Sunday, December 28, 2008

Berapa Umur anda dalam Kiraan tahun Hijrah.

Tahun Hijrah punyai kepentingan yang tersendiri. Islam tidak memulakan tahun Islam daripada tarikh kelahiran Rasul Muhamad s.a.w. bahkan Saidina Omar memilih tarikh hijrah Rasul dari Mekah ke Madinah sebagai tarikh permulaan kalendar Islam.

Kebanyakan daripada kita mengira umurnya dalam kiraan tahun Masihi. Bagaimana mengira umur kita mengikut tahun hijrah.? Mengikut kiraan 30 tahun Masihi bersamaan dengan 31 tahun Hijrah. Iaitu tambahan satu tahun kepada sesiapa yang berumur 30 tahun. Ini bermakna sekiranya umur sesaorang itu 60 tahun mengikut tahun Masihi, kiraan mengikut tahun hijrah umur orang itu ialah 62 tahun.

Apabila kerajaan melanjutkan umur pesaraan daripada 56 tahun ke 58 tahun. Bermakna umur persaraan dalam tahun Hijrah itu hampir kepada 60 tahun.



Back to homepage

Wednesday, December 24, 2008

Faktur kekalahan BN disebabkan penolakan rakyat terhadap PPSMI

Dalam geger sokmo, A. Aziz Deraman (Sinar Harian khamis 25 Disember 2008) percaya bangsa Malaysia akan menghadapi suasana murung dan malang apabila puluhan tahun akan datang bangsanya kehilangan bahasa negara dan jati dirinya sendiri.

Beliau selanjutnya menulis, "Kita memang menikmati kemerdekataan tetapi kemerdekaan fizikal bukannya minda."

Setelah membandingkan penguasaan matematik anak-anak Inggeris, Amerika, Australia dan New Zealand dengan anak Jepun, Korea, Jerman. China, Rusia dan Itali yang diungguli oleh mereka yang menggunakan bahasa sendiri, Aziz mendesak lagi dengan tulisnya,"Bahasa Melayu yang dimodenkan sesudah kemerdekaan negara semacam tidak lagi kukuh di nusanya, hilang upaya menjadi perkasa dipersada antarabangsa. Nasib malangnya berlaku ditangan pemiliknya sendiri."

Dengan memberi contoh kelantangnya Siqiue dan Dong Ziau Zhong mempertahankan pendidikan dengan bahasanya sendiri, Aziz menutup tulisannya dengan kata-katanya yang tajam,"Pemimpin kita pula kehilangan keberanian politik. Percaya atau tidak salah satu faktur kekalahan BN dan penolakan calon-calon UMNO dalam Pilihan Raya UMUM Mac 2008 baru-baru ini adalah penolakan rakyat terhadap PPSMI ini.

Sekiranya dakwaan ini benar, isu PPSMI boleh digunakan sebagai senjata dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Orang Melayu mesti diyakinkan yang isu bahasa adalah isu jati diri orang Melayu sendiri.

Friday, December 19, 2008

Sajak mantan Mufti Perlis yang di jadikan lagu tidak mendapat kelulusan RTM


AKU BUKAN MUSUH HARTA

mereka kata:
mengapa kita tidak kaya raya ?
tengoklah sipulan itu, bermewahan saja..
aku bertanya: apakah caranya untuk aku kaya ?
tapi..secara mulia tampa berdusta

bukan kita tidak tahu
jalan, denai dan liku
agar harta ditemui dan disapu
tapi semuanya cara palsu dan tipu..
bukan kita tidak mahu.
tapi kita tidak mampu.
takut dan terkedu
mengenang yang Maha Satu.
Yang Tiada bagiNya Sekutu.

Ya, telah kaya para pengkianat.
dengan harta yang sarat.
tapi mereka lupa akhirat,
balasan yang berat.
di dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

ya. telah kaya para pendusta,
syarat mereka: lupakan Yang Esa,
harta rakyat, semua disebat
harta awam, semua dibekam
hukum syaitan,mereka bertuhan

kita pun ingin kaya.
ada harta, ada kereta yang istimewa.
ada rumah mewah yang melimpah,
ada hidangan yang bukan sebarangan,
ada duit yang bukan sedikit

tapi, jalannya hendaklah suci,
bukan seperti seorang pencuri,
jika ada jalan yang mulia,
di hujungnya ada harta,
tunjukkan kita, di mana saja
kita bukan musuh harta,
kita cuma musuh pengkhianat bangsa dan negara,
apata lagi pengkhianat agama

DRMAZA

Inilah sajak yang dijadikan lagu oleh sifu Nasir yang dinyanyikan oleh kumpuan Kopratasa telah diharamkan oleh pihak RTM.

Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri mantan Mufti Perlis yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar yang diterbitkan dan diedarkan oleh Nasyeed.COM.

Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.

Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.

Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’

Sebelum daripada itu menteri yang menjaga RTM mengeluarkan kenyataan ingin jadikan RTM seperti BBC atau seperti al-Jazera. Kita ingin bertanya adakah tindakan dengan tidak memberi kelulusan puisi Bekas Mufti Perlis itu untuk dijadikan lagu sebagai pendekatan menjadikan RTM seperti BBC.

Tuesday, December 16, 2008

Siapakah Pembaling Kasut ke muka Bush




Siapakah Muntazer al-Zaidi ?


Muntazer menjadi terkenal secara segera apabila beliau membaling kasut kepada George W. Bush Presiden Amerika ialah wartawan bebas Station TV Iraq Al Baghdadia yang berpengkalan di Mesir.


Walaupun balingan beliau tidak mencapai sasaran, tindakan Muntazer itu mendapat perhatian dunia. Abang beliau Durgham menurut Zaid telah ditahan oeh askar-askar Amerika pada awal tahun dan beliau sendiri telah diculik pada November 2007 dan di tahan selam seminggu oeh orang yang tidak dikenali.


Tindakan membaling kasut telah menyebabkan beliau dipanggil sebagai pahlawan (hero) oleh Ketua Shiah Moqtada al-Sadr dan Badan Sunni pula melabelnya sebagai "icon" kepada penentangan kependudukan asing.


Bagaimanapun kerajaan Baghdad melabelkan tindakan wartawan itu sebagai memalukan dan menuntut kemaafan daripada station Al-Baghdadia. Zaid sekarang ini masih ditahan oleh pihak berkuasa Iraq.


Bagi ketua Zaid di Kaherah, Muzhir al-Khafaji menganggap beliau sebagai " Seorang Arab yang dibanggakan dan seorang yang berfikiran terbuka" yang telah bekerja dengan station itu selama tiga tahun.


Yasin Majeed sebagai penasihat media kepada Perdana Menteri Iraq berkata, Muntazer akan dibicarakan berhubung dengan dakwaan memalukan negara Iraq.


Bekas peguam Saddam Hussein, Khai al-Dulaimi berkata, beliau akan membentuk pasukan untuk membela Muntazer.


Setakat ini lebih 200 orang peguam Iraq dan termasuk daripada Amerika memberitahu yang mereka sanggup melakukan pembelaan terhadap Muntazer secara percuma.


Dalam budaya Arab, perbuatan menunjukkan kasut kepada sesaorang dianggap sebagai suatu penghinaan dan tindakan membaling kasut adala sesuatu yang lebih buruk.


Kata-kata Muntazer, "ini ciuman perpisahan untuk kamu anjing.. inilah hadiah daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq', jerit Muntazer dalam bahasa Arab ketika membaling kasutnya ke arah Bush.



.

Monday, December 15, 2008

Bush kena baling kasut 1



Bush kena baling kasut. Bush kena baling kasut.

Friday, December 5, 2008

Hanya 1 Peratus Hotel di Malaysia yang mendapat Sijil Halal Jakim

Siti Zailah Mohd Yusuf ahli Parlimen Rantau Panjang mahu tahu, "berapa banyakkah jumlah hotel di negara ini yang menghidangkan makanan halal dan juga mahu memastikan apakah makanan yang disajikan di hotel itu terjamin tahap kesuciannya?."
Menurut Siti Zailah kenapa beliau menimbulkan persoalan itu kerana timbul keraguan makanan atau sajian yang disediakan di hotel kebanyakannya meragukan atau tidak halal. Kerana itu beliau mahu kerajaan menyenaraikan hotel-hotel yang menyediakan makanan halal agar diketahui oleh orang ramai. Dengan adanya sijil halal atau pemberitahuan itu boleh menghindarkan orang Islam memasuki atau memakan sajian di hotel berkenan.

Dalam penjelasan tadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.
Jeng jeng. Sedap makan di hotel tapi.... hanya 1 peratus yang ada Sijil Halal. Jadi selama ini aku ingatkan halallah sebab inikan negara Islam rupanya pandangan dua sen aku salah lagi. Jadi dah berapa banyak masuk dalam perut aku tak tahulah.

Statistik Sekolah dan Sekolah Mubaligh

Menteri Pelajaran, Datuk Sei Hishamuddin Tun Hussein menerangkan sistem pendidikan negara hanya terdapat dua aliran iaitu perdana dari sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan.



Aliran bantuan kerajaan merangkumi empat jenis sekolah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.



Dalam perspektif jumlah sekolah terdapat 5,831 Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan China 889, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 374, Sekolah Mubaligh 410 dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 154.



Pada anggapan yang dua sen ini Sekolah Mubaligh itu seperti Convent Girl School atau Methodish Boy's School dengan persekitaran dalam sekolah itu masih ada terdapat gereja. Cuma nak tahulah apa yang diajar disitu yang berbeza dengan sekolah-sekolah yang lain. Yang aku rasa selama ini sekolah-sekolah itu dulu sekolah Inggeris bila di"kebangsaan"kan ianya menjadi Sekolah Kebangsaan. Rupanya sangkaan dua sen aku itu tidak benar ianya disebut Sekolah Mubaligh.

Jadi apa yang istimewanya sekolah Mubaligh itu ?