Saturday, August 17, 2013

Selepas ini apa lagi yang perlu dibuat.


Hampir saban minggu sejak 2 atau 3 bulan kebelakang ini panggilan, rayuan dan pemintaan untuk orang ramai turun beramai-ramai untuk berdemonstrasi.  Orang ramai diminta berkumpul kemudian berarak beramai-ramai bagi menyatakan bantahan atau protes. Belbagai badan-badan NGO dan politik menganjurkan nya.

Dalam kes yang sudah menjadi sebahagian daripada upacaya ritual demonstrasi untuk menunjukkan prihatin di atas masalah Palestin dengan kekejaman yang dibuat oleh Zionis Israel.  Nasib malang pembunuhan beramai-ramai yang menimpa Mesir bagi menguraikan penunjuk-penunjuk perasaan secara aman mendapat aura demonstrasi yang terbaru.  Sebelum daripada itu apa yang berlaku di Syria,di Iraq dan nasib menimpa orang-orang  Rohingya mendapat tempat.

Rayuan demi rayuan, permintaan untuk orang ramai turun demostrasi bagi menyatakankan prihatin dan meminta pihak berkenaan melakukan sesuatu. Nota bantahan dihantar kepada kedutaaan berkenaan.

Selepas balik daripada demostrasi apa lagi yang di perlu  ?

Ya, pemimpin-pemimpin demostrasi akan mengadakan sidang akhbar. Keesokkan harinya keluarlah kenyataan-kenyataan mereka di dada-dada akhbar. Paling kurang pamirkan sendiri di muka-muka blog rasmi NGO masing-masing.

Selepas itu apa lagi yang perlu dibuat ? 

Ya, jalankan kempen mengutip wang atau sumbangan daripada orang ramai. Kemudian hantarkan sumbangan wang itu ke negara-negara berkenaan atau kumpulan sasaran.

Selepas itu apa lagi yang perlu dibuat ?

Ya, jalankan majlis berdoa munajat beramai-ramai dan qunud nazilah. 

Selepas itu apa lagi yang perlu dibuat ?

Krisis-krisis yang kita membuat demonstasi bukan menjadi semakin menipis bahkan semangkin membesar. Krisis itu membelon besar sehingga menjadi krisis kemanusiaan bukan sahaja di Palestin, bahkan di Iraq, di Syria dan akhir-akhir ini di Mesir.

Selepas itu apa lagi yang perlu dibuat ?

Bersabar dan mencari idea bagi tindakan yang baru dan lebih berkesan. 

No comments: