Siapakah General di peringkat Pusat
Semakin jelas Pilihanraya Negeri Melaka akan di adakah pada November ini kecuali mahkamah membuat keputusan sebaliknya. Begitu juga semangkin jelas tiga gabungan besar, Barisan Nasional - BN, Perikatan Nasional - PN dan Pakatan Harapan - PH munkin terpaksa berentap untuk mempamirkan sosok yang paling cucok untuk dipilih oleh rakyat Melaka nanti.
Namun, persoalan yang dimainkan ketika ini adakah UMNO, PAS dan Bersatu berada dalam satu gabungan atau tidak. Tuan Ibrahim Tuan Man memberi pengharapan dengan menyatakan perbincangan mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara PAS, UMNO dan Bersatu Melaka masih diteruskan dan perlu diadakan muafakat dalam soal pembahagian kerusi bagi meminimakan petembungan sekiranya ia berlaku.
Seperti pasukan bola sepak penting pemilihan pemain dibuat dalam konteks pilihanraya Melaka sangat penting parti-parti mengemukakan calon-calon yang berwibawa dan benar-benar berjiwa rakyat dan meletakan kepentingan rakyat yang paling utama. Walaupun hasrat ini selalunya dikecewakan tapi hasrat mengunung ini sentiasa ada.
Satu hal yang penting juga seperti dalam hal pasukan bola sepak ialah pemilihan Jurulatih. Pemilihan jurulatih akan menentukan sesuatu pasukan itu akan menang atau tidak. Begitu juga dalam pilihan raya Melaka ini siapakah yang akan melakar strategi bagi menawan hati rakyat sangat mustahak. Sebab itu mereka yang mendewakan Tun Mahathir sentiasa mewarakan sosok Dr. Mahathir adalah sosok yang memberi kemenangan kepada PH semasa PRU 14 dulu. Walaupun perkara ini boleh dihujahkan.
Seperti diduga siapakah yang akan mengetuai serangan dan akan berada di dalam bilik "War Room" di peringkat pusat, sudah pun diketahui. Siapakah pula pengarah "War Room" di peringkat negeri juga boleh dijangka. Manakala pengarah Dewan Undangan Negeri Melaka sukar sedikit untuk diteka pada peringkat ini.
Senario yang ada sekarang yang mengandaikan 3 gabungan tadi iatu BN, PN dan HP akan bertarung yang akan dimeriahkan mungkin dengan penyertaan beberapa parti lagi dan anggota bebas.
Adalah jelas sekarang bahawa Datuk Seri Najib sendiri akan mengetuai lakaran strategi UMNO dan BN setelah Datuk Seri Zahid akan berlepas ke Jerman bagi mendapatkan rawatan bagi sakit tulang belakang beliau. Permohonan meminta tarikh pelepasan dan pemulangan pasport ke Singapura telah dipohon kelulusan mahkamah dengan menyatakan bahawa beliau telah diamanahkan untuk memabantu jentera parti UMNO menghadapi Plihan Raya Negeri Melaka pada 20 November depan.
Datuk Seri Najib adalah sosok yang mengetuai Barisan Nasional dalam Pilihan Raya ke 14 lalu menentang bekas ketuanya yang ketika itu mengetuai Pakatan Harapan. Hasilnya seperti yang diketahui pasukan beliau tewas. Dengan bebekalkan pengalaman dikalahkan di peringkat Pusat atau Persekutuan, Datuk Najib akan mengetuai serangan Barisan Nasional untuk menawan Melaka yang kalah kepada PH semasa Pilihan Raya Umum Ke 14 dulu. Saya percaya Datuk Seri Najib akan berusaha bersungguh-sungguh supaya nasib malang yang menimba kerajaan Persekutuan tidak menimpa kerajaan negeri Melaka nanti dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.
Di peringkat negeri Melaka kita nampak salah seorang daripada dua toko ini di beri peranan sebagai Leftenan General najib di peringkat negeri Melaka. dua tokoh itu ialah bekas Speaker Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof ataupun bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Husni Mohamad.
Menarik juga kali ini Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan akan mengetuai di peringkat Pakatan Harapan Pusat sebagai penglima perang utama. Manakalah di peringkat Negeri Melaka telah di warakan Adly Zahari bekas Ketua Menteri semasa pemerintahan Pakatan Harapan di Melaka akan menjadi Leftenan General Datuk Seri Anwar Ibrahim di Melaka. Tugas yang digalas oleh Datuk Seri Anwar agak berat iaitu meneruskan kejayaan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke 14 dulu. Kejayaan ini juga akan memberi sinar harapan yang cerah untuk Pakatan Harapan dapat menguasai Pilihan Raya Umum ke 15 nanti.
Bagi pihak Pakatan Nasional pengerusinya iaitu Tan Sri Muhyuddin Yassin secara automatik juga akan mengalas tanggung jawab keseluruhannya. Manakalah kemungkinan besar, pengerusi Bersatu negeri Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.akan menjadi Leftenan Genaral Muhyuddin.
Satu yang menarik Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengetuai "Team Wawasan" pada tahun 1993 yang dianggotai oleh Muhyiddin dan Najib dalam Pemilihan UMNO 1993. Datuk Seri Anwar menang sebagai Timbalan Presdien UMNO, Datuk Seri Najib dan Tan Seri Muhiddin menang sebagai naib presiden UMNO.
Jadi antara mereka ketiga ini cukup kenal kekuatan dan kelemahan strategi politik masing-masing. Rakyat Melaka akan memilih dan akan menobatkan salah seorang daripada mereka layak di gelar General yang menguasai Negeri Malaka.
No comments:
Post a Comment