Wednesday, May 11, 2011

Mengelola Persetujuan Ramai

Mengelola pendangan orang ramai bagi mendapat persetujuan orang ramai sangat penting terutamanya bagi pemimpin negara demokrasi. Pada akhirnya persetujuan orang ramai itu diharap dapat membantu memberi undi semasa pilihan raya atau menambahkan lagi penyokong-penyokong. Dengan itu dasar pemimpin itu akan dipersetujui dan parti mereka dapat memerintah.

Contoh yang mudah. Lihat kes-kes kenaikan harga barang; gula dan petrol. Pihak kerajaan akan memberikan jawapan yang agak standart tidak banyak berubah dan telah digunakan berkali-kali. Rakyak Malaysia banyak gunakan gula. Gula punca kegemokkan. Pada sisi lain kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi. Wang daripada penjimatan subsidi itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan pembangunan yang lain. Kemudian kerajaan akan bandingkan harga gula di Malaysia dengan harga gula di Negara-negara Jiran. Kesimpulan yang pihak kerajaan buat ialah harga gula masih disubsidi dan antara yang termuruh di rantau ini.

Begitu juga apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak. Orang ramai diberitahu kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa kerana subsidi yang terpaksa ditanggung agar besar dan akan memberi kesan kepada pembangunan-pembangunan yang telah dirancang. Alasan satu lagi yang standart harga minyak Malaysia masih yang termurah di dunia.

Pihak pemimpin pembangkang pula akan mengelolakan pandangan umum kenaikan harga gula dan minyak ini menyusahkan orang ramai yang sedia susah sekarang ini. Kenaikan harga gula dan minyak ini akan memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Harga makanan dan pengangkutan akan naik. Semua ini akan membebankan rakyat.Satu pertanyaan wang penjimatan subsidi itu dibelanjakan di mana ?

Dalam scenario politik demokrasi. Kita dapat lihat dengan jelas apa yang dikatakan oleh parti politik kerajaan dan juga parti politik pembangkang dalam satu-satu isu. Yang sebenarnya kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mendapat persetujuan orang ramai yang parti mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat. Atau menunjukkan diri mereka. Kami pemimpin.

No comments: