Bagi menentukan siapakan pembunuh Altantuya kesnya telah dibicarakan oleh mahkamah hampir 150 hari. Suatu pembicaraan yang panjang dan penuh dengan sensasi. Sehingga hari ini wajah dua orang yang dituduh itu masih lagi dilindungi oleh topeng setiap kali mereka hadr ke mahkamah.
Akhirnya mahkamah memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum bunuh kerana pihak pembela mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Walaupun mahkamah telah membuat keputusan namun saya rasa banyak soalan-soalan yang tidak dapat dijawab oleh keputusan yang diberikan. Orang ramai melihat yang Azilah dan Sirul tidak mempunyai motif yang kuat dan mungkin juga dikambing hitamkan. Walaupun mungkin merekalah yang melakukannya membunuhan. Orang ramai sering bertanya. Siapakah orang yang mempunyai motif yang kuat itu dan sebab yang munasabah untuk melihat Altantuya mati. Sekiranya ada orang yang mempunyai motif yang kuat untuk membunuh itu mengapa ianya tidak dibicarakan dan dihukum.
Orang ramai bertanya tentang C4. alat letupan yang dipopularkan dengan kes ini. Bagaimanakah ianya diperolehi kemudiannya digunakan secara yang sangat trajis.
No comments:
Post a Comment