Monday, January 5, 2015

Keliling dunia – Fudzail


Jet peribadi mewah eksklusif
sebagai kenderaan rasmi
membawa kami
keluarga perdana ke merata bumi
keliling dunia
urusan rasmi atau cuti
sebagai keistimewaan
kemudahan khas eksekutif
hak-hak yang termaktub
dalam persetujuan kabinet
yang tidak perlu dipertikaikan
oleh sesiapa sahaja
terutama mereka yang tidak
mengundi kami!

Jangan sekali ungkitkan
sama ada keistimewaan kami
wasatiyyah atau transformasi
mengikut perbelanjaan berhemah
dikala hutang negara menggunung
atau negara dilanda malapetaka
rakyat dalam musibah
itu bukan permaslahan
untuk menjadi umpatan
kerana privilege ini
lambang kemakmuran negara
sesuai untuk pemimpin
yang diiktiraf golf diplomasi
dengan Obama
pemimpin no1 dunia.

Ya! Rakyat harus berbangga
bersyukur dan berterima kasih
kepimpinan bertaraf global
telah membawa keuntungan
pulangan berbilion RM untuk 1MDB
di Cayman Islands
kerana itu memang berbaloi
untuk keliling dunia
rasmi atau bercuti
sendirian atau famili
menggunakan harta
dan dana rakyat! – 5 Januari, 2015.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/keliling-dunia-fudzail#sthash.6WoPnoYO.dpuf

No comments: