Thursday, June 18, 2009

TAHU BERPERANG, TAK TAHU BERPAKAT - Nobisha

Posting di bawah ini saya ambil 100 peratus daripada Nobisha

Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak kata, dia yakin PAS ikhlas ingin berbincang mengenai perpaduan.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kata, dia akan maklumkan kenyataan Najib itu kepada presiden parti, Dato' Seri Abd Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali kata, PAS sedia berbincang dengan UMNO dengan syarat DAP dan PKR terlibat sama dalam perbincangan.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat kata Nasharudin patut keluar PAS dan masuk UMNO.

Eh, sampai begitu susah sekali pemimpin politik PAS-UMNO nak bincang mengenai kerjasama?

Kerjasama dalam bidang politik.

Kerjasama dalam bidang ekonomi.

Kerjasama dalam bidang pendidikan.

Kerjasama dalam bidang sosial.

Kerjasama dalam bidang kebudayaan.

Saya fikir "orang lain" sudah berbincang kesemua ini melalui pelbagai saluran, tetapi perbincangan itu tak heboh pun dalam media massa. Tak macam pemimpin politik PAS-UMNO, bertelur sebiji riuh sekampung.

Soalan saya ialah:

(1) Mengapakah susah sangat untuk pemimpin politik PAS-UMNO mewujudkan "perpaduan" atau "kesatuan fikrah" dalam isu-isu ini?

(2) Adakah kita ingin mengatakan "orang lain" tidak pernah duduk semeja dan berbincang mengenai kepentingan bersama?

(3) Adakah kita ingin mengatakan PKR dan DAP hanya berpakat dengan PAS sahaja, tetapi tidak dengan entiti politik dan bukan politik lain sama ada di dalam atau luar negara?

(4) Adakah pemimpin politik PAS-UMNO hanya tahu berperang, tetapi tidak tahu berpakat?
Posted by NOBISHA at 1:40 PM 15 comments

No comments: