Amat menarik sekali apabila saya membaca tulisan yang telah ditulis oleh penulis terkenal Tan Sri Abdullah Ahmad di mana pada penulisan tersebut, beliau telah mengakhiri tulisan beliau dengan kata-kata penutup yang begitu dramatis sekali. Katanya, "Apakah daya aku Melayu Malaysian!".
Isu Bahasa Melayu masih tidak nampak noktah hentinya walaupun Bahasa Melayu itu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan.Malah tidak begitu sahaja, tetapi terus tidak dihormati dan disanjungi. Begitulah apa yang ditulis oleh penulis tersebut.
“Cuba buka mata seluas yang mampu, pasang telinga apabila menteri berbicara di hadapan television dan di majlis rasmi atau tidak rasmi kerana munkin takut orang kata tidak tahu cakap bahasa inggeris, maka mereka bercakap dalam bi, walaupun bm mereka lebih baik.”
“Kini peranan bahasa ibunda masih terhad.:
a. Gagal menjadi bahasa negara sepenuhnya seperti bahasa Indonesia dan bahasa Thai yang telah menjadi hakikat di negara tersebut, terus dipersoalkan hatta orang melayu sendiri yang mahu pendidikan asas dilaksanaan dalam BI seperti Matematik dan Sains.
b. Sebagai bahasa rasmi, agak bagus kecuali menteri dan pegawai-pegawai yang suka bermadah dalam bahasa inggeris di majlis-majlis dan temu bual dengan pihak media tempatan pun, lainlah jika berucap di luar negara atau majlis yang dihadiri oleh seratus peratus orang asing. Barangkali mereka semua takut dianggap tidak boleh ‘speaking’, maka walaupun lintang-pukang bertutur dalam bahasa tersebut. Ada sesetengah daripada mereka tidak bercakap BI , tetapi bercakap dalam bahasa melayu yang diterjemahkan dalam BI hingga orang lain (Inggeris) tahu itu bukan idiom Inggeris. Contohnya, “i return back your money” atau “ i will send you”.
c. Sebagai linguafranca agak bagus tetapi tidak meluas seperti di sangka begitu, juga sebagai bahasa perpaduan dan akhirnya sebagai bahasa ilmuan, bahasa pengetahuan yang terus diragui oleh orang Melayu sendiri.”
Inilah antara tulisan bekas pemimpin UMNO sendiri. Suatu masa dulu orang kuat Tun Razak. Inilah buah tangan daripada seorang yang sangat mengkaguni Tun Mahathir. Inilah rasa hati seorang bekas pengarang akhbar utama di Malaysia. Kelohan-kelohan begini bukan beliau seorang yang rasai. Kita juga merasakan kepahitan menjadi “Melayu Malayasian”.
Sekali lagi kita memerlukan kesungguhan politik untuk jati diri bahasa sendiri yang sememangnya diakui oleh Perlembagaan tetapi sayang seribu kali sayang kekuatan politik yang ada tidak dapat mempertahankan jati diri bahasa sendiri.
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus
-
(SH) : Harga sayur-sayuran tempatan mencatatkan kenaikan sehingga 150
peratus dalam tempoh dua minggu ini, memberikan kesan besar kepada peniaga
dan peng...
1 day ago
No comments:
Post a Comment