Wednesday, April 13, 2011

Menguasai

kerana dokongan para taukeh maka tidak hairan kalau DAP akan menang disemua kerusi yang dipertandingkan pada 16 April ini. Tidak syak lagi kemenangan DAP di Sarawak itu bakal meletakkan DAP sebagai pembimbing politik negara ini. Selepas ini orang Cina bukan menguasai ekonomi, pendidikan, pengekalan budaya tetapi juga akan menguasai politik Malaysia. .. MSO http://msomelayu.blogspot.com/

Apa Istilahnya

Ssya baru tersedar tiada istilah tertentu apabila melihat wawancara Oprah dengan seorang ayah di mana anak-anaknya dan isterinya dibunuh.

Ayah itu berkata, "Sekiranya seorang anak kehilangan kedua-dua orang tua ianya dipanggil sebagai anak yatim piatu. Sekiranya salah seorang bapanya dan ibunya yang pergi dahulu menemui Tuhannya ianya dipanggil anak yatim."

Seorang isteri kehilangan suami di panggil "janda". Seorang Suami kehilangan isteri di panggil "Duda".

Apakah istilah apabila anak-anak pergi dahulu (meninggal dunia) meninggalkan kedua orang tuannya. Tiada istilah. Mungkin manusia mengharapkan orang yang lebih tua pergi dahulu daripada anak-anaknya. Dalam realiti kadang-kadang anak-anak pergi menemui Tuhan terlebih dahulu daripada ORANG TUANYA. Tiada Istilah untuk kematian anak-anak. Jadi apa yang patut kita panggil kepada kedua orang tua yang kematian anak.

Tuesday, April 12, 2011

Mencemaskan. .

Ini yang mencemaskan berita rasmi dan berita yang didapati kemudian tidak bertepatan


Chernobyl, in the Ukraine, a reactor exploded on April 26, 1986, spewing a cloud of radiation over much of the Northern Hemisphere. A zone about 19 miles (30 kilometers) around the plant was declared uninhabitable, although some plant workers still live there for short periods and a few hundred other people have returned despite government encouragement to stay away.

In 2005, the Chernobyl Forum — a group comprising the International Atomic Energy Agency and several other U.N. groups — said fewer than 50 deaths could be confirmed as being connected to Chernobyl. It also said the number of radiation-related deaths among the 600,000 people who helped deal with the aftermath of the accident would ultimately be around 4,000.

The U.N. health agency, however, has said about 9,300 people are likely to die of cancers caused by radiation. Some groups, including Greenpeace, have put the numbers 10 times higher.

The Fukushima plant was damaged in a massive tsunami that knocked out cooling systems and backup diesel generators, leading to explosions at three reactors and a fire at a fourth that was undergoing regular maintenance and was empty of fuel.

Berita Yang kita tidak mahu dengar

ancaman radiaktif... Jepun naikkan lebel daripada 5 ke 7. Adakah Fukushima akan jadi Chernobyl kedua.
Berita di bawah cukup mencemaskan. Mencemaskan. Meningkatkan ketegangan.

TOKYO – Japan raised the crisis level at its crippled nuclear plant Tuesday to a severity on par with the 1986 Chernobyl disaster, citing high overall radiation leaks that have contaminated the air, tap water, vegetables and seawater.

Japanese nuclear regulators said they raised the rating from 5 to 7 — the highest level on an international scale of nuclear accidents overseen by the International Atomic Energy Agency — after new assessments of radiation leaks from the Fukushima Dai-ichi plant since it was disabled by the March 11 tsunami.

The new ranking signifies a "major accident" that includes widespread effects on the environment and health, according to the Vienna-based IAEA. But Japanese officials played down any health effects and stressed that the harm caused by Chernobyl still far outweighs that caused by the Fukushima plant.

Sunday, April 10, 2011

Orang lain

Orang lain

Apabila saya meneliti perkembangan politik tanah air dari hari ke sehari maka semakin jelas kepada saya akan sifat orang Melayu yang begitu toleran. Tidak ada bangsa di dunia ini, pada anggaran saya, yang lebih toleran dari bangsa Melayu. Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini orang-orang Melayu sentiasa mudah untuk bertolak ansur dan begitu cepat untuk mengalah dalam banyak situasi.

Sebut sajalah apa isu sekalipun, maka pasti satu perkara yang kita akan sentiasa dengar dari pemimpin Melayu, samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, ialah;

Apa orang lain fikir…?

Nanti orang lain akan silap faham…

Nanti orang lain akan terasa hati…

Nanti orang lain akan marah…

Nanti orang lain akan ambil tindakan…

Nanti orang lain… nanti orang lain… Begitulah nada seterusnya.

Hatta apabila nak bercakap pasal Islam pun, pemimpin Melayu akan sangat berhati-hati supaya ORANG LAIN tidak keliru. Tidak terkecuali juga pimpinan-pimpinan agama, samada mufti mahupun bekas mufti. Tidak pasti adakah populariti yang dicari atau lahir dari keikhlasan hati.

Lihat saja apa kenyataan pemimpin-pemimpin Melayu terhadap isu Bible, isu interlok, isu poco-poco, isu kalimah Allah, isu Ketuanan Melayu, isu ekonomi dan pelbagai isu lagi.

Saya teringat kes di mana seorang ADUN PAS cuba membasmi arak di Shah Alam, maka berlumba-lumba pemimpin Melayu lain mengkritik. Kononya Islam tidak sebegitu rupa. Kita kena berhikmah, jangan sampai ORANG LAIN menganggap Islam begitu sempit.

Benar, kita berada dalam masyarakat majmuk tetapi apakah itu bermakna kita langsung tidak boleh memperkatakan hak diri sendiri? Kenapa kita kena fikir hal ORANG LAIN, perasaan ORANG LAIN, ketakutan ORANG LAIN, sedangkan ORANG LAIN tidak pernah memikirkan nasib kita? Mereka sebaliknya amat berani memperjuangkan nasib bangsa mereka hingga ke peringkat antarabangsa. Seorang saja Menteri yang mereka ada sudah cukup untuk membisukan seluruh pimpinan Melayu samada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, samada parti Islam mahupun parti separa Islam. Tangisan NGO Islam ditulikan tetapi kemarahan NGO bukan Islam pula digeruni. Pemimpin Melayu sanggup “sujud” kepada ORANG LAIN.

Semakin hari saya menjadi semakin keliru, kenapa orang Melayu kena fikir pasal ORANG LAIN? Tidakkah mereka mempunyai jatidiri lagi? Apakah logik kaum 18 juta terpaksa tunduk kepada kaum 7 juta?

Pimpinan Melayu bagi saya berjaya mengelirukan bangsa mereka sendiri; antara perkara yang prinsip tanpa toleransi dengan perkara teknikal yang boleh ditoleransikan. Sedangkan sejarah membuktikan ORANG LAIN tidak pernah dan tidak akan bertoleransi apabila menyentuh keutuhan bangsa mereka seperti dalam soal-soal pendidikan, budaya dan ekonomi. Mereka sanggup berkorban segalanya demi mepertahankan hak mereka.

Ketakutan yang amat sangat kepada ORANG LAIN membuatkan pemimpin Melayu sentiasa bersikap sebelum bercakap, mereka akan fikir dulu apa ORANG LAIN akan kata… baru mereka cakap. Sebelum buat kenyataan, mereka akan fikir dulu adakah ORANG LAIN akan setuju… baru mereka keluar kenyataan.

Saya tak pasti sejauh mana lagi pemimpin Melayu harus berfikir untuk ORANG LAIN dulu bukan nasib bangsa sendiri dulu.

Ini semua kerana pemimpin Melayu tidak bersatu. Alasannya amat senang, kerana pemimpin Melayu amat bimbang ia akan menjejaskan kedudukan politik mereka. Dogma yang mengatakan ORANG LAIN menjadi penentu undi begitu kuat dilaungkan membuatkan hidung pemimpin Melayu senang ditarik ke sana dan ke mari. Mereka sudah hilang agenda perjuangan. Ya, sekali lagi saya tegaskan, mereka hilang agenda perjuangan.

Apakah nasib bangsa Melayu pada tahun 2020 nanti? Saya serahkan kepada pembaca untuk memikirkan.

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Aminuddin Yahaya,
Timbalan Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Suara Dari Gunung