DSAI membuat kejutan menceritakan
secara terus terang
Bagi saya hari ini DSAI
telah membuat kejutan. Perkara-perkara yang diandaikan sebelum ini dinyatakan secara
terus terang. Jadi sudah terang lagi bersuluh.
Sudah tentu apa yang
di dedah itu, menjadi modal politik parti musuh politik beliau.
Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan merasakan beliau sudah mempunyai hujah untuk menangkis serangan yang menyalahkan UMNO yang menyebabkan kerajaan negeri Melaka jatuh.
Persoalan yang ditimbulkan beliau ialah tindakan PH bertemu empat orang wakil rakyat yang bertindak menarik sokongan dan meraikan mereka sebagai ‘panglima’.
Sudah tentu tindakan PH berjumpa dengan empat orang ini tidak menjadi masalah. Tapi apa ertinya merujuk mereka sebagai ‘panglima’
Selaras dengan pengakuan Anwar itu, UMNO tidak boleh lagi dipersalahkan sebagai pencetus krisis politik di Melaka.
Sementara itu, bekas perdana menteri, Najib Razak berkata pengesahan Anwar bahawa dia ada bertemu empat Adun yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka mengesahkan komplot dicetuskan oleh mereka.
DSAI secara berterus terang semasa bercakap kepada pemberita di Port Dickson berkata, ketiga-ketiga mereka tidak terlibat dengan ‘Langkah Sheraton” yang bertujuan untuk menumbangkan kerajaan PH tahun lalu.
Sebaliknya, mereka kini mahu mengembalikan mandat yang diberikan pengundi kepada PH. Jadi DSAI tidak bersetuju mereka ini dilonggokkan sebagai satu kumpulan sama dengan Langkah Sheraton yang mengkhianati amanah rakyat. Mereka hendak kembalikan kepada Pakatan Harapan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata Idris, Nor Azman dan Effendi telah bertemu dengan pemimpin PH Melaka sebelum menarik balik sokongan kepada Sulaiman. Berdasarkan persefahaman ketika itu, ketiga-tiga mereka akan menyokong PH di Melaka untuk membentuk kerajaan baru.
Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku apabila Sulaiman berjaya meyakinkan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN sebelum kerajaan baru dibentuk.
"Jadi sekarang kita ada masalah untuk menolak (mereka) begitu saja seperti diharapkan oleh sesetengah dalam media sosial. Itu tidak tepat soalnya dia sokong untuk kembalikan mandat kita.
"Kedua, persefahaman mereka adalah untuk mereka bersama. Dia dah jangka dia akan dipecat oleh partinya.
"Oleh demikian kita nak ketepikan begitu saja tak boleh. Saya kena bincang dengan pimpinan di Melaka, kemudian juga pimpinan PH, untuk mengambil kira hal-hal ini sebelum kita buat keputusan," kata Anwar.
Tiga Adun yang dimaksudkan adalah Idris Haron (Sungai Udang) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor). dan Noor Effandi Ahmad (Teluk Mas).