Thursday, July 25, 2024

 

Biden Tarik Diri dan Calon Kemala Harris

Penarikan diri Joe Biden, 81 pada 21 Julai  dan beliau mencadangkan Kemala Harris sebagai calon parti Demokrat.  Keputusan Biden menyokong Harris ini boleh mengekang  pergaduhan yang boleh  memecah-belahkan bagi pemilihan calon-calon democrat.

Pemilihan utama parti berada di tangan kira-kira 4,000 perwakilan pada konvensyen parti nasional Demokrat bulan depan 19-22 Ogos bagi memilih calon Presiden dan Timbalan Presiden untuk pilihan Raya Presiden Amerika yang akan diadakan pada 5 November, 2024.

Pada masa Biden mengumumkan keputusannya untuk berundur, 36 anggota Kongres Demokrat telah menyeru Biden untuk mengundurkan diri daripada perlumbaan, ramai yang menggesa beliau untuk memberi peluang kepada generasi pemimpin baharu.

No comments: