Nasihat yang tidak diminta yang diberikan kepada Datuk Seri Najib oleh Kadir Jasin http://www.kadirjasin.blogspot.com/ pada 9/10/2008
1. Pengundi memilih (atau tidak memilih) Datuk Seri. Mereka tidak pilih isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;
2. Rakyat jelata menuntut hak dan pembelaan daripada Datuk Seri bukan daripada isteri, anak, menantu dan kawan rakan Datuk Seri;
3. Pembayar cukai menampung pembiayaan Datuk Seri selaras dan sejajar dengan kemudahan yang diberikan kepada Datuk Seri oleh Perlembagaan dan atur cara kewangan negara;
4. Tidak payahlah ada “presidential office” ala “4th Floor” (aka budak-budak tingkat 4) atau “spin doctor” yang putar-belitkan maklumat;
5. Seri Perdana pun sudah tersedia indah. Abdullah baru membelanjakan lebih RM12 juta mengubahsuai dan memperbaikinya. Tak perlulah belanja lagi. Ramai lagi rakyat jelata yang tinggal di rumah robek; dan
6. Ambillah iktibar daripada naik dan jatuh pendahulu (predecessor) Datuk Seri --- bagaimana dalam masa kurang lima tahun Abdullah bertukar daripada “Mr Nice” dan “Mr Clean” yang sangat disayangi kepada seorang yang pemergiannya dinanti-nanti.
Bukan Islam harus elakkan baca Quran untuk politik
-
*PENDAPAT*
*N Balasubramaniam*TINDAKAN ketua dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP)
Balasubramaniam membaca petikan ayat Quran surah as Saf ayat 4 ketika
be...
20 hours ago
No comments:
Post a Comment