Siti Zailah Mohd Yusuf ahli Parlimen Rantau Panjang mahu tahu, "berapa banyakkah jumlah hotel di negara ini yang menghidangkan makanan halal dan juga mahu memastikan apakah makanan yang disajikan di hotel itu terjamin tahap kesuciannya?."
Menurut Siti Zailah kenapa beliau menimbulkan persoalan itu kerana timbul keraguan makanan atau sajian yang disediakan di hotel kebanyakannya meragukan atau tidak halal. Kerana itu beliau mahu kerajaan menyenaraikan hotel-hotel yang menyediakan makanan halal agar diketahui oleh orang ramai. Dengan adanya sijil halal atau pemberitahuan itu boleh menghindarkan orang Islam memasuki atau memakan sajian di hotel berkenan.
Dalam penjelasan tadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.
Jeng jeng. Sedap makan di hotel tapi.... hanya 1 peratus yang ada Sijil Halal. Jadi selama ini aku ingatkan halallah sebab inikan negara Islam rupanya pandangan dua sen aku salah lagi. Jadi dah berapa banyak masuk dalam perut aku tak tahulah.
No comments:
Post a Comment