Monday, February 16, 2009

Bahasa Melayu adalah Bahasa Strategik

Selasa, 2009 Februari 17
Dibawah ini diturunkan tulisan Tukar Tiub http://tukartiub.blogspot.com/ yang Bahasa Melayu itu adalah Bahasa Strategik.

BAHASA STRATEJIK UNTUK PERUBAHAN

Tukar Tiub tidak menentang pembelajaran Bahasa Inggeris. Malah warga Malaysia seharusnya dapat mengucap, bercakap dan berhubung melalui lebih dari 2 bahasa. Dalam wilayah kita yang memiliki pelbagai bahasa ini warga Malaysia seharusnya merayakan kebelbagian itu.

Tukar Tiub menolak pembelajaran Maths dan Sains dalam Bahasa Inggeris.Cara untuk mengajar apa-apa sahaja bahasa BUKAN melalui maths atau sains.

Cara untuk mengajar bahasa ialah melalui sastera.Maths dan sains mengajar fakta dan angka. Sastera mengajar konsep, falsafah, nilai dan jalan bahasa.

Tukar Tiub mengajukan pandangan bahawa Bahasa Melayu/Malaysia adalah Bahasa Stratejik untuk perubahan dalam negara Malaysia. Gagal menggunakan bahasa stratejik ini bermakna akan gagal untuk dicapai apa sahaja bentuk perubahan yang di cita-citakan oleh sesiapa sahaja.Apa sahaja pandangan yang baik-baik , cadangan yang molek-molek, tulisan yang hebat-hebat atau konsep yang bersinar cemerlang akan terus terpinggir kerana ianya TIDAK sampai kepada khalayak warga.

Warga TIDAK AMBIL POT kerana warga tidak memahaminya apa soh seh soh seh yang sedang dilabonkan, kendati pun soh seh soh seh ini adalah pandangan yang akan membawa kebaikan untuk warga sendiri. Justeru, ini adalah kerja sia-sia seperti menunggu pokok senduduk berbuahkan rambai.

Tukar Tiub akan terus mengajukan konsep bahasa stratejik ini untuk di pelok, di cium, di gomol dan di tiduri siang dan malam.

Komen

Sekiranya menggunakan Bahasa lain daripada Bahasa Melayu di Malaysia untuk komunikasi dengan orang ramai dan mengangkat jatidiri orang Malaysia ianya tidak akan kesampaian. Bahasa Melayu juga hendaklah digunakan sebagai bahasa Ilmu. Penggunaan Bahasa Inggeris hanya menguntungkan sekelumit kecil golongan elit bukannya memberi keuntungan untuk semua orang Malaysia.

Penggunaan Bahasa Melayu adalah untuk membangunkan seluruh rakyat Malaysia bukan untuk memberi keutamaan kepada elit bangsa yang selama ini telahpun berjaya. Kejayaan mereka kerana mereka menyangka kerana kekuatan Bahasa Inggeris yang ada pada diri mereka tampa menyedari dasar yang memperjuangkan itu telah memberi korban kepada ramai orang lain.

Monday, February 9, 2009

Sejarah Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

dari http://msomelayu.blogspot.com/

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyelesaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]

Monday, January 19, 2009

Apa kata Mereka Tentang Pilihanraya KT

1 Saya bukan seorang peramal tetapi bagi saya sudah jelas bahawa rakyat Malaysia sekarang memerlukan lebih daripada sekadar kontrak (tender) dan duit. Mereka hendakkan penghormatan dan perkhidmatan. Sejak Mac 2008 politik kuno tidak lagi diterima.

2. Malangnya, UMNO adalah dalam keadaan goyah. Parti besar zaman Merdeka ini dipenuhi oleh mereka yang berkepentingan dan mereka yang tidak pernah berjaya dalam apa pun.
Ceritalah - Karim Raslan (Sinar Harian, Selasa 20 januari 2009)

3. "Sekarang ini dalam UMNO, apakah faktur penarik itu. Tidak ada faktur penarik, kita telah kehilangan faktur penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin, Kata Muhyiddin

4."Kemenangan Pas Di Kuala Terengganu disebabkan PAS lebih cakna atau rapat dengan rakyat dan rakyat mampu mengubah landskap politik Malaysia- . Salahuddin Ayub

5. Kekalahan BN disebabkan calon BN tidak disukai ramai - Tun Dr. Mahathir Mohamad.

6. Sebenarnya, kalau dikaji mereka yang bertanding merebut jawatan penting dalam UMNO pada semua peringkat, boleh dikesan bahawa mereka yang mempunyai wang dan kedudukan berupaya besar memenangi jawatan. Imej ini terpahat di hati para pengundi dan itu adalah persepsi popular yang ada pada para pengundi di Malaysia - Dr Aisar Yee Abdullah

7. Apabila Tun Mahathir mengkritik apa-apa pun yang dikatakan kelemahan pihak kerajaan, kesannya sampai ke pelusuk tanah air. Kita mesti ingat Tun Dr Mahathir yang mempunyai kuasa retorik. Jika kuasa retorik itu bercampur dengan satu lagi kuasa retorik, ialah suara mantan timbalannya, maka bertambah-tambahlah lagi beratnya masalah BN. Jadi, kekalahan BN di Kuala Terengganu elok juga dilihat antara lain sebagai hasil kombinasi suara Mahathir dan suara Anwar .. Bicara Selasa Rahman Shaari

Saturday, January 10, 2009

Demo di hadapan Kedutaan Mesir Juga

Yang menariknya kali ini adalah isi temubual dengan Maszlee Malik seorang tutor di Universiti Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama. Dalam temubual itu beliau mengesa jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.
Gesaan beliau yang lain ialah meminta turut juga mengadakan demostrasi di hadapan kedutaan Mesir dengan memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah. Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Friday, January 9, 2009

Isu Palestin Menyebabkan rakyat Malaysia bersatu

Hari ini Jumaat ,9 Januari 2009 merupakan hari soliditari bagi semua rakyat Malaysia yang berkaitan dengan isu Palestin. Kerajaan sama ada kerajaan BN atau kerajaan PR sama-sama menunjukkan kesatuan dalam isu Palestin. Di mana semua masjid di Malaysia mengadakan solat hajat selepas daripada menunaikan solat Jumaat. Berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.

Isu Palestine adalah isu bersama, isu yang kesemua rakyat Malaysia bersetuju untuk bersama-sama tampa mengira ideologi, parti atau pendekatan politik. Isu di mana rakyat Palestin dilihat menjadi mangsa kekejaman Israel yang didokong terutamanya oleh Amerika Syarikat.

Demostrasi solidatari sebegini sudah tentu akan dijaga oleh pihak keselamatan. Kita dapat menyaksikan apabila pihak pembangkang dan kerajaan mempunyai pandangan yang berbeza. Demostrasi yang dilakukan oleh pihak pembangkang biasanya disambut dengan pancutan air dan cota. Untuk demostrasi pada kali ini para demostrator akan dijaga oleh pihak polis dan sudah tentu tiada kejadiaan yang tidak diingini akan berlaku.


Sebelum daripada itu dalam isu Palestin juga Dr Mahatzir dan Us Fadzil Noor dapat duduk semeja untuk memberi pandangan mereka berkenaan dengan isu Palestin. Inilah kejayaan besar bekas Presiden ABIM Tuan Haji Ahmad Azam dalam usaha menjadikan ummat Islam di Malaysia bersatu padu.

Antara perkembangan yang menarik dalam isu Palestin ini apabila pelajar universiti di negara ini dibenarkan menyertai mana-mana demostrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Biasanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan digunakan sebagai alasan pelajar-pelaja tidak dibenarkan untuk turut serta mana-mana demostrasi. Pada kali ini Pak Menteri yang menjadi universiti sendiri menggunakan AUKU untuk membenarkan pelajar-pelajar menyertai pergerakan demostasi.