Tuesday, September 9, 2008

Bahasa Power 9/9/2008

1. Gejala lidah berbisa yang sering mematuk tangkai hati dan jantung orang, pembawaan daripada Abdul Rahim Kajai ini turun kepada muridnya - Ali Bukhari Amir Harakahdaily.net 8/9/2008


2. Satu program yang begitu melucukan, ketika umat Islam mendakap erat bulan penuh keberkatan dan kakitangan kerajaan dilarang mengadakan program di luar negara. Ahmad Lutfi Othman Harakahdaily.net 8/9/2008


3. Karim Raslan 9 september 2008 Sinar Harian

Bagi mereka yang ingin tahu mengenai kesan terhadap meningkatnya peranan raja dan kemungkinan campur tangan tentera, apa yang terjadi di Thailand boleh dijadikan panduan. Pada dasarnya kedua-dua institusi itu mengakui bahawa mereka tidak tahu bagaimana hendak menangani permintaan dan bantahan rakyat. Rakyat sedar bahaya yang mereka hadapi kerana melanggar peraturan istana dan tentera.

Bagaimanapun, apa yang jelas ialah Raja Bhumibol dan tentera Thai akan memainkan peranan penting dalam menentukan pihak mana yang betul. Bagaimana pun Ketua Turus Angkatan Tentera, Jeneral Anupong Paochina telah mengistiharkan bahawa pasukannya, juga polis, hanya akan bertindak ‘untuk menyuraikan penunjuk perasaan secara aman” dan tidak mahu “menjadikan keadaan lebih buruk”.

Pendek kata, walaupun Samak telah menyerahkan kepada pihak tentera dalam hal yang terjadi sekarang, adalah jelas bahawa dalam jangka panjang hanya orang politik yang dapat menyelesaikan masalah di Thailand. Walaupun ada raja dan tentera, kedua institusi ini tidak bersedia menangani jurang perbezaan yang besar dalam kerajaan. Krisis ini akan menyaksikan sama ada kelahiran semua demokrasi Thai atau tidak ada demokrasi selamanya.

Sementara istana dan tentera adalah sesuatu yang diperlukan dan dihormati di negara kita, mereka tidak mempunyai kunci untuk masa depan kita.

4. Rahman Shaari 9 september 2008 Sinar Harian


Sarjana Media, J. Habermas agak kerap menyebut istilah ruang awam (public sphere). Ruang awam ialah ruang perbincangan dan penyuaraan pendapat umum tanpa kawalan pemerintah.


Pertimbangan awam ialah pertimbangan yang bersandarkan timbang asa yang penuh hati-hati untuk mendapatkan penyelesaian.


Apabila rakyat berupaya memasuki ruang awam, pembangkang atau kerajaan hendaklah bersuara dengan cermat, tidak emosional dan tidak perlu mutak. Kedua-dua pihak hanya perlu berkata yang benar. Kita sudah menemukan ahli UMNO berjalan sekali dengan ahli PKR dan lebih hebat lagi ahli Pas berbual-bual mesra dengan ahli DAP. Memang itu tidak mustahil sejak dulu, tetapi yang mahu ditegaskan di sini ialah bahawa rakyat kian memahami hakikat "political animals”; atau lebih lembut lagi di sebut pelakon politik.


Tidaklah terlalu sukar untuk memahami dunia politik, tetapi bagi yang merasakan politik itu memeningkan, berjaraklah saja, atau ikutlah nasihat Dr. Zakaria Ali: leave politics to the politicians.

No comments: