Statistik ini saya kutip daripada http://puadzarkashii.blogspot.com/2009/11/saya-mundur-ke-belakang.html
Negara yang Menggunakan Bahasa Inggeris
Sekarang ini ada 45 negara yang menggunakan bahasa Inggeris. Tolak Britain, Amerika, Australia, New Zealand dan Kanada tinggal 40 negara. Kebanyakan 40 negara yang menjadikan Inggeris sebagai bahasa rasmi seperti Ghana, Zambia dan Zimbabwe adalah cukup miskin.
Negara yang Menggunakan Bahasa Peranchis
Bahasa Perancis digunakan di 30 negara. Tolak Perancis, Queebec, Belgium dan Switzerland, tinggal 26 negara. Tetapi apakah negara negara seperti Ivory Coast, Mali, Togo, Haiti dan Chad adalah negara maju?
Negara yang menggunakan Bahasa Sepanyol
Begitu juga bahasa Sepanyol. 30 negara menjadikannya bahasa rasmi, terutamanya di Amerika Selatan. Kebanyakannya adalah negara yang berpendapatan rendah.
Cameroon menjadikan Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi, manakala Surinam menjadikan Inggeris dan Belanda sebagai bahasa rasmi. Tetapi kedua duanya tidak dianggap sebagai negara maju.
Statistik di atas menunjukkan dengan ketara bahawa Bahasa Inggeris, Sepanyol maupun Peranchis bukanlah intrumen yang utama menjadikan sesebuah negara itu maju atau tidak. Bahasa Penjajah yang dijadikan sebagai bahasa Kebangsaan yang dipaksakan oleh yang golongan elit sesebuah negara bagi menunjukkan yang mereka golongan elit berbeza dengan kelayak ramai. Mereka ada kelas dan salah satu ciri kelas mereka ialah kepetahan mereka menggunakan bahasa penjajah yang telah dihalau pergi. Sekarang ini mereka tidak mengatakan itu bahasa penjajah tetapi bahasa International yang mesti dikuasai bagi menjadikan sesebuah negara itu maju. Mitos ini adalah yang tidak berpegang kepada kenyataan. Kaum Kapitalis akan ke mana sahaja di dunia ini asalkan ianya boleh membawa keuntungan yang maksima kepada mereka itu. Itulah yang sebenarnya.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment