Qardawi mengatakan Mubarak hanya membilang hari tiada siapa yang menyokongnya. Seluruh rakyat Mesir daripada berbagai golongan sudah muak dengannya. Penulis lain mengatakan kerajaan Mubarak akan segera jatuh kerana sokongan popular ke atasnya telah lesap.
Soalannya bilakah Mubarak benar-benar akan meletakkan jawatan. Beliau mengatakan tidak akan bertanding pada pilihanraya Presiden pada bulan September ini. Fareed Zakaria daripada CNN berkata Mubarak tidak dapat bertahan dalam tempoh lapan bulan itu.
Apabila Mubarak meletakkan jawatan, permainan baru dan perubahan akan berlaku. Apakah bentuk perubahan yang dijangka mengambil tempat. ? Untuk siapakah perubahan itu akan memihak, Pihak berkuasa tentera Mesir , kepentingan Amerika dengan Eropah dan Israel, dan rakyat biasa Mesir. ?
Bulan september 1980, kerajaan Turki digulingkan dalam satu rampasan tentera. Pihak tentera berkerjasama dengan para pemimpin awam sementara beralih kepada demokrasi damai berlandaskan perlembagaan baru 1982 dan pilihan raya tahun 1983. Perkembangan Turki itu memberi ilham kepada nasionalis Mesir terutamanya Parti Wafd. Jadi pada tahun 1984, rancangan disusun berdasarkan pengalaman Turki dan disampaikan oleh Ibrahim Abaza, Yusuf hamed Zaki dan sekumpulan yang lain. Rancangan ini membayangkan kerajaan sementara yang disokong oleh tentera boleh menjaga ketenteraman awam, mencipta ruang politik yang selamat dan membimbing bangsa ke arah demokrasi. Surat khabar Mesir membantah rancangan tersebut. Rejim Mubarak yang baru berkuasa beberapa tahun mengabaikannya. Begitu juga pentadbiran Amerika yang sering bertukar presiden mendengar dengan sopan tetapi memilih untuk tidak mengunakan tekanan kepada sekutu mereka di Kaherah.
Mantan Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohammed El Baradei mengatakan orang ramai bersetuju masa transisi diikuti dengan “kerajaan Perpaduan Kebangsaan yang akan menyediakan asas-asas perlembagaan yang baru, bebas dan pilihan raya yang adil.” Pada masa yang sama tentera diharapkan dapat mengawal ketenteraman awam. Untuk mengelakkan penyalahan kuasa, rancangan pembangkang dengan tidak membenarkan mana-mana tokoh mempunyai kuasa monopoli. Kabinet sementara akan menguruskan perkara-perkara politik dan perubahan kepada demokrasi.
Mungkin Mesir memerlukan kepada Presiden Sementara yang akan menyelia draf perlembagaan baru. Selepas masa sementara itu Mesir bolehlah melangkah ke kotak undi. Pihak tentera menjaga keselamatan pengundi dan pihak antarabangsa mengawasi pengundian yang dilakukan dan memberi sijil menunjukkan pilihan raya yang bebas dan adil.
Mengikut Amir Taheri dari New York Post semua orang Mesir bersetuju “perubahan” telah bermula. Tetapi mereka tidak sepakat apakah yang dimaksudkan dengan “perubahan” itu atau ianya ditentukan oleh apa yang berlaku di “jalanan” atau dikoreografi oleh regim yang memerintah.
Sementara itu berbagai pihak menunjukkan kegusaran mereka sekiranya demokrasi sebenarnya diadakan di Mesir. Sejauh ini hubungan Mubarak dengan Israel berdasarkan ketakutan bersama sekiranya Iran menjadi kuasa kuat dan bertambahnya kuasa penyokong-penyokong Islam. Tanpa Mubarak, Israel takut ianya hanya mempunyai dua sekutu iaitu Jordan dan Pihak Berkuasa Palestin. Buat pertama kalinya sejak berdekad-dekad ianya dikepong oleh negara-negara yang memusuhinya.
Pihak Barat di dalamnya Amerika, Eropah dan Israel kuatir dengan menuduh Ikhwan Muslimin hanya menunggu kesempatan untuk mengambil alih pemerintahan. Tony Blair, mantan Perdana Menteri Inggeris pada hari isnin (31 Januari 2011) mengingatkan,” kamu tidak sahaja memilih pemerintahan dan gerakan demokrasi, kamu juga memiliki pihak lain, terutama Ikhwan yang akan mengambil arah yang berbeza. Kita perlu cemas untuk memenuhi aspirasi rakyat”.
Israel menceritakan pengalam ngeri mereka tentang demokrasi. Mantan diplomat, Eli Avidar mengutarakan bahawa pemilihan umum membuatkan Hamas berkuasa di Gaza. Kerana tekanan Presiden (George W) Bush dan Setiausaha Negara Condoleeza Rice terhadap Israel dalam pemilihan demokrasi di Palestin. Apa yang berlaku Hamas mengambil alih dan inilah pemilihan demokrasi pertama dan terakhir,” Katanya. Sudah tentu perkara yang sama akan berlaku di Mesir.
"Jika mereka mengambil kepemimpinan selepas pemilu demokratis, saya percaya bahwa demokrasi tidak akan pernah ada di Mesir karena faktanya adalah, sekiranya mereka menguasai kekuasaan, mereka tidak akan meninggalkannya," katanya.
Ketakutan Israel bahawa kerajaan Mesir diperintah oleh Ikhwanul Muslimin juga bererti "tidak hanya kekuatan Islam lebih kuat di Gaza, tetapi juga di Tebing Barat, yang pada saat ini diperintah oleh Pihak Berkuasa Palestin yang didominasi oleh Fatah, serta di Jordan, juga bererti Israel akan merasa dirinya dikepung (surrounded) dengan cara ianya tidak pernah berlaku dalam beberapa dekad, menurut Ethan Bronner dari Jerusalem dalam New York Times.
Sekiranya situasi di Mesir menjadi lebih tidak stabil dan terutamanya sekiranya Presiden Mubarak yang digulingkan, tidak diragukan lagi Amerika Syarikat, sebagai kuasa empayar dunia, akan memanggil unit khas antarabangsa untuk melindungi Terusan Suez. Ini, tentu saja, berada dalam kepentingan ekonomi mereka. Mungkin mereka akan mengundang Inggeris, Perancis, Israel dan negara-negara Eropah lain bagi bersama-sama menjadi kepentingan Terusan Suez.
Beberapa pengalaman yang buruk demokrasi hendaklah dielakkan. Apa yang berlaku di Algeria pada tahun 1991 apabila berlaku pilihan raya bebas dengan kemenangan pergerakan Islam, diikuti dengan rampasan kuasa oleh tentera dan perang saudara. Hamas apabila kemenangannya tidak di akui oleh pihak antarabangsa walaupun memenanginya dalam pilihan raya yang bebas dan adil.
Begitu juga sekiranya kita melihat Iraq, keputusan yang dibuat pada awal-awal bulan (setelah Saddam Hussein berakhir) akhirnya mencipta suasana hingga menjadi perang saudara.
Menurut Fareed Zakaria, “Kita harus cuba sebanyak yang boleh untuk membantu orang Mesir memahami bahawa apa yang mereka inginkan adalah sebuah peralihan yang berakhir dengan menghasilkan demokrasi liberal yang stabil.”
“Kunci yang lain adalah peranan tentera. Sebenarnya Mesir adalah benar-benar sebuah kediktatoran tentera, dengan seorang warga awam duduk di bahagian atas. Tentera tidak akan diam-diam membolehkan suatu tatanan demokrasi yang benar-benar mengambil semua kuasa dan hak-hak istimewa, sehingga tentera akan ingin mempunyai peranan yang sangat kuat dalam proses, dan yang mungkin tak dapat dielakkan. Kita juga tidak mahu terjadi seperti di Pakistan di mana proses demokrasi berakhir di mana orang awam dipilih, namun tentera yang memegang kuasa yang sesungguhnya.”
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment