Friday, April 3, 2009

Apa sebenarnya MCA mahukan .

Dengan slogan,"Satu Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" Najib memulakan langkah dengan mengistiharkan pembebasan 13 orang tahanan ISA dan menarik balik larangan sementara penerbitan Harakah dan Suara Keadilan yang dibuat pada 23 Mac lalu oleh Kementerian Dalam Negeri.


Kepada orang ramai tindakan ini merupakan tindakan popular yang dialu-alukan terutama bagi keluarga-keluarga ISA itu sendiri. Pecahan Pembebasan itu ialah dua orang daripada pimpinan Hindraf, lapan ahli Darul Islamiyah dan tiga rakyat asing.

Bagi sebahagian rakyat pula tidak dapat lari daripada mahu melihat bagaimanakah dibentuk kabinet baru Najib. MCA awal-awal lagi dah meminta diwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri I .

Adakah Najib akan kompromi dengan MCA dalam isu ini. Dengan politik baru seperti yang dihebohkan terutamanya oleh Pakatan Rakyat tidak mementingkan rupa bangsa dengan memomokkan Ketuanan Melayu dan menggunakan frasa yang dapat diterima ramai seperti Ketuanan Rakyat.

Beberapa pengalaman dan uji kaji sebelum ini telah gagal. DAP dan Gerakan umpamanya adalah parti berbilang kaum, namun hakikatnya sehingga hari ini daripada komposisi keahlian dan apa yang diutarakan oleh parti-parti itu lebih menjurus kepada kehendak satu bangsa sahaja. PKR nampaknya cuba untuk mengubah keadaan ini dengan menampakan parti yang berbilang kaum dengan kejayaan PKR mencalonkan bukan sahaja satu kaum untuk calon dewan undangan negeri atau parlimen begitu juga dalam memegang jawatan-jawatan penting dalam parti.

Pada peringkat ini nampaknya PKR telah berjaya mengadunkan keahlian daripada berbagai bangsa untuk menunjukkan ianya parti yang berbilang kaum. Namun hakikatnya PKR masih merupakan parti baru yang belum mengwujudkan tradisi-tradisi. Pengaruh Anwar tidak dapat dielakkan memainkan peranan yang penting dalam mengwujudkan keahlian yang berbilang ini. Adakah PKR dapat bertahan rekod menarik komposisi ahli daripada berbilangan bangsa selepas pasca Anwar masih lagi menjadi teka teki.

Gerakan juga berjaya menunjukkan ianya parti yang berbilang bangsa pada awal-awal penubuhannya namun sedikit demi sedikit ianya telah menjadi parti seperti parti sebuah kaum sahaja, Gerakan , PPP dan Dap menunjukkan kegagalan dalam menarik keahlian daripada bangsa yang lain. Inilah ujian sebenarnya PKR pada masa hadapan.

Saya mengagak permintaan ini hanya main-main politik sahaja untuk menguji Najib. Permintaan ini dengan senang dapat ditolak oleh Najib. Sekiranya orang China nak jawatan No 2 atau No 3 dalam kerajaan sudah tentu orang India juga akan berarak meminta sekurang-kurangnya jawatan No 3 dalam kerajaan diberikan kepada mereka. Jadi saiz kecil Kementerian yang diminta oleh orang ramai hanya akan menjadi angan-angan sahaja.

Cuma yang saya berfikir-fikir apa sebenar yang dimahukan oleh MCA i ini untuk mengantikan permintaan yang main-main ini. Apa sebenarnya yang mereka hendak ? Apakah sebenarnya yang mereka sasarkan? Adakah yang mereka capai supaya ditambah jumlah jawatan menteri penuh kepada mereka ? Kita tunggu sama-sama kabinet Najib.


No comments: