Monday, June 29, 2009

Sekolah Usahawan di Solo.

Dari Sinar

Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) bersama dengan 25 orang anggotanya melakukan misi lawatan ke Solo, Ponorogo dan Yogjakarta.

Dalam kenyataannya Naib Biro Korporat Dewan Perniagaan Islam Malaysia. Mohamad Sahar Mat Din," Kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit dalam usaha untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan berdaya saing, namun hasilnya tidak setanding dengan jumlah yang dibelanjakan. Pada saya ia mungkin disebabkan konsep dan sistem yang ada tidak berjaya membentuk semangat keusahawanan yang tinggi dalam diri mereka."

"Sebagai seorang ahli perniagaan saya dapati konsep yang digunakan oleh Pondok Modern Darussalam Guntor ini amat berkesan dan sehingga kini berjaya melahirkan ribuan usahawan yang benar-benar berjaya." Kata Mohamad Sahar juga sebagai Pengarah Urusan Bulatan Mekar Sdn Bhd.

Sekolah Guntor yang telah wujud sejak tahun 1937 bukan sahaja menekankan pencapaian akademik tetapi juga memberi pendedahan secara terus kepada para pelajarnya tentang bagaimana untuk menjadi usahawan.

Dengan pelajar melebihi lima ribu, sekolah ini sentiasa menerima kunjungan pihak-pihak luar yang ingin melihat dengan lebih dekat konsep yang dilaksanakan.

"Sekolah ini sangat unik kerana ia bukan sekolah biasa tetapi konsep yang digunakan melatih para pelajarnya menjadi usahawan dan pemimpin.

Di sekolah ini, rombongan kami dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana para pelajar belajar dan pada masa yang sama dilatih menjadi usahawan dengan menjalankan perniagaan di dalam kawasan sekolah yang keluasannya sama seperti sebuah perkampunagan."

....

DMIP berharap sekolah berkenaan dapat wujud di Malaysia.

Saya berharap dan berharap usahawan akan jadi cara yang dilalui oleh anak-anak kita untuk mencipta masa hadapan.

No comments: