Friday, December 19, 2008

Sajak mantan Mufti Perlis yang di jadikan lagu tidak mendapat kelulusan RTM


AKU BUKAN MUSUH HARTA

mereka kata:
mengapa kita tidak kaya raya ?
tengoklah sipulan itu, bermewahan saja..
aku bertanya: apakah caranya untuk aku kaya ?
tapi..secara mulia tampa berdusta

bukan kita tidak tahu
jalan, denai dan liku
agar harta ditemui dan disapu
tapi semuanya cara palsu dan tipu..
bukan kita tidak mahu.
tapi kita tidak mampu.
takut dan terkedu
mengenang yang Maha Satu.
Yang Tiada bagiNya Sekutu.

Ya, telah kaya para pengkianat.
dengan harta yang sarat.
tapi mereka lupa akhirat,
balasan yang berat.
di dunia, jiwa bertukar menjadi keparat

ya. telah kaya para pendusta,
syarat mereka: lupakan Yang Esa,
harta rakyat, semua disebat
harta awam, semua dibekam
hukum syaitan,mereka bertuhan

kita pun ingin kaya.
ada harta, ada kereta yang istimewa.
ada rumah mewah yang melimpah,
ada hidangan yang bukan sebarangan,
ada duit yang bukan sedikit

tapi, jalannya hendaklah suci,
bukan seperti seorang pencuri,
jika ada jalan yang mulia,
di hujungnya ada harta,
tunjukkan kita, di mana saja
kita bukan musuh harta,
kita cuma musuh pengkhianat bangsa dan negara,
apata lagi pengkhianat agama

DRMAZA

Inilah sajak yang dijadikan lagu oleh sifu Nasir yang dinyanyikan oleh kumpuan Kopratasa telah diharamkan oleh pihak RTM.

Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri mantan Mufti Perlis yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar yang diterbitkan dan diedarkan oleh Nasyeed.COM.

Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.

Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.

Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’

Sebelum daripada itu menteri yang menjaga RTM mengeluarkan kenyataan ingin jadikan RTM seperti BBC atau seperti al-Jazera. Kita ingin bertanya adakah tindakan dengan tidak memberi kelulusan puisi Bekas Mufti Perlis itu untuk dijadikan lagu sebagai pendekatan menjadikan RTM seperti BBC.

No comments: