Selasa, 2009 Februari 17
Dibawah ini diturunkan tulisan Tukar Tiub http://tukartiub.blogspot.com/ yang Bahasa Melayu itu adalah Bahasa Strategik.
BAHASA STRATEJIK UNTUK PERUBAHAN
Tukar Tiub tidak menentang pembelajaran Bahasa Inggeris. Malah warga Malaysia seharusnya dapat mengucap, bercakap dan berhubung melalui lebih dari 2 bahasa. Dalam wilayah kita yang memiliki pelbagai bahasa ini warga Malaysia seharusnya merayakan kebelbagian itu.
Tukar Tiub menolak pembelajaran Maths dan Sains dalam Bahasa Inggeris.Cara untuk mengajar apa-apa sahaja bahasa BUKAN melalui maths atau sains.
Cara untuk mengajar bahasa ialah melalui sastera.Maths dan sains mengajar fakta dan angka. Sastera mengajar konsep, falsafah, nilai dan jalan bahasa.
Tukar Tiub mengajukan pandangan bahawa Bahasa Melayu/Malaysia adalah Bahasa Stratejik untuk perubahan dalam negara Malaysia. Gagal menggunakan bahasa stratejik ini bermakna akan gagal untuk dicapai apa sahaja bentuk perubahan yang di cita-citakan oleh sesiapa sahaja.Apa sahaja pandangan yang baik-baik , cadangan yang molek-molek, tulisan yang hebat-hebat atau konsep yang bersinar cemerlang akan terus terpinggir kerana ianya TIDAK sampai kepada khalayak warga.
Warga TIDAK AMBIL POT kerana warga tidak memahaminya apa soh seh soh seh yang sedang dilabonkan, kendati pun soh seh soh seh ini adalah pandangan yang akan membawa kebaikan untuk warga sendiri. Justeru, ini adalah kerja sia-sia seperti menunggu pokok senduduk berbuahkan rambai.
Tukar Tiub akan terus mengajukan konsep bahasa stratejik ini untuk di pelok, di cium, di gomol dan di tiduri siang dan malam.
Komen
Sekiranya menggunakan Bahasa lain daripada Bahasa Melayu di Malaysia untuk komunikasi dengan orang ramai dan mengangkat jatidiri orang Malaysia ianya tidak akan kesampaian. Bahasa Melayu juga hendaklah digunakan sebagai bahasa Ilmu. Penggunaan Bahasa Inggeris hanya menguntungkan sekelumit kecil golongan elit bukannya memberi keuntungan untuk semua orang Malaysia.
Penggunaan Bahasa Melayu adalah untuk membangunkan seluruh rakyat Malaysia bukan untuk memberi keutamaan kepada elit bangsa yang selama ini telahpun berjaya. Kejayaan mereka kerana mereka menyangka kerana kekuatan Bahasa Inggeris yang ada pada diri mereka tampa menyedari dasar yang memperjuangkan itu telah memberi korban kepada ramai orang lain.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment