalah sukar dan hanya cukup untuk keperluan sahaja, manakala 9% yang lain berpendapat sangat sukar dan tidak cukup untuk keperluan.
9. Dilaporkan juga, 81% anak muda di Malaysia pernah kehabisan wang sebelum mendapat gaji bulan berikutnya, dengan 10% dari anak muda kerap menghadapi situasi tersebut.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment