Thursday, April 2, 2009

Tahniah PM dan Tanggungjawab

1. Tahniah ditujukan kepada DS Najib Tun Abdul Razak dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada hari ini jumaat 3 April 2009 atau bersamaan 7 Rabiul akhir (1430) , iatu suatu puncak jawatan politik di Malaysia. Sekaligus beliau memikul tanggungjawab berat dalam kontek memikul amanah besar yang langit dan Bukit bukau takut memegangnya.

2. Pelantikan ini juga menandakan teori RAHMAN yang dikuti oleh ramai peramal-peramal politik hampir 30 tahun itu telah menjadi kenyataan. Teori ini bermula dengan susok Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak Datuk Hussein, selepas itu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan diakhir dengan huruf "N" iaitu Najib.

3. Dalam masa terdekat ramai orang sedang menunggu beberapa tindakan PM keenam ini terutamanya komposisi kabinet baru beliau apabila dibentuk nanti. Adakah ianya akan mengecil seperti yang dicadangkan oleh berbagai pihak. Dengan terdapat 29 Menteri di 27 buah kementerian dianggap ramai orang sebagai jumlah yang terlalu besar. Pada sisi lain BN sebenarnya adalah sebuah kerajaan campuran yang terdiri daripada 14 buah parti dengan Pekembar sebagai tulang belakang. Dalam kontek kerajaan campuran sebegini banyak komponen parti, daripada segi politik, bagaimana hendak menjaga kesaimbangan supaya kesemua 14-14 parti ini merasa mereka dihargai dengan pimpinan mereka diberikan kementerian-kementerian yang dikatakan berpengaruh.

4. Pelantikan kabinet baru ini juga akan menunjukkan siapakah tokoh-tokoh yang dibcri tanggungjawab untuk menjadi menteri dan siapakah pula yang akan digugurkan. Pelantikan tokoh-tokoh ini untuk menjadi menteri boleh dilakukan oleh Najib tetapi beliau tidak dapat lari daripada persepsi orang ramai. Adakah tokoh yang dilantik itu mempunyai persepsi yang baik atau buruk. Tindakan PM ini akan membuat orang membandingkan apa yang dikatakan tentang hasrat pentadbiranya dengan tindakan beliau yang sebenarnya.

No comments: