Semalam anak saudara ku mengadu. Katanya adiknya mengatakan ia bodoh. Sambil meminta simpati untuk aku membelanya. Matanya memandang kepadaku seolah-olah menagih supaya aku menghukum adiknya. Aku hanya berkata dia ada mulut, dia akan bercakap apa sahaja yang disukainya. Mulut manusia tak boleh ditutup. Kita tak boleh kawal mulut orang lain. Kita hanya boleh mengawal diri sendiri, tidak diri orang lain.
Malangnya kita tidak ada mesen untuk mengawal tutur kata orang lain. Pepatah mengatakan, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya." Alangkah eloknya sekiranya kita boleh dapatkan mesen dari Doraemon. Suatu mesen yang apabila diletakkan kepada manusia. Manusia itu akan bercakap yang baik-baik sahaja. Tidak mengeji manusia lain. Tidak mengatakan sesuatu yang boleh mengecilkan hati. Tidak memburukkan orang lain dengan memberi gambaran hitam.
Malangnya mesen sedemikian tidak ada di alam nyata. Mulut manusia tidak boleh ditutup. Manusia suka bercakap untuk menghentam orang lain. Ada sahaja idea untuk mengatakan orang lain lebih lemah daripada daripadanya. Menunjukkan kelemahan orang lain sudah menjadi kepakaran yang dipelajari daripada zaman kanak-kanak lagi.
Mesen ini sekiranya ada boleh diberi percuma kepada ahli-ahli politik supaya nanti mereka hanya berkata yang baik-baik sahaja. Tidak pandai memburukkan lawan sahaja tetapi berusaha sebaiknya untuk negara. Tiada "Character assassination",yang ada "national building"
Walaupun ahli politik itu tahu "Fitnah lebih bahaya daripada pembunuhan.", "Haram dan Halal", "Dosa dan Pahala", "Surga dan Neraka". Mereka yang melakukan fitnah dalam keadaan sedar sebenarnya telah membelakangi ajaran mulia Rasulullah s.a.w. Mengenai Fitnah
Firman Allah s.w.t. "Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu" (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah :
1. "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
2. "Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak berslah akan kesalahannya" (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)
3. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat" (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)
4. Abu Darda berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda "Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannua di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka".
5. dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :"Sesungguhnya tatkala Allah menjadikan syurga, lalu berfirman kepada syurga itu :"Berbicaralah". Maka syurga itu berkata :"Berbahagialah siapa yang masuk kepadaku". Lalu Allah berfirman :"Demi KemuliaanKu dan KeagunganKu! Tidak akan menempati pada engkau 8 golongan manusia :-
a) orang yang selalu minum khamar
b) yang selalu berzina
c) yang qattaat (tukang fitnah)
d) yang mengetuai peperangan
e) pengawal penguasa
f) orang yang bertingkahlaku seperti wanita
g) orang yang berkata :"Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu". (Ihya Ulumuddin, Jilid 3)
6. Diriwayatkan Ka'bul Ahbar, bahawa kemarau telah menimpa kaum Bani Israil. Lalu Nabi Musa berdoa meminta hujan berulang-ulang. Tetapi tidak juga diturunkan hujan kepada mereka. Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Musa :"Sesungguhnya Aku tidak menerima doa engkau dan doa orang-orang yang bersama engkau, di mana di kalangan engkau itu ada nammaam (pembawa fitnah), yang berkekalan buat fitnah". Maka Nabi Musa berdoa :"Wahai Tuhanku, siapakah orang itu? Tunjukkanlah, siapakah orang itu? Tunjukkanlah kepadaku pembuat fitnah itu, sehingga aku dapat mengeluarkannya dari kalangan kami". Tuhan berfirman :"Hai Musa! Aku melarang kamu dari namimah (Pembuat fitnah)". maka bertaubatlah mereka semua. Lalu diturunkan hujan kepada mereka.
7. Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang laki-laki datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar berkata kepadanya: "kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini. "Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, periksalah dengan saksama". Dan kalau engkau benar maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini", "Suka mencela, berjalan membuat hasung dan fitnah". Kalau engkau kehendaki, nescaya kami memaafkan engkau. Lalu laki-laki itu berkata : "Maaf wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi untuk selama-lamanya."
8. Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment