Tuesday, July 27, 2010

Makna lain Perpaduan ?

Perpaduan Melayu telah menjadi isu yang hangat. Mainan silat kata kedua-dua pihak. Menyerang dan di serang. Meminta sesuatu yang nampaknya agak mustahil untuk pihak lawan mengadakannya. Minta diwujudkan perpaduan. Apa yang dimaksudkan dengan perpaduan ? Daripada silat-silat kata itu boleh disimpulkan ada pihak yang memaksudkan dengan perpaduan ialah bergabung dalam satu parti atau bergabung dalam satu pakatan parti-parti seperti terbentuknya Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Ada yang meminta parti-parti Melayu yang ada sekarang ini dibubarkan kemudian tubuhlah sebuah parti baru yang boleh mengabungkan objektif Pas dan objektif UMNO ini bermaksud mengwujudkan satu parti sahaja untuk orang Melayu. Pengalaman beberapa orang tokoh Pas sendiri apabila parti Pas dikeluarkan dan merasa serek untuk bersama dengan UMNO adalah dalam kontek bergabung dalam pakatan parti-parti.

Nampaknya suasana tarik menarik ini tidak mendokong kedua-dua kontek perpaduan di atas diadakan. Kedua-dua pihak tidak merasa keperluan dan juga tekanan untuk mengadakannya.Seorang berkata kita bukan lemah untuk bersatu. Seorang lain pula berkata sekiranya ingin bersatu sila tukar ideologi parti daripada kebangsaan kepada Islam. Jadi jelas pasai perpaduan UMNO dan Pas tidak kesampaian dalam membentuk satu parti atau pakatan parti-parti. Habis cerita. Kalas. Out of Point.

Saya melihat dalam kontek lain mungkin UMNO dan Pas boleh bersetuju. Kita yakin orang Melayu mempunyai banyak cabaran yang sedang dihadapi sekarang juga cabaran di masa muka. Banyak isu-isu ditangan yang perlu diselesaikan secara tuntas dan berkesan. Kita boleh menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu seperti kemiskinan di desa. Sekarang ini kemiskinan orang Melayu di bandar-bandar. Masalah terpinggirnya bahasa Malayu. Masalah dadah. Masalah buang anak. Masalah Pelajaran. Masalah Biasiswa. Masalah kemasukan pelajar Melayu ke IPTA/S dengan sistem “meritocracy” dan macam-macam masalah orang Melayu lagi.

Saya lihat senarai ini boleh dipanjangkan. Saya lihat masalah-masalah ini kebanyakan telah menjadi rasa hati pemimpin di kedua-dua pihak, Ngo-Ngo Melayu juga tidak ketinggalan orang Melayu yang berada di Parti Keadilan. Dengan cuba duduk bersama-sama menyelesaian cabaran-cabaran yang berada dihadapan mata kemungkinan besar orang Melayu dari UMNO, dari Pas, dari Ngo dan mungkin dari Keadilan boleh duduk semeja untuk menyelesaikanya. Bukankah apa yang mereka harapkan daripada perpaduan Melayu itu orang-orang Melayu dikuatkan dan menyelesaikan masalah yang mereka sedang hadapi.

Dengan banyaknya cabaran yang dihadapi orang Melayu sudah tentu pemimpin Parti dari kedua pihak boleh mencari cabaran yang kedua-dua mereka boleh duduk berbincang dan menyelesaikan bagi masalahah ummah. Dengan dapat duduk semeja untuk menyelesaikan cabaran inilah dalam kontek lain makna perpaduan. Tanpa bertolak balik perkara ini dapat di adakan.

No comments: