Iran, Arab Saudi bincang perdamaian dua negara

TEHRAN: Presiden Iran, Ebrahim Raisi, mengalu-alukan jemputan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Salman untuk berkunjung ke negara baginda.
Ia bagi membincangkan mengenai urusan perdamaian antara kedua-dua negara.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Staf untuk Hal Ehwal Politik Presiden Iran, Mohammad Jamshidi, hari ini
Dalam satu surat kepada Presiden Raisi... Raja Arab Saudi mengalu-alukan perbincangan antara dua negara saudara dan menjemput beliau ke Riyadh.
"Raisi mengalu-alukan jemputan berkenaan," katanya menerusi hantaran di Twitter. - AFP
No comments:
Post a Comment