Friday, January 9, 2009

Isu Palestin Menyebabkan rakyat Malaysia bersatu

Hari ini Jumaat ,9 Januari 2009 merupakan hari soliditari bagi semua rakyat Malaysia yang berkaitan dengan isu Palestin. Kerajaan sama ada kerajaan BN atau kerajaan PR sama-sama menunjukkan kesatuan dalam isu Palestin. Di mana semua masjid di Malaysia mengadakan solat hajat selepas daripada menunaikan solat Jumaat. Berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.

Isu Palestine adalah isu bersama, isu yang kesemua rakyat Malaysia bersetuju untuk bersama-sama tampa mengira ideologi, parti atau pendekatan politik. Isu di mana rakyat Palestin dilihat menjadi mangsa kekejaman Israel yang didokong terutamanya oleh Amerika Syarikat.

Demostrasi solidatari sebegini sudah tentu akan dijaga oleh pihak keselamatan. Kita dapat menyaksikan apabila pihak pembangkang dan kerajaan mempunyai pandangan yang berbeza. Demostrasi yang dilakukan oleh pihak pembangkang biasanya disambut dengan pancutan air dan cota. Untuk demostrasi pada kali ini para demostrator akan dijaga oleh pihak polis dan sudah tentu tiada kejadiaan yang tidak diingini akan berlaku.


Sebelum daripada itu dalam isu Palestin juga Dr Mahatzir dan Us Fadzil Noor dapat duduk semeja untuk memberi pandangan mereka berkenaan dengan isu Palestin. Inilah kejayaan besar bekas Presiden ABIM Tuan Haji Ahmad Azam dalam usaha menjadikan ummat Islam di Malaysia bersatu padu.

Antara perkembangan yang menarik dalam isu Palestin ini apabila pelajar universiti di negara ini dibenarkan menyertai mana-mana demostrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Biasanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan digunakan sebagai alasan pelajar-pelaja tidak dibenarkan untuk turut serta mana-mana demostrasi. Pada kali ini Pak Menteri yang menjadi universiti sendiri menggunakan AUKU untuk membenarkan pelajar-pelajar menyertai pergerakan demostasi.

No comments: