Thursday, December 13, 2012

Selesaikan Kemiskinan Melayu

Hampir tidak kedengaran lagi pembicaraan tentang kemiskinan yang dihadapi oleh orang Melayu. Seolah-olah masalah itu telah selesai dan orang Melayu sedang menuju ke arah pembangunan yang lebih lestari. Polimik dan perbincangan tentangnya seolah telah tamat. 

Dalam keadaan begitu Abdul Rahman Maidin yang baru menyertai PAS membangkitkan kembali masalah kemiskinan orang Melayu yang masih lagi tidak sepenuhnya dapat diselesaikan. Apatah lagi Abdul Rahman sebagai orang Pulau Pinang sudah tentu sangat mengetahui tentang kesan pembangunan ke atas orang Melayu. 

 "Mengambil tanah orang Melayu dan menghancurkan perkampungan mereka, kemudiannya memindahkan ke tempat lain memang mudah tetapi tindakan itu langsung tidak dapat membantu kehidupan orang Melayu" tegasnya. "

Zahirnya memang nampak orang Melayu agak maju, tetapi cubalah tinjau keadaan sebenar dalam rumah mereka. Benar, rumah agak tersusun di kawasan kediaman, tatapi saya yakin lapan daripada sepuluh keluarga dibebani pelbagai masalah seperti hutang keliling pinggang dan konflik rumahtangga akibat problem sosio-ekonomi," tambahnya sambil menceritakan pengalaman melihat sendiri keadaan menyedihkan keluarga yang dipindahkan di Kuala terengganu. 

Menurut beliah kegagalan mengatasi kemiskinan Melayu kerana terdapat ketidaksamaan sistem dengan keupayaan. Sekiranya kita hendak membantu orang melayu, kita kena mengambil tahu apa yang mereka ada, di mana mereka berada, apa kekuatan yang ada, maka harus diselaraskan dengan keupayaan orang melayu," Kata Abdul Rahman 

 Menurut beliau tindakan kerajaan mengumumkan pelbagai pemberian seebnarnya tidak dapat mengatasi masalah sosial ekonomi kehidupan orang Melayu yang bergantung ekpada hutang. Antara strategi yang digunakan ialah perumahan mampu milik. Masalahnya Peerumahan mampu milik itu satu hal, satu hal yang lain pula ialah soal sosial ekonomi yang membolehkan penduduk mampu membayar atau tidak. Sekiranya kampong diroboh dan membawa penduduk ke penempatan lain diflat mampu milik, penduduk akan bingung dengan persekitaran baru. 

Dulu sebagai nelayan berpindah pula ke kawasan baru tentunya memberi kesan yang mengurangkan pendapatan. Atau memindahkan penduduk yang menorek getah ke kawasan yang jauh di pekan, pasti menyusahkan hidupnya yang akhirnya membuatkan mereka tidak mampu membayar rumah. Dulu boleh tinggal empat kelamin disebuah rumah kini ada dua bilik sahaja. 

rujukan : Harakah 10-13 Disember 2012

Wednesday, December 14, 2011

HARI YANG BERSEJARAH

HARI INI DALAM SEJARAH TUKAR TIUB

ini adalah kenyataan paling bersejarah
ini adalah kenyataan sejarah
bukan kerana isinya bersejarah
tetapi
untuk pertama kalinya
naib presiden pkr ini telah mengeluarkan kenyataan
dalam bahasa melayu

tukar tiub bersyukur
kerana akhirnya naib presiden pkr ini sedar
bahawa 60% warga dalam negara ini menggunakan bahasa melayu
adalah diberi tahu kepada umum bahawa naib presiden pkr ini
amatlah rajin menulis kenyataan akhbar
hampir setiap hari
hampir setiap isu
hampir setiap ajenda
naib presiden pkr akan memiliki pandangan
dan akan mengelurakan kenyataan

tetapi semua kenyataan ini telah dibuang
dan tidak disiarkan kerana ianya ditulis
dalam bahasa yang mak cik dan pak cik felda tak faham

marilah kita berdoa beramai-ramai
agar kesedaran untuk mengunakan bahasa melayu
sebagai bahasa stratejik untuk perubahan akan terus
berkembang terutama kepada NGO NGO yang menyokong hak asasi rakyat
tetapi tidak menggunakan bahasa rakyat

tukar tiub berdoa agar ngo ngo ini
akan turut terbuka hati untuk mula menulis dalam bahasa melayu
amin!

dari http://tukartiub.blogspot.com/2011/12/hari-yang-bersejarah.html

Friday, December 2, 2011

Macam mana Melayu hilang kuasa dan kedudukan?

Macam mana Melayu hilang kuasa dan kedudukan?

Malay loses everything if he hasn’t got education, if he cannot compete, if he is not equipped to compete and most damaging of all, if Malays are cocooned paternalistically. Malays don’t lose if they cut the umbilical cords with UMNO.

Melayu akan hilang kuasa kalau mereka tidak ada pelajaran, kalau mereka tidak kompetitif dan sebagainya. Melayu tak hilang kuasa jika tidak bertali urikan UMNO.

http://sakmongkol.blogspot.com/