Sunday, April 19, 2009

Jadilah Politik itu Tetap Politik

Jawatan pada mana-mana parti politik atau organisasi awam adalah sangat terhad sedangkan orang yang mengidamnya adalah terlalu ramai. Bagi mengatasi masalah ramainya orang yang berminat, berkehendak dan teringin untuk duduk dalam barisan kepimpinan . Proses demokrasi dilihat sebagai jalan keluar bagi penyelesaian konflik ini. Maka dibenarkan diadakan pertandingkan merebut jawatan.

Bagi yang menang pertandingan jawatan adalah untuknya. Bagi yang kalah diminta memberi kerjasama. Jangan dikacau dan dibiarlah orang yang menang menjalankan tanggung jawabnya.

Memenangi pertandingan jawatan parti terutama dalam parti yang memerintah sangat penting bagi orang-orang politik. Kemenangan itu menunjukkan dirinya telah diterima, Sama ada dalam bentuk pimpinan, jasa atau kedudukannya yang lalu. Oleh itu apabila Shahril Abdul Samad melepaskan jawatan menteri kerana tidak terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno sesuatu yang dialu-alukan oleh orang ramai. Bagi Shahril sendiri, sebagai anggota kabinet kekalahan itu menunjukkan ahli UMNO merasakan beliau gagal sebagai anggota kabinet dan dirinya tidak diterima oleh ahli parti.

Selalunya orang yang menang akan diberi jawatan dalam kabinet dan itulah kehendak ahli parti dalam memilih mereka ini. Hakikatnya pemilihan kejawatan Menteri dan Timbalan Menteri adalah dibawah kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri berhak memilih sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. Signal daripada parti boleh diterima atau ditolak.
Begitu juga Perdana Menteri boleh memilik Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri-negeri yang dimenangi oleh partinya. Itu ada haknya.

Pengurusan politik bukan "straight forward". Dalam keadaan Tsunami politik 8 March 2008 terdapat negeri-negeri yang Menteri Besarnya memberi kemenangan kepada BN tetapi Menteri Besar tidak dilantik semula. Dalam keadaan sekarang apabila negara mendapat Perdana Menteri yang baru. Negeri-negeri yang memberi kemenangan kepada BN tetapi bekas Menteri Besarnya tidak dilantik semula akan menimbulkan kemelut politik.

Tanda-tanda yang ada di Terengganu dengan keranah 10 orang Adunnya tidak hadir dewan. Di Perlis pula dibesar-besarkan yang Ketua Perhubungan Negeri mestilah dilantik sebagai Menteri Besar. Bila ada air bah sudah tentu ada pantai yang berubah. Bila ada peluang jadilah politik itu tetap politik.

No comments: