Ha,ha,ha,ha,ha Maaf Hishamuddin Rais. Aku ikut ketawa bersama-sama dengan kamu. Bukan untuk perli Pet. Itu pasal antara kamu dan dia, aku tidak masuk pot, campur dan tolak. Aku ketawa terbahak-bahak kerana cadangan kamu dahulu Bahasa Melayu sahajalah yang akan dapat mengujudkan perpaduan di Malaysia tak dijawab dan mendapat sambutan. Adalah satu dua artikel yang menyokong dan kemudiannya senyap sepi tampa berita. Sebenarnya aku dok tunggu-tunggu juga hang tulis pasal bahasa tapi senyap juga. Hang lebih minat menulis pasal pertembungan ekonomilah yang melahirkan pertembungan-pertembungan yang lain. Itu hak engkau aku tak mahu komen dalam artikel ini kerana engkau dah mengelarkan diri sebagai NGI.
Aku ketawa terbahak-bahak, sehingga keluar air mata. Mula-mula aku ketawa dan ketawa kemudiannya entah mengapa, akhirnya aku tersedu pula dengan tersangat sedih dan pilu. Aku lihat penggunaan Bahasa Melayu ini macam kelakuan orang politik semasa pilihanraya. Mereka itu akan pakai baju lama dan kereta lama untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka itu tidak ada bezanya dengan rakyat biasa. Berjiwa rakyat. Pembela rakyat dan semua ayat-ayat yang sewaktu dengannya maaf pinjam kata-kata Mat Sabu. Apabila dah menang, maaflah baju pun berjenama, kereta jangan disebutlah jenisnya, rumah tersergam besar. Masa nak raih undi mereka masuk kampong menjadi rakyat biasa dan bercakap bahasa Melayu. Bahasa Jiwa Bangsa. Mereka mewajibkan diri bercakap dalam bahasa orang ramai boleh faham. Apabila dah menang, apabila dah terpilih, dah jadi Yang Berhormat. Mereka dah jadi elit. Mesti cakap Inggeris. Bahasa Melayu tak standart diucapkan pula.
Aku sebenarnya sangat suka bahkan memuji apabila mendengar mereka bercakap Inggeris semasa mereka pergi ke Bangsa-Bangsa Bersatu, Asean. Menjual kereta diluar negara. Menjual telefon di luar negara. Atau pun mereka bercakap bahasa Inggeris dengan Stesyen CNN, bertemubual dengan Al Jazeera. Aku sangat gumbira dan bangga kerana mereka itu telah menjadi manusia global. Oh maaf lagi sekali Glokal. Tapi aku sangat sedih dan marah.
Sekali lagi aku minta maaf, sebagai rakyat biasa aku tidak boleh marah, marah, cuba bawa bertenang. Sabar dan sabar. Di hadapan rakyat Malaysia yang sawo matang pun mereka gunakan bahasa Inggeris. Aku separuh marah dalam temubual dengan rakyat Malaysia yang bukan Melayu mereka biarkan diri mesti bercakap Bahasa Inggeris. Aku juga marah apabila ketua-ketua syarikat-syarikat Malaysia yang berbangsa Melayupun, apabila bercakap kepada kalayak ramai Malaysia mesti bercakap Inggeris. Awat orang Malaysia ini tak faham, sekiranya mereka bercakap bahasa Melayu. Hanya apabila mereka bercakap Bahasa Inggeris barulah rakyat Malaysia faham atau saham syarikat mereka boleh naik melonjak. Atau mereka dengan angkoh meneriakkan, mengistiharkan. Hey! Temubual ini bukan untuk rakyat Malaysia keseluruhannya tapi untuk golongan tertentu sahaja. “Bukan untuk awaklah”. Kamu bukan elitlah dan kurang pandailah kerana kamu kurang faham bahasa Inggeris.
Aku juga mengetahui ada sebuah syarikat Melayu yang mendapat kontrak kerajaan. Pengurusannya orang Melayu. Dalam mesyuarat dan kerja harian pekerja syarikat itu mestilah bercakap Bahasa Inggeris, surat mesyurat pun dalam bahasa Inggeris. Apabila mereka berurus dengan kerajaanpun yang pegawai kerajaan hampir 90 peratus lebih itu terdiri daripada orang Melayu, mereka masih gunakan dalam Bahasa Inggeris. Malangnya biarlah aku ketawa dahulu ha,ha,ha,ha,ha,ha. Pada kali ini keluar air mata juga. Bukan kerana sedih tapi kerana mereka itu semua jaguh kampong sahaja. Satu kontrak luar negarapun, habuk tak pernah dapat. Dalam negara mereka tunjuk mereka elit, pandai dan bergaya dengan berbahasa Inggeris. Dengan orang Melayu apatah lagi dengan bukan Melayu, mereka mesti bercakap Inggeris. Mereka gunakan Bahasa Inggeris untuk istiharkan yang mereka Glokal, bertaraf antarabangsa dan semua yang muluk-muluk itu. Habuk pun tarak. Untuk mendapat kontak luar negara, mereka hanya mimpi sahaja. Mereka hanya dapat peluang di Malaysia sahaja. Itu pun nasib dan nasib, diberi oleh Kerajaan UMNO yang hurufnya diringkaskan daripada bahasa Inggeris.
Ada juga sebuah syarikat kerajaan yang baru-baru ini diperbadankan. Sebelum diperbadankan daripada ketua No 1 sehingga pekerja yang paling bawah bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, apabila diperbadankan, semua urusan dibuat dalam bahasa Inggeris. Itulah sedihnya. Mereka hanya bergerak dalam negara. Jadi Jagoh kampong. Hoi Jaguh Kampong. Jangan eksenlah.
No comments:
Post a Comment