Nizar daripada seorang yang tidak dikenali sebelum Mac 2008 sekarang ini menjadi ikon orang ramai. Susuk beliau agak "cool" dalam menangani kemelut politik tempoyak negeri Perak mendapat pujian orang ramai. Terbaharu beliau sekali lagi mendapat perhatian ramai kali ini Mahkamah Tinggi mengistiharkan yang beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah.
Kemelut yang berlarutan yang melibatkan semua institusi negara daripada Pegawai Kerajaan, Polis, Institusi Istana, Tuan Speaker, Adun dan rakyat jelata. Semua pihak yang terlibat menunjukkan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh mereka untuk menyelesaikan kemelut ini. Masing-masing pihak mendakwa merekalah yang melakukan yang terbaik untuk orang ramai.
Nizar yang terbaharu mengatakan yang beliau ingin mengadap raja bagi meminta dibubarkan Dewan. Sekali lagi rakyat dimainkan perasaan adakah tugas yang kelihatan mudah itu dapat disempurnakan oleh beliau. Rekod menunjukkan tugas yang sama ini sebelum ini gagal dilakukan oleh beliau.
Kita percaya keadaan semasa mula-mula beliau memohon dibubarkan Dewan dan sekarang adalah jauh berbeza. Mungkin suasana yang berbeza inilah yang akan memberikan hasil yang berlainan.
Dari susuk lain pula BN menunjukkan yang mereka tidak bersedia untuk turut ke padang bagi mendapatkan mandat daripada rakyat dalam masa yang terdekat ini. Adakah di sana silat baru akan dicipta untuk mengagalkan hasrat Nizar dan Pakatan Rakyat. Silat terbaharu tercipta oleh BN dan menjadi sejarah, bagaimana mereka berjaya menarik keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
Malangnya dan seribu kali malang di zaman bukan sahaja teks dapat dibaca dengan segera bahkan video kejadian juga dapat dipaparkan dengan segera bagaimanakah silat baru BN hendak dimainkan. Sekiranya gambar dikatakan boleh mewakili seribu perkataan. Agaknya untuk paparan video pula berapa juta perkataan yang boleh diwakilinya.
Nizar sebagai ikon baru. Ramai orang berharap misi yang mudah untuk menyakinkan Institusi Istana yang Dewan harus dibubarkan dapat dilakukan dengan jayanya. Rakyat Peraklah yang akan menjadi hakim siapakah yang akan dipilih mereka untuk memerintah mereka.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment