Monday, May 19, 2008

Lagi Bekas Presiden UMNO keluar UMNO

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.


"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin (19 May 2008).


Sebelum daripada tindakan Tun Mahatzir, Pengasas UMNO sendiri Dato' Onn Jaafar keluar daripada UMNO dan mati sebagai pemimpin Parti NEGARA. Tengku Abdul Rahman yang mengantikan Dato' Onn Jaafar dan Bapa Kemerdekaan juga keluar UMNO dan tak sudi masuk UMNO (baru). Hanya Tun Razak masih kekal menjadi ahli UMNO kerana beliau ditakdir meninggal dunia semasa menjadi Perdana Menteri. Tun Hussein Onn juga keluar daripada UMNO dan sekarang ini Tun Mahathir juga turut mengikut kehendak mereka.

Inilah sejarah pemimpim UMNO. Adakah ini juga minda pemimpin Melayu setelah tidak berkuasa diketepikan sehingga masing-masing mengambil tindakan keluar daripada parti yang mereka dokong. Sedangkan parti yang mereka jadi ahli itu berjaya menjadikan diri mereka menjulang ke singgahsana jawatan paling tinggi iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Di mana silapnya. Apa harus dibuat bagi menentukan perkara sebegini tidak akan berulang lagi. Bekas Presiden parti yang menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri meninggalkan parti. Oh penyakit yang telah berulang-ulang. Walaupun mempunyai sebab-sebab yang berlainan, tindakan mantan pemimpin nampaknya sama sahaja iaitu meninggalkan parti, keluar parti dan meminta supaya ahli-ahli parti yang lain mengambil tindakan yang serupa.

No comments: