Hampir tidak kedengaran lagi pembicaraan tentang kemiskinan yang dihadapi oleh orang Melayu. Seolah-olah masalah itu telah selesai dan orang Melayu sedang menuju ke arah pembangunan yang lebih lestari. Polimik dan perbincangan tentangnya seolah telah tamat.
Dalam keadaan begitu Abdul Rahman Maidin yang baru menyertai PAS membangkitkan kembali masalah kemiskinan orang Melayu yang masih lagi tidak sepenuhnya dapat diselesaikan. Apatah lagi Abdul Rahman sebagai orang Pulau Pinang sudah tentu sangat mengetahui tentang kesan pembangunan ke atas orang Melayu.
"Mengambil tanah orang Melayu dan menghancurkan perkampungan mereka, kemudiannya memindahkan ke tempat lain memang mudah tetapi tindakan itu langsung tidak dapat membantu kehidupan orang Melayu" tegasnya.
"
Zahirnya memang nampak orang Melayu agak maju, tetapi cubalah tinjau keadaan sebenar dalam rumah mereka. Benar, rumah agak tersusun di kawasan kediaman, tatapi saya yakin lapan daripada sepuluh keluarga dibebani pelbagai masalah seperti hutang keliling pinggang dan konflik rumahtangga akibat problem sosio-ekonomi," tambahnya sambil menceritakan pengalaman melihat sendiri keadaan menyedihkan keluarga yang dipindahkan di Kuala terengganu.
Menurut beliah kegagalan mengatasi kemiskinan Melayu kerana terdapat ketidaksamaan sistem dengan keupayaan.
Sekiranya kita hendak membantu orang melayu, kita kena mengambil tahu apa yang mereka ada, di mana mereka berada, apa kekuatan yang ada, maka harus diselaraskan dengan keupayaan orang melayu," Kata Abdul Rahman
Menurut beliau tindakan kerajaan mengumumkan pelbagai pemberian seebnarnya tidak dapat mengatasi masalah sosial ekonomi kehidupan orang Melayu yang bergantung ekpada hutang.
Antara strategi yang digunakan ialah perumahan mampu milik. Masalahnya Peerumahan mampu milik itu satu hal, satu hal yang lain pula ialah soal sosial ekonomi yang membolehkan penduduk mampu membayar atau tidak. Sekiranya kampong diroboh dan membawa penduduk ke penempatan lain diflat mampu milik, penduduk akan bingung dengan persekitaran baru.
Dulu sebagai nelayan berpindah pula ke kawasan baru tentunya memberi kesan yang mengurangkan pendapatan.
Atau memindahkan penduduk yang menorek getah ke kawasan yang jauh di pekan, pasti menyusahkan hidupnya yang akhirnya membuatkan mereka tidak mampu membayar rumah. Dulu boleh tinggal empat kelamin disebuah rumah kini ada dua bilik sahaja.
rujukan : Harakah 10-13 Disember 2012