Semalam 3 Ogos 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).Abdul Rahman Ahmad bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Ekuinas berkuat kuasa 1 September ini. Turut dilantik ialah Datuk Azman Yahya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Datuk Noriyah Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah Ekuinas.
Raja Arshad adalah bekas Pengerusi Eksekutif PriceWaterhouseCoopers manakala Abdul Rahman merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad.
Azman pula adalah Ketua Eksekutif Kumpulan Symphony House Berhad dan bekas Pengarah Urusan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad; Mohamed Jawhar (Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia) manakala Noriyah merupakan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Ekuinas sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan persaingan ekonomi negara dan pada masa sama mengekalkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembabitan bumiputera secara berterusan, bermakna serta berkesan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.
Ekuinas akan mengurus dana awal sebanyak RM500 juta dan akan ditambah secara berperingkat sehingga RM10 bilion.
Institusi pelaburan ekuiti swasta yang baru ditubuhkan ini akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat tempatan kukuh yang berpotensi berkembang pesat dan mampu menarik penyertaan syarikat-syarikat pelaburan.
Ekuinas juga akan bekerjasama dengan modal persendirian dan menyerap amalan terbaik yang dilaksanakan firma-firma ekuiti persendirian global.Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, Ekuinas berbeza dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memberi tumpuan kepada pelaburan saham amanah.
Sebaliknya, kata beliau, ia adalah dana ekuiti swasta yang akan menumpukan pelaburan di dalam sektor-sektor berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi – pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi.
Perdana Menteri berkata, penubuhan Ekuinas adalah sebahagian daripada pendekatan baru kerajaan untuk memastikan penyertaan bumiputera yang bermakna dan efektif.
“Pada 1990, ekuiti bumiputera berada pada tahap 19.3 peratus dan ia hanya meningkat kepada 19.4 peratus pada 2006 yang kekal sehinggalah ke hari ini. Masih jauh ketinggalan berbanding sasaran awal sebanyak 30 peratus.
“Jadi kita ganti FIC dengan satu instrumen baru iaitu Ekuinas yang akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan syarikat bumiputera yang berpotensi,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, Ekuinas akan melabur secara bersama dengan dana swasta lain bagi menggalakkan perkongsian tulen dan pendekatan komersial sepenuhnya.
“Justeru penyertaan bumiputera menerusi Ekuinas akan dibuat berasaskan merit,” tegasnya.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment