Keadilan lahir daripada kebangkitan rakyat
kekuatan parti bergantung kepada tiga perkara.

Mereka yang menyokong keadilan kerana mereka yakin dengan prinsip ini, they will stay.
Kedua, kekuatan keadilan itu terletak pada mass support. Sokongan rakyat. Sebab keadilan pada hari pertama kelahirannya, bukan dilahirkan oleh nama-nama besar. Pada hari Anwar dibuang daripada UMNO dengan fitnah besar, fitnah satu tahun 1998, tak ada Majlis Tertinggi UMNO yang keluar parti menyokong Anwar. Tak ada wanita UMNO yang keluar parti kerana menyokong Anwar.
Empat orang EXCO Pemuda UMNO sahaja yang menyokong Anwar. Saifuddin, Rahim Ghouse, Ruslan Kassim, dan Zahid Hamidi, sekejap. Lepas dia (Zahid) kena tangkap ISA, dia balik semula. Ok, tak apa. Ruslan pun balik, tinggal saya Saifuddin dengan Rahim Ghouse.
Itu sahaja, fakta. Hanya seorang ketua UMNO bahagian, daripada 165 Ketua Pemuda (bahagian) UMNO ketika itu, hanya seorang saja, iaitu Hamdan Taha. Ketua Pemuda Teluk Intan yang menyertai Anwar. Sekarang ini adalah pegawai kepada Zambri Kadir.

Dan yang ketiga, disebabkan sokongan massa dalam konteks organisasi, keadilan kuat kerana anggotanya. Kena tangkap sudah. Kena gas sudah. Kena lokap sudah. Kena penjara sudah. Hilang kerja sudah. Hilang pencen sudah. Semua sudah.
Siapa mereka ni? Nelayan, penoreh getah, penjaja kecil, pemandu teksi, ini adalah kekuatan parti Keadilan. Saya masuk di sini. Saya teliti keanggotaan parti, 35% of the anggota parti, datang daripada young group. Dan ini bukan berlaku secara tiba-tiba. Tidak. Young group ni apa? Maklumat yang cukup, level of education (taraf pendidikan) lebih baik, energetic, mereka ni punya vision, they know what they are doing. They choose to be with us.
No comments:
Post a Comment