Dalam geger sokmo, A. Aziz Deraman (Sinar Harian khamis 25 Disember 2008) percaya bangsa Malaysia akan menghadapi suasana murung dan malang apabila puluhan tahun akan datang bangsanya kehilangan bahasa negara dan jati dirinya sendiri.
Beliau selanjutnya menulis, "Kita memang menikmati kemerdekataan tetapi kemerdekaan fizikal bukannya minda."
Setelah membandingkan penguasaan matematik anak-anak Inggeris, Amerika, Australia dan New Zealand dengan anak Jepun, Korea, Jerman. China, Rusia dan Itali yang diungguli oleh mereka yang menggunakan bahasa sendiri, Aziz mendesak lagi dengan tulisnya,"Bahasa Melayu yang dimodenkan sesudah kemerdekaan negara semacam tidak lagi kukuh di nusanya, hilang upaya menjadi perkasa dipersada antarabangsa. Nasib malangnya berlaku ditangan pemiliknya sendiri."
Dengan memberi contoh kelantangnya Siqiue dan Dong Ziau Zhong mempertahankan pendidikan dengan bahasanya sendiri, Aziz menutup tulisannya dengan kata-katanya yang tajam,"Pemimpin kita pula kehilangan keberanian politik. Percaya atau tidak salah satu faktur kekalahan BN dan penolakan calon-calon UMNO dalam Pilihan Raya UMUM Mac 2008 baru-baru ini adalah penolakan rakyat terhadap PPSMI ini.
Sekiranya dakwaan ini benar, isu PPSMI boleh digunakan sebagai senjata dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Orang Melayu mesti diyakinkan yang isu bahasa adalah isu jati diri orang Melayu sendiri.
Menara KL – Fahmi Fadzil, Kerajaan dan anak syarikat Lim Seong Hai Capital
Bhd disaman RM1 bilion
-
(TRI) – Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), pengendali lama Menara KL, dan
syarikat induknya Hydroshoppe Sdn Bhd telah memfailkan tindakan
undang-undang...
1 day ago
No comments:
Post a Comment