Wednesday, September 10, 2008

Bahasa Power 10/9/2008

1. Tak guna bahasa tempatan di kecam MUMBAI (Berita harian 10/9/08):

Seorang ahli politik negeri mengancam mengganggu tayangan semua filem yang dibintangi keluarga Bollywood terkenal di barat India kecuali aktres yang juga ahli politik Jaya Bachchan memohon maaf kerana tidak bercakap dalam bahasa tempatan. Raj Thakckeray, seorang pengkritik pendatang asing dan juga juara bahasa tempatan Marathi berkata Bachchan menghina penduduk Marathi kerana enggan bercakap dalam bahasa itu pada satu majlis filem.

Sabtu lalu, Jaya Bachchan yang juga isteri aktor terkenal India, Amitabh Bachchan berkata beliau hanya akan bercakap dalam bahasa Hindi ketika satu promosi filem anaknya, Abhishek. Beliau juga adalah seorang ahli Parlimen India. "Kami dari Uttar Pradesh jadi kami hanya akan bercakap dalam bahasa Hindi," kata Jaya Bachchan merujuk kepada negeri asal suaminya di utara India. "Saya harap penduduk Maharashtra akan memaafkan saya tetapi saya akan bercakap dalam bahasa Hindi."

Kenyataan beliau itu menimbulkan kemarahan Thackeray. "Beliau bercakap tanpa alasan dan cara beliau bercakap menghina penduduk Maharshtra," kata Thackeray kepada pemberita di Mumbai. "Beliau perlu meminta maaf. Kami tidak akan membenarkan mana-mana filem keluarga Bachchan ditayangkan di Maharashtra." Beliau memberi amaran bahawa semua poster filem dibintangi keluarga Bachchan dihitamkan dan produk mereka diboikot di Maharashtra di mana ibu kotanya adalah Mumbai.
Sebagai ketua Parti Pemulihan Semula Maharshtra, Thackeray mahukan Marathi dihormati dengan menjadikannya sebagai satu isu politik menjelang pilihan raya negeri tahun depan.
Nota:
Siapa nak marah apabila semua ketua-ketua tak mahu cakap Bahasa. Melayu

2. Muzik Melayu paling manis dan berjiwa
"Saya masih percaya muzik Melayu ialah muzik paling manis dan berjiwa. Jika ada kelemahan sekalipun, ia hanya kelemahan dalam diri dan sifat penggiat seni muzik itu sendiri. Kebanyakannya tidak ada perancangan rapi. Mereka tidak menggunakan fakta atau metodologi sesuai atau tepat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ramai di antara kita yang jahil dan senang dibuli serta dipersendakan.
"Semua itu berlaku kerana mereka tidak berilmu. Ramai yang hanya bercakap kosong tanpa bukti kukuh dan fakta. Tiada juga statistik untuk menyokong kata-kata mereka. Jadi, banyak perkara yang dibincang pun sebenarnya kosong belaka.
"Tanyalah pada pengurus artis kita, apakah perancangan yang dilakukan untuk artis mereka, bagi jangka pendek dan jangka panjang. Hanya ada segelintir pihak yang berpandangan jauh seperti KRU dan beberapa artis nasyid. Mereka ini orang yang tekun, sedangkan ramai lagi yang lain tidak tahu pun hujung pangkalnya. Kebanyakannya tidak peka dengan perubahan besar dunia muzik, alat dan cara membeli sudah berubah. Tetapi, kebanyakan kita masih "barking at the wrong tree", bergaduh sesama sendiri, atau menyalahkan tindakan masing-masing. Tidak ada sesiapa yang boleh disalahkan, selain mereka sendiri," kata Roslan Aziz.
Nota:
Rupanya muzik Melayu paling manis dan berjiwa. Jiwang-jiwang.

No comments: