Secara mudah, ada lima cara pengurusan konflik.
Pertama, dengan kaedah "competing" atau menang-kalah. Satu pihak menang, satu pihak kalah. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Inilah pendekatan yang sering digunakan oleh orang politik. Orang yang kalah seringkali disisihkan.
Kedua, "avoiding" atau mengelak dari bercakap mengenai konflik itu. Dalam bahasa lain, "menyapu masalah di bawah karpet". Ini sering berlaku dalam sesama parti politik. Oleh kerana ada pihak yang tidak mahu mengeruhkan suasana, maka dia memilih untuk mendiamkan diri sebagai satu kaedah menghadapi konflik.
Ketiga, menggunakan pendekatan "accomodating" atau memberikan apa saja yang diminta. Ini hampir sama dengan suami dan isteri kedua, lebih-lebih lagi isteri muda yang cun. Nak kereta, beri. Nak rumah, beri. Nak hadiah, beri.
Keempat, pendekatan "compromising" atau "separuh-separuh". Kamu dapat separuh, aku dapat separuh. Pendekatan "compromising" lebih bersifat 50-50: satu untuk kamu, satu untuk aku; dua untuk kamu, dua untuk aku, dan begitulah seterusnya.
Dan akhir sekali, kelima, ialah kaedah "collaborating" atau muafakat. Kaedah muafakat ialah "menang-menang" untuk kedua-dua belah pihak. Pendekatan muafakat menuntut perundingan. "Collaborating" tidak sama dengan "compromising".
"Collaborating" bermaksud memberikan apa yang diperlukan oleh kedua-dua belah pihak, dan tidak mustahil ia bukanlah sesuatu yang serupa. Marilah kita lihat "collaborating" dalam konteks hubungan UMNO dan PAS. Apakah bentuk-bentuk "collaborating" yang boleh berlaku:
1. Penyatuan UMNO dan PAS dalam satu entiti politik. Saya tak fikir ini akan berlaku. Malah, susah nak berlaku. Maka, saya fikir elok kita kesampingkan dulu pilihan ini.
2. Bersatu dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan perjuangan bersama. Saya tidak fikir jurang UMNO dan PAS adalah terlalu besar sehingga tidak ada langsung titik pertemuan kepentingan. Kalau UMNO boleh duduk semeja dengan MCA, dan PAS tidur sebantal dengan DAP, apakah penghalang untuk kedua-duanya bersatu dalam isu-isu kepentingan bersama?
Kenalpasti kepentingan itu dan "bersatu" dalam soal-soal itu. Ini lebih praktikal berbanding penyatuan dalam satu entiti politik.
Nah, bagaimanakah hendak mewujudkan "collaboration" sekiranya tidak ada perbicangan? Perundingan, perbincangan, mesyuarat atau apa sahaja namanya adalah merupakan satu proses mewujudkan "collaboration".
Semua pemimpin politik (bukan sahaja dalam PAS) harus memiliki kehebatan menggunakan strategi "collaboration" ini. Untuk itu, ia menuntut seseorang pemimpin politik mempunyai skil pemujukan (persuasion), perundingan (negotiation), penyelesaian konflik (conflict resolution) dan komunikasi yang baik.
PAS bukan sahaja harus boleh berbincang dengan DAP dan PKR, malah ia harus mampu berbuat demikian dengan semua parti-parti politik. Pemimpin PAS bukan sahaja mesti boleh bermuafakat dengan UMNO, tetapi juga MCA, MIC; hatta dengan pemimpin-pemimpin PPP yang sedang bertelagah itu.
Bukan setakat itu. Malah, pemimpin PAS juga mesti boleh berbincang dengan parti-parti politik di luar Malaysia -- dengan Republican dan Democrat di Amerika Syarikat, atau dengan Labour, Conservative dan Liberal Democrats di UK.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
1 comment:
boleh hj hadi, colaborate dgn umno...boleh, tapi at the token of pakatan rakyat la. nak elakkan fitnah, listkan ape agenda dan ape matlamat, cita pumpang2 mcam budak2 la haji. cita colab tu ini, mendatangkan fitnah je, akhirnya colab takdapek, rakan2 kita tinggalkan. hadi hadi.
Post a Comment