Saturday, May 31, 2008

Adoh, sakitnya fatwa munafik dan fasik

Adoh, sakitnya fatwa munafik dan fasik.

Bernama melaporkan:The Malaysian Muslim Youth Movement (Abim) has called on the government to clarify the necessity for the Public Service Department (PSD) to increase the ratio of scholarships for non-Bumiputeras from 10 percent to 45 percent.Abim secretary-general, Khairul Arifin Mohd Munir, said in view that the education quota issue was closely related to provisions in the federal constitution like Articles 153(2) and 153(3) it was therefore necessary that Malaysians be given an explanation for the move.

Berikutan daripada berita Bernama itu, RPK membebel. Mengeluarkan fatwa munafik dan fasik. Habis dikerjanya yang UMNO dan ABIM itu munafik dan fasik.

Adoh sakitnya, RPK membedal lagi. Bukan sahaja ‘smash tajam’ bahkan ‘pukulan flat’. Siapa sahaja yang tidak mengamalkan “Amal makruf Nahi Mungkar’ ala RPK memerangi UMNO masuk dalam kandang munafik, fasik. Kah, kah kah. Sabar, sabar minta bersabar YM raja. Jangan mudah mengeluarkan fatwa.

Salahkah sekiranya seseorang individu atau organisasi bertanya mengapa dikurangkan atau dinaikkan biasiswa. Salahkah bertanya ? Sekiranya bertanya terus dituduh berserongkol dengan UMNO ? Berserongkol dengan munafik, hatta fasik ?. Woi hebat sungguh fatwa anak raja ni. Asas bagi manusia apabila nak memahami sesuatu perkara, lalu ia bertanya ? Jika bertanya pun tak boleh. Amal makruf nahi mungkar apa itu.

Sekiranya organisasi orang Melayu bertanya ia dituduh berserongkol dengan UMNO, berserongkol dengan perkauman. Tidak menjalankan nahi mungkar dan amal makruf, itu adalah logik yang salah.

Saya boleh faham masalah YM Raja dengan UMNO. Tapi dengan ABIM, YM ‘smash tajam’ itu saya kurang faham. ABIM bertanya biarlah pihak JPA yang menjawab. Yang YM menjawab itu munafik, itu fasik, mengapa ? Marah sungguh nampaknya. Mungkin YM Raja ada makluman yang kami tiada ?

Tak pakai pakaian secara Islam tak apa asal Amal Makruf nahi mungkar itu versi RPK. Buatlah. Tapi jika Raja minta orang lain masuk Islam secara sempurna Raja juga hendaklah masuk ke dalam Islam secara sempurna juga. Sekiranya orang lain tak sempurna, itu munafik. Kalau kita tidak sempurna tak apa. Sebab kita amalkan amal makruf nahi mungkar. Begitukah ?

Jangan-jangan apa yang PRK kata yang Najib itu di kontrol oleh Rosmah adalah manesfestasi daripada diri YM Raja sendiri yang dikontrol oleh isteri Chinanya sehingga apa sahaja yang bersangkutan dengan Melayu adalah perkauman. Nak tanya pun tak boleh. Biarlah, biarlah mereka bertanya. Salahkah sekiranya mereka bertanya ? Mengapa marah sangat sekiranya orang lain bertanya ?


Saya pun nak tahu juga rasional JPA. Sekira JPA memberi penerangan, saya boleh terima, saya akan terima, sekiranya tidak saya akan tolak dan minta JPA membaikinya. Itu juga hak saya. Hak itu bukan perkauman dan tidak juga mengenepikan hak orang lain. Hak asas saya ialah bertanya sekiranya saya tidak tahu.

No comments: