Friday, September 6, 2013

Logik Juga Harga Minyak Kena naik.



Selepas solat subuh surau menyajikan nasi lemak dengan teh bersusu. Sambil borak-borak dengan ahli jamaah banyak yang dibicarakan. Topik hangat tentulah kenaikan harga minyak 20 sen seliter. Turut juga naik serta merta harga-harga barang makanan. Ketua SPAD turut mengatakan harga pengangkutan awam dan letrik akan naik. Menteri yang jaga pengguna kata kenaikan barangan seharusnya tidak melebihi 1.3 peratus.


Apakan daya sebagai orang rakyat bawahan aku laksana mentimun. Logik juga kata-kata mereka yang mengatakan harga minyak  kena naik. Logik aku pula pendapatan aku tidak meningkat tetapi sudah tentu perbelanjaan yang selama ini sudahpun sempit akan menjadi lebih sempit lagi. Logik aku kedai mamak akan menaikan harga teh tarik 20 sen sama dengan harga kenaikan minyak seliter untuk segelas. Kueh dan nasi lemak makanan pagiku akan naik. Sekarang ini akupun telah berjimat pergi ke kedai-kedai borong untuk membeli barang basahan dan harian. Apa lagi ya yang perlu aku buat ?

Aku pernah dengar seorang motivator terkenal pernah berkata. Usahakanlah buat 2 kerja. Kalau perlu tiga kerja untuk melawan kenaikan harga barang. Sekali fikir memang betul kata-kata motivator tersebut. Dua kali fikir beliau benar-benar dah gila, insane. Tidak berpijak ke alam nyata. Tidak perihatin,  pembodek tegar.    

Aku bertanya-tanya diri sendiri adakah orang Melayu yang 40 peratus berada di bawah ekonomi Malaysia ini masih lagi dapat bertahan.   Sekiranya peratus 40 peratus ini boleh dikurangkan ataupun kekal, kenaikan harga minyak itu tidak memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat terutama orang Melayu. Sebalik sekiranya data menunjukan peratus orang Melayu yang dibawah ekonomi Malaysia melebihi 40 peratus kenaikan harga minyak ini memberi kesan yang sangat negatif kepada orang Melayu. Bahkan ia menunjukkan polisi yang salah.

Kita juga tidak tahu adakah jurang antara mereka yang berada dengan yang tidak semakin menjauh atau berkurang. Kita juga tidak tahu siapakah golongan yang paling beruntung atau paling rugi dengan polisi kenaikan harga petrol ini.

Satu hal lagi aku tidak fasih untuk berbincang tentang hubungan ekonomi dengan peningkatan jenayah. Minda 5 sen aku mengatakan jenayah akan meningkat sekiranya ramai yang merasakan kesan negatif daripada ekonomi. Rompakan dan kes ragut akan bertambah. Sekiranya itulah yang bertambah kenaikan minyak yang dikatakan hanya 11 Peratus memberi kesan yang sangat-sangat tidak lestari kepada kehidupan.

Aku pernah dengar seorang professor ekonomi berkata. Negara manakah yang mempunyai pakar-pakar ekonomi yang paling ramai. Negara itu juga mempunyai universiti-universiti yang terkemuka. Tapi lihatlah ekonomi negara itu  dan krisis-krisis ekonomi yang dialaminya. Aku menambah kita masih menjadi pak pandir dalam menguruskan ekonomi mengikut pandangan-pandangan pakar-pakar ekonomi yang menunjukan kegagalan. Negara itu adalah Amerika.

No comments: