Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan, menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO iaitu jawatan No 2 dalam haraki parti UMNO. Secara tradisinya jawatan ini juga menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Walaupun pertandingan ini pertandingan dalam rumah tangga UMNO namun ianya juga melibatkan seluruh rakyat Malaysia kerana ianya melibatkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia.
Oleh yang demikian, apabila Datuk Nur Jazlan menawarkan diri, sudah tentu kita ingin tahu lebih lanjut tentang diri calon ini. Setakat ini, Datuk Nur Jazlan merupakan calon yang paling muda yang menawarkan diri. Dalam temuramah dengan Astro beliau mengatakan umur beliau 42 tahun dan sebagai seorang Akauntan bertauliah.
Makluman tambahan daripada blog beliau sendiri jazlan.net mengatakan yang beliau adalah anak kepada Tan Sri Mohamed Rahmat bekas mantan Menteri Penerangan dan mantan Setiausaha Agung UMNO.
Keputusan beliau untuk turut bertanding disebabkan usahanya untuk meremajakan UMNO dan menarik lebih ramai orang muda menganggotai parti itu.
“Saya membawa suara remaja. Tidak semestinya dari dalam Umno tetapi juga di luar kerana sebahagian besar pengundi adalah golongan muda,” katanya
ZAINUL ARIFIN menulis dalam NST online memberikan beberapa fakta tentang Umur tokoh-tokoh dunia yang sebelum ini telah pun memegang jawatan. Contohnya di Amerika Syarikat, John F. Kennedy memenangi jawatan Presiden pada usia 45 dan Bill Clinton pada 46. Di England Tony Blair menjadi Perdana Menteri pada usia 44. Presiden George W. Bush pada 55. Bakal Presiden Barack Obama pada 47.
Di Malaysia sendiri Tun Abdul Razak Hussein, memegang jawatan Perdana Menteri pada 48, dan menjadi Timbalan Perdana Menteri hampir satu dekat ketika berumur 37 tahun. Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri pada umur 46 tahun. Sekiranya Datuk Seri Najib diangkat menjadi Perdana Menteri umurnya hanyalah 56 dan menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika umurnya 51 tahun. Tun Hussein menjadi PM pada 54 dan Tun Mahathir ketika berumur 58 tahun.
Jadi menurut Zainul Arifin faktur umur ini sepatutnya tidak menjadi satu faktor atau keteria dalam pemilihan.
Pada Rabu sudah apabila ditanya Dr Mahathir http://www.jazlan.net/?p=230#more-230 tentang calon-calon yang bertanding Timbalan Presiden, Dr Mahathir mengatakan Nur Jazlan bersama-sama dengan parti naib president Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Penerangan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai pelawak “jokers” tetapi menyokong pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan bekenaan.
Saya melihat UMNO sekarang ini dikepong kuat oleh anak-anak dan cucu-cucu bekas Perdana Menteri (kecuali Tunku Abdul Rahman), Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri. Bagi mereka ini UMNO telah menyediakan laluan emas bagi menaiki takhta. Sekarang ini generasi kedua dan generasi ketiga daripada pimpinan ini yang sedang memegang jawatan. Generasi kedua dan ketiga ini sedang bercakap tentang kehidupan massa yang memerlukan pembelaan. Mereka sangat terasa akan kepahitan dan kesusahan yang dialami oleh massa. Betulkah ? saya sedikit sangsi dan tidak yakin. Yang saya yakin mereka ini hidup dalam keadaan mewah, membesar di luar negara dan sangat retorik terhadap kesusahan massa.
Apabila Najib diangkat menjadi pemimpin kerana UMNO terhutang budi kepada Tun Razak yang pergi secara tiba-tiba. Adakah Hishamuddin Tun Hussein diangkat menjadi pemimpin kerana Tun Mahathir merasa terhutang budi kepada Tun Hussein Onn. Syed Hamid Albar menjadi pemimpin kerana budi bapanya Singa Umno.
Adakah saya silap apabila menyatakan Nur Jazlan telah menjadi MP dan Ketua Umno Bahagian Pulai kerana UMNO Pulai cuba membayar budi bapanya. Pada pandangan saya siapa yang akan menang untuk Ketua Pemuda antara Mukhriz dan Khairy sangat bergantung siapakah antara kedua mereka ini menurut para perwakilan, jasa yang dibuat oleh bapa atau mertua perlu lebih dihargai.
Disamping politik wang, ingin membayar jasa dan budi pemimpin yang lalu dengan memberi jawatan dan kedudukan kepada anak dan cucu pemimpin itu merupakan masalah struktur dalam UMNO. Sudah tentu apabila laluan emas diberikan dalam masa 10 atau 15 tahun dengan kekuatan media dan jawatan yang dipegang mereka ini akan dilihat sebagai pemimpin besar.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago