Saturday, June 13, 2009

PKR Pilih Presiden Melalui ahli-ahli

Parti Keadilan Rakyat dalam usaha yang terbaru untuk menunjukkan partinya lebih progesif dan maju telah mendahului UMNO dalam membuat pindaan kepada perlembagaan parti. Antara pindaan yang diwarwarkan ialah Presiden parti akan dipilih terus oleh ahli-ahli bukan melalui perwakilan.

Mengikut pakar-pakar, pemilihan terus daripada ahli-ahli dapat menghindarkan parti daripada terjebak dalam unsur-unsur rasuah atau politik wang terutamanya dalam pemilihan pucuk pimpinan.

Menurut mereka ini politik wang menjadi masalah kepada UMNO disebabkan hanya 2,000 orang diamanahkan untuk memilih pucuk pimpinan parti. Sedangkan untuk mempengaruhi sebahagian besar daripada 2,000 orang ini dengan projek, dengan wang, dengan anugerah pangkat Datuk dan sebagainya bukanlah sesuatu diluar keupayaan mereka yang mengidam jawatan dalam parti.


Sekiranya dibuka luas kepada semua ahli, sudah tentu tiada sesiapapun yang mampu untuk mengeluarkan wang untuk politik wang untuk diberikan kepada setiap ahli. UMNO mengwarwarkan yang ahlinya seramai 3 juta orang. Secara congak untuk memastikan majoriti ahli mengundi sesaorang calon. Bukan lagi ketua-ketua Bahagian dan Ketua Pemuda bahagian yang mesti dijaga. Mengikut format terbaru ini Ketua-ketua cawangan pun hendaklah dijagai juga. Sedangkan setiap bahagian mempunyai bahkan beratus-ratus cawangan.

Jadi dengan bilangan yang hendak dijaga lebih daripada 192 bahagian kali 100 cawangan iaitu 19200 orang. Bilangan yang besar ini dianggap tidak mampu dikawal oleh mana-mana calon. Saya pasti teorinya pada peringkat ini agak mustahil. Melihat kepada karakter manusia yang sentiasa berfikir dan memastikan apa yang mereka hajat itu tercapai tidak mustahil mereka akan dapat mencari mekanisme lain untuk mempengaruh pengundi bagi mengundi mereka.

Saya percaya dengan pengundian dibuat sampai keperingkat ahli untuk memilih pemimpin parti. Setiap calon akan menghabiskan wang yang banyak juga untuk menjalankan kempen.

Sekiranya dulu mereka menghabiskan wang untuk kempen mendapatkan orang-orang yang menjadi perantaraan dengan ketua-ketua Bahagian yang kemudiannya menjadi perantaraan dengan para perwakilan yang seramai 2,000 orang.


Soalannya bagaimana untuk capai kepada sebilangan besar ahli bagi menonjolkan ketokohan calon. Parti boleh mengadakan kempen-kempen, dailog atau forum untuk disertai oleh calon-calon. Bagi calon pula mereka sudah tentu tidak mengharapkan kepada apa yang disediakan oleh parti semata-mata. Mereka sudah tentu akan membuat lebih daripada itu bagi membolehkan mereka berjaya menjawat kejawatan yang dingini.

Manusia akan berfikir dan berikhtiar supaya keinginan dan hajatnya dapat tercapai. Apalah keinginan yang paling besar dalam nafsu manusia selain daripada menjadi ketua dan mendapat kuasa. Parti akan membuat peraturan supaya ketamakan manusia dapat diuruskan dengan baik. Manusia yang bernafsu kerapkali mencari jalan keluar untuk mencapai cita-cita dirinya. Politik Wang adalah sebahagian daripada kisah manusia yang bernafsu besar yang menggunakan jalan di luar peraturan yang ada.

No comments: